........... Kita Mesti Hapuskan Umno Ini ! - Tun Mahathir | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Kita Mesti Hapuskan Umno Ini ! - Tun Mahathir

Tuesday, November 15, 20163comments


Saya percaya ramai yang dah dengar atau baca kenapa Tun Mahathir sanggup bertindak meninggalkan Umno yang beliau bersama selama 55 tahun sehingga ke tahap mahu menjatuhkan Umno !

Semasa berucap di majlis forum anjuran PPBM Shah Alam baru ini, Tun Mahathir sekali lagi mengulangi perkara itu. Cuma kali ini saya berdetik untuk mengambil sudut dekat ( zoom ) kepada muka Tun supaya kita dapat sedikit sebanyak menyelami hati beliau melalui raut wajahnya.

Bukan kerana faktor Najib seorang. Sebelum Najib pun, Tun pernah tidak sehaluan dengan Tunku dan PakLah dan beliau samada dipecat atau keluar juga dari Umno tapi tidaklah sehingga beliau bersama pembangkang. Kerana pada Tun, yang masalah adalah pemimpin bukan parti.

Tapi kenapa kali ini Tun bukan saja keluar Umno tapi berusaha mahu menjatuhkan Umno ? 



KLiK untuk ke Youtube

Sebab Umno sudah rosak teruk ! Najib sudah merosakkan Umno ke tahap Umno sudah tidak boleh diselamatkan lagi.

Makanya tidak harus timbul persoalan lagi apakah sekiranya Najib diturunkan dan pemimpin Umno lain ambilalih, Tun akan kembali bersama Umno.

Kerana Umno sekarang bukan lagi Umno yang dulu.

Orang2 Umno harus sedar bahawa kamu adalah sebahagian daripada sebuah parti yang tidak bersemangat sama sekali. Yang hanya berjuang untuk diri sendiri.

Sebab itu Tinggalkan Umno !

Ayat yang dipilih oleh Tun juga menggambarkan tekad dan kenyakinan beliau -

KITA MESTI HAPUSKAN UMNO INI ! !


Nothing personal ... bukan untuk kepentingan diri tapi tidak lain dan tidak bukan, semata2 kerana Agama, Bangsa dan Negara. Demi rakyat Malaysia dan generasi kita seterusnya ....

Share this article :

+ comments + 3 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
November 15, 2016 at 9:55 PM

May Allah bless Tun M with good health and many more years to see his mission through and the demise of Bugis-Pirate and his 40 thieves brought to justice! Amin Ya Rab!

....................
Reply To This Comment ...................
November 16, 2016 at 9:34 PM

Long lives Tun Dr Mahathir

....................
Reply To This Comment ...................
November 18, 2016 at 2:24 AM

If we want changes we have to leave Umno and/or Pas.
Baru dok komang.

Post a Comment