........... Laporan Ketua Audit @ 1MDB BUKAN Untuk Tatapan Rakyat, Hanya Untuk PAC | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Laporan Ketua Audit @ 1MDB BUKAN Untuk Tatapan Rakyat, Hanya Untuk PAC

Monday, November 7, 20162comments

Mkini

Azalina kata laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB adalah khusus untuk PAC dan bukan untuk tatapan rakyat.

“Untuk maklumat ahli yang berhormat, laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB adalah khusus untuk PAC. Laporan tersebut telah dibincangkan oleh PAC sebelum dimuktamadkan,” kata Azalina.

Maka laporan itu akan terus kekal sebagai rahsia kerajaan ?

Bang ..... kenapa tidak cakap alasan itu semasa mula laporan itu dijadikan bahan rahsia di bawah OSA ? Ketika itu alasan yang diberikan oleh Hasan Cari Makan PAC adalah -

Keputusan Jabatan Audit Negara ini dilakukan berikutan ada maklumat dalam Laporan Interim Terhadap Pengauditan 1MDB yang dibentangkan kepada PAC pada Julai lalu, dibocorkan pihak tidak bertanggungjawab secara berpilih bagi mencetuskan laporan negatif sehingga menjejaskan kredibiliti Jabatan Audit Negara dan jawatankuasa ini sendiri.


Tidak ada disebut yang laporan itu hanya untuk PAC. Bukankah senang kalau dari awal lagi disebut yang rakyat tidak punya hak untuk aksess kepada laporan audit itu ?

PAC sudah bentangkan laporan mereka pada 7 April lalu. Jadi apa masalahnya kalau laporan audit itu dihebahkan untuk lebih menguatkan laporan PAC itu sendiri ?

Apakah kerajaan mahu rakyat beranggapan bahawa ada maklumat 1MDB yang ditemui oleh Ketua Audit Negara yang sengaja mahu diSOROKKAN daripada pengetahuan rakyat, yang PAC juga sengaja tidak mahu dedahkan ?

APA KAITANNYA TRANSAKSI2 DAN KEPUTUSAN2 1MDB DENGAN KERAJAAN ? ? ?

Kerajaan tidak terlibat langsung dalam keputusan2 1MDB, malah Kementerian Kewangan yang memiliki 1MDB juga dikatakan tidak pernah menghadiri apapun mesyuarat 1MDB.

Timbul persoalan di sini - Kerajaan dengan mengOSAkan dokumen audit itu, sebenarnya mahu menjaga kepentingan SIAPA ?

jIKA BENAR TIDAK ADA SEBARANG SALAH LAKU DALAM 1MDB, KENAPA TAKUT NAK DEDAHKAN ?

Ketika satu dunia membicarakan hal skandal 1MDB dan mereka tanpa segan silu mendedahkan segala maklumat yang mereka ada bagi menguatkan dakwaan terhadap 1MDB, kerajaan Malaysia pula seberapa daya mahu merahsiakan maklumat 1MDB daripada rakyat !

Kemudian pemimpin2 kerajaan mahu salahkan rakyat yang mengambil serta menyebarkan maklumat2 yang diperolehi dari luar itu pula ....... kalau kerajaan sendiri tak mahu dedahkan, dari mana lagi rakyat nak dapatkan maklumat itu ?

Pemimpin2 kerajaan meminta kita jangan percaya pendedahan Wall Street Jurnal, depa dengan Sarawak Report itu semua dajal yang mahu menjahanamkan negara melalui laporan2 berunsurkan fitnah ... KONONNYA ..... tapi kenapa kerajaan sendiri tidak mahu berikan maklumat yang kerajaan ada ? 

Makanya ..... jangan salahkan rakyat yang begitu dahagakan maklumat mengenai skandal 1MDB kalau kita dengan cepat sebarkan apajua yang didedahkan oleh sumber luar.

Bagaimana kita nak tahu maklumat itu fitnah atau benar kalau tidak diberikan perbandingan dengan maklumat sebenar sepertimana terkandung dalam Laporan Ketua Audit Negara itu ?

Bagi saya, usaha kerajaan mahu terus merahsiakan maklumat mengenai 1MDB tidak lain hanyalah kerana mahu SOROK sesuatu daripada rakyat. Kenapa mahu SOROK sesuatu yang tidak ada kaitan dengan kerajaan ? Sebab mahu melindungi kepentingan seseorang !

OSA adalah demi menjaga kepentingan RAKYAT DAN NEGARA bukannya menjaga kepentingan individu2 tertentu dalam kerajaan. Jangan salahgunakan undang2 yang ada.

Share this article :

+ comments + 2 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 7, 2016 at 8:04 PM

Betina bokbang ni sedar ke apa yang cakap ni ?

1mdb ni syarikat mof
mof ni perbendaharaan negara
negara milik rakyat

Apa pasal pulak untuk tatapan pac aje ?

Tanya betina bokbang ni sikit macam mana dia boleh jadi menteri kalau tak menang pilihanraya...
Segala gala nya hak rakyat. Elaun berpuluh ribu dia makan dengan lahap tu pun dari rakyat. Itu pun tak cukup lagi & kena klepet sana sini lagi..temolok babi pun tahu berhenti bila dah kenyang. Species tak kenang untung !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 7, 2016 at 9:18 PM

Mana ada lagi undang2 pada individu2 tertentu ni.Undang hanya ada pada sesiapa saja yang menentang individu2 ini.
Matlamat menghalalkan cara.

Post a Comment