........... Bersih5 Adalah Suara Rakyat Tanpa Batas Kaum Dan Agama, Ayuh Berdemo Secara Aman ! - Mukhriz | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Bersih5 Adalah Suara Rakyat Tanpa Batas Kaum Dan Agama, Ayuh Berdemo Secara Aman ! - Mukhriz

Saturday, November 19, 20160 comments


Semalam di majlis ceramah PPBM Machang, di Kampung Bukit Tiu, DS Mukhriz membuat pengakuan yang dulu beliau menentang perhimpunan Bersih kerana termakan propaganda yang Bersih ini kononnya, orang Cina nak jatuhkan kerajaan Melayu.

Tetapi kini Mukhriz berkata, Bersih adalah suara semua rakyat tak kira kaum, tak kira agama.

Kalau nakkan pemimpin Melayu, biarlah pemimpin Melayu yang beramanah. Kita tak mahu pemimpin Melayu yang songlap duit rakyat.

Kalau pun nak pilih kerajaan, biarlah kerajaan yang berwibawa.... bukan kerajaan yang mengiyakan segala salah laku pemimpin. Yang menidakkan demokrasi dalam negara kita ini,



KLiK untuk ke Youtube

Merujuk kepada berita penangkapan 9 orang aktivis Bersih5 yang ditangkap pihak Polis semalam, Mukhriz mempersoalkan tindakan itu kerana menurut beliau, mahkamah sudah pun mengizinkan perhimpuan Bersih5 asalkan mengikut undang2 dan secara aman.

Tujuannya adalah untuk menuntut Pilihanraya yang adil dan bersih,

Tetapi, kononnya kerana dengan adanya Bersih yang berbaju kuning ini bertembung dengan puak2 yang baju merah itu, maka akan tercetuslah pergaduhan atau pertumpahan darah,

Dan kerana mahu mengelakkan perkara itu, maka diharamkan terus. Hak rakyat untuk bersuara. Hak ini dipertahankan di dalam Perlembagaan Persekutuan. 

Bila ada mana2 pihak yang menyekat rakyat menuntut hak kita, itu sebenarnya yang menidakkan demokrasi dalam negara kita. 

Seterusnya Mukhriz memohon agar pihak berkuasa memberikan kerjasama. 

Yang kami nak buat ini adalah supaya negara kita lebih sejahtera, lebih aman. Bebas daripada pemimpin yang salahguna kuasa. Janganlah guna alasan2 undang2 negara untuk melindungi pemimpin yang rakus, menyeleweng dan curi duit rakyat seperti ini.

Akhir sekali Mukhriz menyeru rakyat supaya beramai2 keluar untuk tunjuk perasaan atau berdemonstrasi secara aman dan tidak melanggar undang2. 

Dengan tertib kita berarak dari satu tempat ke satu tempat ... itu saja. Biar ramai, biar kerajaan nampak dan mesej itu sampai.

Masa Najib sebagai Perdana Menteri dah dekat2 nak berakhir sudah.

                           **********************

KENYATAAN YB TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN, PRESIDEN PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA (PPBM) MENGENAI HIMPUNAN BERSIH 5

Bismillahirrahmanirrahim.

Saya mengecam sekeras-kerasnya tindakan pihak polis menahan beberapa orang aktivis BERSIH, pemimpin politik pembangkang dan mahasiswa hari ini berhubung penglibatan mereka dalam penganjuran Himpunan Bersih 5 yang akan berlangsung esok, Sabtu 19 November 2016. Ini adalah satu bentuk ancaman dan gangguan terhadap penganjur dan orang ramai yang berhasrat untuk menghadiri perhimpunan tersebut esok.

Menurut Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan, setiap rakyat mempunyai hak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata. Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) mengingatkan pihak berkuasa supaya menghormati Perlembagaan Persekutuan yang memberikan hak kepada rakyat untuk berhimpun secara aman. 

Pengerusi SUHAKAM, YBhg Tan Sri Razali Ismail, dalam satu kenyataan senalam menegaskan bahawa di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012, rakyat mempunyai hak untuk berhimpun secara aman dan tindakan mana-mana pihak yang menghalang rakyat daripada menghadiri sebarang perhimpunan aman adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Malah, pihak polis adalah bertanggungjawab untuk memastikan perhimpunan tersebut berlangsung secara aman dan tanpa gangguan.

Saya juga ingin mengingatkan Najib Razak bahawa Akta Perhimpunan Aman 2012 adalah diperkenalkan oleh kerajaan pimpinan beliau sendiri sebagai sebahagian daripada Program Transformasi Politik. Akta ini bertujuan memberikan kebebasan kepada rakyat untuk berhimpun dan bersuara selaras dengan prinsip demokrasi. Saya menggesa Najib Razak supaya tidak sekali-kali melupakan janji-janjinya itu.

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menyokong penuh Himpunan Bersih 5 yang akan diadakan esok. Ia adalah satu perhimpunan yang mengikut lunas undang-undang dan dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan. Saya bersama-sama pimpinan tertinggi PPBM akan menyertai perhimpunan ini dan berharap ramai yang akan hadir untuk menyatakan sokongan terhadap perjuangan menentang rasuah dan penyelewengan serta mewujudkan pilihanraya yang bebas, adil dan bersih di Malaysia.

TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
Presiden PPBM

18 November 2016

Share this article :

Post a Comment