........... TAHNIAH Rakyat Bersih5 - Anda Memberi Semangat Kepada Seluruh Rakyat Malaysia ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

TAHNIAH Rakyat Bersih5 - Anda Memberi Semangat Kepada Seluruh Rakyat Malaysia !

Sunday, November 20, 20160 comments



Tonton ucapan Muhyiddin semalam di 'pentas' Bersih5 .... Hebat dan penuh bersemangat !





Di bawah adalah status FB saya -


Pasca Bersih5 yang paling lawak adalah respon segera dari Saleh Keruak yang cepat2 mahu memperlekehkan jumlah kehadiran peserta dan meletakkan kesalahan kepada Tun Mahathir sebagai puncanya. 

Katanya, Bersih4 tahun lepas 500k, tapi Bersih5 cuma 15k saja...

Hahahaha .... Memang puak Umno ini jenis cepat lupa. Cuba anda google balik artikel2 mengenai kehadiran Bersih4 .... tengok balik berapa kehadiran yang puak Umno congak.

Tahun lepas Rahman Dahlan kata 20k, Mkini 100k, Polis 30k, alJazeera 50k antara contoh2 anggaran yang disebut dalam media

Alih2 selepas Bersih5, puak2 Umno sudah sepakat kata yang Bersih4 tahun lepas jumlah kehadiran adalah 500k ! Hahahahaha .....

Bagi saya angka sebenar tak penting, yang penting - RAMAI. Kalau boleh ambil gambar dari atas menunjukkan sebahagian jalanraya yang besar bertukar warna kuning, itu sudah cukup menunjukkan RAMAI.

Itu dari segi 'angka'. Bagaimana pula dengan SEMANGAT yang dimiliki angka2 itu ? Jangan lupa 2-3 hari sebelum Bersih5, KBAB keluarkan amaran Bersih5 haram, akan ambil tindakan bla bla bla..... Baju Merah pulak mengancam nak halang Bersih5 melalui segala jurus silat yang mereka miliki,.... ( siap bawa kayu dan buloh lagi semalam ! Untuk apa ? ). 

Come on la .... Jangan kata semua itu tidak beri kesan kepada rakyat biasa yang TIDAK BERPARTI untuk turut serta. Mereka cuma nak menzahirkan ketidakpuasanhati terhadap kepimpinan Najib dan mahukan Pilihanraya yang bersih supaya keputusan kelak merupakan pilihan rakyat yang sebenar. 

Mereka rata2 sayangkan keamanan, akur kepada undang2 dan jauh sekali mahu mencari pasal baik dengan baju merah mahupun dengan pihak berkuasa.

NAMUN disebalik ancaman2 itu, masih RAMAI yang hadir. Dan mereka yang hadir itu pula adalah mereka yang penuh bersemangat dan kenyakinan mereka di jalan yang benar. Mereka tidak takut ! 

Cuba jangan ada sebarang halangan atau ancaman ..... saya pasti angkanya akan berlipat kali ganda ! Cuba Najib lontarkan satu cabaran kepada rakyat Malaysia ..... kalau berjaya keluar ke jalan beramai2 satu juta orang secara aman, beliau akan letak jawatan.... dan jangan ada sebarang ancaman atau gangguan, saya yakin kehadiran akan mencecah 5 juta melebihi penduduk KL !

Akhirkata - TAHNIAH! kepada mereka yang bersemangat waja ( walaupun luaran mereka ini orang biasa saja, muka tak ganas, tak pandai silat atau kungfu ) yang tetap hadir walaupun berdepan dengan pelbagai kemungkinan tindakan dari baju merah mahupun pihak berkuasa.

Keberanian 40 ribu anda akan beri semangat kepada jutaan rakyat yang memerhati melalui sebaran media sosial semalam. It's not a lost cause.... there is still hope for the rakyat ! Itulah mesej paling penting yang telah anda sampaikan kepada seluruh rakyat Malaysia !

PS - Saleh Keruak dan macai2 Umno taknak komen kehadiran Baju Merah ?




                                              ******************************

Di bawah adalah laporan dari The Guardian mengenai perhimpunan Bersih5 -

Around 40,000 protesters march in Kuala Lumpur on Saturday, demanding the resignation of prime minister Najib Razak over his alleged involvement in a multibillion-dollar misappropriation scandal. Former Malaysian premier Mahathir Mohamad joined the crowds. The demonstration is unlikely to shake Najib who has consolidated power by cracking down on dissenters and curbing media groups and activists




Share this article :

Post a Comment