........... (Video) Muhyiddin - Apakah Ahli Parlimen Tidak Ada Hak Lagi Untuk Bersuara Bebas Di Parlimen ? Bebaaaas.... Asal Bukan 1MDB ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

(Video) Muhyiddin - Apakah Ahli Parlimen Tidak Ada Hak Lagi Untuk Bersuara Bebas Di Parlimen ? Bebaaaas.... Asal Bukan 1MDB !

Wednesday, November 2, 20163comments

Dalam temuramah bersama TS Muhyidin semalam, beliau menjelaskan tindakannya menyentuh isu 1MDB dalam ucapan perbahasan Belanjawan minggu lepas.

Antara lain Muhyiddin menjelaskan yang beliau menarik perhatian dewan akan kaitan isu bebanan hutang 1MDB yang menjangkau RM53 bilion terhadap Bajet negara kerana Najib langsung tidak menyentuh perkara itu.




KLiK untuk ke Youtube

Bagaimana tanggungan 53 bilion yang ditanggung oleh 1MDB dapat diselesaikan kerajaan tanpa memberi kesan kepada sumber wang yang hendak diagihkan kepada rakyat dalam pelbagai kementerian.

Logiklah kan ? Faktanya 1MDB berhutang berpuluh2 bilion dengan bank2 termasuk bank Yahudi Goldman Sachs. Interest dan pokok pinjaman kena bayar balik. Tak boleh lari dari bebanan tanggungjawab itu. 

Duit pandai pinjam, pandai belanja ... tak kiralah samada belanja kepada syarikat palsu atau syarikat yang betul, atau disonglap atau digunakan buat filem porno sekalipun .... tapi hutang termasuk interest kena bayar balik.

Aset2 syarikat 1MDB pula sudah diambilalih oleh kerajaan. Hutang siapa nak bayar ? Kerajaan jugalah kan ...

OK, kalau kerajaan yang kena bayar balik hutang 1MDB, itu bermakna kerajaan kena bagi duit kepada bank. Interest saja lebih 2 bilion setahun !

Bajet atau Belanjawan pula adalah di mana kerajaan membuat perincian peruntukan ke mana duit kerajaan akan dibelanjakan untuk tahun depan. Tapi kenapa tak disebut hutang 1MDB yang kerajaan kena bayar itu ?

Kerajaan KENA bayar balik hutang 1MDB kan ? Makanya Muhyiddin bertanya di Parlimen....

Saya menyentuh perkara itu atas dasar kepentingan negara. Adalah amat tidak bertanggungjawab sebagaimana sumpah dan janji di hadapan Agong bahawa ini amanah saya, kalau ada sesuatu perkara yang perlu saya sebutkan yang boleh melindungi hak rakyat dan negara daripada dirosakkan dek perbuatan pemimpin2 tertentu ... dan kalau saya tidak sebut itu, maka bermakna saya tidak amanah dan tidak bertanggungjawab.

Bermakna, Muhyiddin hanya melaksanakan tanggungjawab beliau sebagai wakil rakyat demi menjaga kepentingan rakyat dan negara. 

Tapi speaker ... memberitahu kepada media di luar parlimen, bahawa kemungkinan ucapan saya dikatakan melanggar Akta Rahsia Resmi dan juga mungkin dikatakan Akta Hasutan.

Menurut Muhyiddin, ini amat memeranjatkan kerana sepanjang ucapan beliau di Parlimen, Timbalan Speaker langsung tidak menyekat, menghalang ataupun menegur beliau.

Kenapa esoknya Speaker mempersoalkan tentang ucapan saya dan lain2 rakan ( YB Husni dan DS Shafie ) seolah2 kami ini tidak menghormati undang2, melanggar undang2. Saya percaya itu analisa yang tidak tepat.

Sebagai ahli parlimen, Perlembagaan Malaysia memberi kekebalan atau imuniti kepada semua ahli parlimen untuk berucap hal2 yang dianggap penting untuk negara ... Dan saya fikir saya tidak berbuat apa2 yang melanggar Perlembagaan.

Bagaimanakah seorang speaker boleh mempersoalkan kita sudah melanggar Akta Rahsia Resmi ? Adakah Akta Rahsia Resmi itu lebih menguasai Perlembagaan ?

Apakah dalam ucapan saya yang menghasut ? Saya fikir kalau dibaca berulang2 kali, carilah mana2 ayat yang dianggap menghasut, yang menyentuh soal kedudukan Raja ke, hak keistimewaan Melayu ke, bahasa ke, ataupun yang boleh menimbulkan perbalahan antara kaum ke ?


Persoalan yang penting sekarang ni, apakah ahli Parlimen tidak ada hak lagi untuk bersuara di Parlimen ? Sedangkan perlembagaan memberikan kita hak begitu...

Atau ini hanya satu langkah untuk menakut2kan ( intimidation ) supaya kami jangan berucap lagi ? Kami jangan bercakap walau di luar atau di dalam Parlimen, walaupun hal2 itu menjadi tanggungjawab kita sebagai seorang ahli Parlimen ?

Isu 1MDB sudah menjadi satu skandal terbesar, isu penggubahan wang haram yang luarbiasa dan dibicarakan secara meluas diserata dunia, tindakan undang2 diambil di luar negara berkaitan dengan 1MDB ... isu ini sudah ke tahap yang cukup teruk.

Sebab itu dalam parlimen saya bertanya, kenapa senyap dan sunyi di Malaysia ?

Muhyiddin turut mempertikaikan kenapa beliau yang memberi peringatan akan pentingnya isu ini pula yang mahu diambil tindakan sedangkan mereka yang terlibat dalam skandal 1MDB tidak pula disiasat ?

Bagi saya ini satu perbuatan yang bercanggah dengan undang2. Ini satu langkah yang sengaja menakut2kan kerana mereka tahu kenyataan yang kami buat ini mungkin akan menyentuh pelbagai pihak termasuk Perdana Menteri kerana dalam isu ini, tidak lain dan tidak bukan, Perdana Menterilah orang yang dikatakan terlibat oleh banyak laporan2 baik dalam negara mahupun luar.


PS -  Jelas sekali di mata rakyat bahawa kerajaan bersungguh mahu menghalang isu 1MDB dari dibincangkan di parlimen atau diketahui oleh rakyat. Dari mula isu ini panas awal tahun lepas, pelbagai alasan2 dangkal diberikan untuk menutup bangkai 1MDB ini.

Sehinggalah langsung kehilangan alasan lagi untuk diberikan sepertimana kes Laporan Ketua Audit Negara yang telah dijadikan bahan rahsia dibawah OSA tanpa sebaran alasan diberikan selepas alasan lama lupus.


KERAJAAN NAK SOROK APA ? ? ?

Baca juga - Sumpah Rahsia Ahli Kabinet Mengatasi Peruntukan Perlembagaan ?

Share this article :

+ comments + 3 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 2, 2016 at 6:14 AM

Soeaker Malaysia ni layak pakaikan cawat senjata sumpit cari LOTONG DI HUTAN BORNEO.

OTAK KELDAI PUNYA SPEAKER.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 2, 2016 at 7:29 AM

Mengikut lojik speaker paling bangang di dunia, Pandir-ka, makin banyak negara lain membicarakan kes 1MBD makin tak bolih cakap, sebab subjudice.
TS Shafie tanya soalan cepumas, macam mana si pandir ni tahu sudah langgar sumpah ahli kabinet sedangkan dia sendiri bukan ahli kabinet! Macamana dia tahu apa yang disebut dalam mesyuarat kabinet. Ahli kabinet mana yang sudah bocorkan rahsia kat dia??

....................
Reply To This Comment ...................
November 3, 2016 at 9:41 PM

Percaya atau pun tidak itu hak anda,, bagi saya setiap sesuatu perkara dan ucapan dari Pandikar adalah dari MO1

Post a Comment