........... Umno Sudah Tewas ... Masa Depannya Hanya Bergantung Kepada Tiadanya Kesepakatan Parti2 Pembangkang | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Umno Sudah Tewas ... Masa Depannya Hanya Bergantung Kepada Tiadanya Kesepakatan Parti2 Pembangkang

Tuesday, October 4, 20163comments

Saya hadir ketika program Pas di Kemasik 1 Oktober baru ni. Ramai penyokong Pas hadir walaupun sebelum itu hujan lebat. Dan dihadapan ribuan orang Pas, Muhyiddin dan Mustafa Ali sepakat menyebut tentang satu kerjasama politik antara Bersatu, Pas dan lain2 parti pembangkang untuk berdepan Umno BN dalam PRU14.

Antara lain, Muhyiddin berkata -



“Saya percaya sudah sampai masanya untuk dijalinkan kerjasama dalam bentuk lebih konkrit. Mana mungkin Bersatu dan parti-parti lain boleh bersendirian (memenangi PRU)…tidak mungkin…tidak boleh, yang boleh ialah gabungan serta gandingan semua parti dalam pakatan.

“Walaupun sedikit atau banyak, apabila dikumpulkan maka jumlahnya memadai untuk cukupkan bilangan (kerusi bertanding), maka cara itulah kita boleh buat supaya kita sama-sama dapat laksanakan.

“Saya tahu cabarannya besar tetapi kita boleh ketepikan berbezaan antara kita dan melihat ke depan. Lebih penting kemuafakatan ini serta formula satu lawan satu mampu membantu memenangi PRU akan datang, gelombang besar yang mahu lihat perubahan,”

 
Sinar 2/10

Mustafa Ali pula berkata -

“Kalau hendak tumbangkan BN kita perlu kalahkan Umno terlebih dahulu sebab majoriti kerusi BN didominasi Umno. Kita bukan perlu semua kerusi Umno, kalau dapat lebih separuh menang pun kita (pembangkang) akan menang.

“Semua ini bukan kerja sukar tetapi kita semua perlu kerja kuat. Kalau ketiga-tiga parti masing-masing tidak mahu bergabung dan bergantung pada parti sendiri sahaja tentu sukar untuk menang, jadi kita perlu bekerjasama.

“Pas sedia berbincang dengan Bersatu dan PKR kerana gabungan ini satu formula pembentukan gabungan pembangkang yang lebih kuat. Sekarang, Pas masih bekerjasama dengan PKR dan dengan Bersatu belum secara rasmi,”


Sinar 2/10

Pendek kata - di depan ribuan penyokong Pas di Kemasik, kedua Muhyiddin dan Mustafa memberikan satu gambaran akan kerjasama politik bakal dijalin antara Bersatu, Pas dan lain2 parti pembangkang untuk menewaskan Umno BN.

Dan ribuan yang hadir malam itu memberikan respon yang penuh bersemangat tanda sokongan mereka.

Alih2 semalam Annuar Musa tetiba keluarkan satu kenyataan yang agak berlawanan dengan perkembangan terkini di atas -

"Dalam politik banyak kemungkinan akan berlaku, tiada yang mustahil sekiranya Pas akan bergabung bersama Barisan Nasional (BN),"

Sinar 3/10
 
Hmmmm ..... nampak macam satu Offer je kepada Pas. Apakah Umno sudah panik ? Kalau sebelum ini dikatakan Pas yang terhegeh2 nak rapat dengan Umno tapi nampaknya sekarang - Umno yang sebenarnya terdesak !

Ramai bersetuju antara kriteria utama menumbangkan Umno BN adalah melalui SATU LAWAN SATU iaitu persepakatan parti2 pembangkang melawan Umno BN.

Dan pemimpin Umno juga sedar itu ..... secara tak langsung pemimpin Umno mengakui yang Umno kini sudah tidak mampu lagi berdiri megah atas kekuatannya sendiri. 

Umno kini terpaksa bergantung kepada kelemahan pembangkang untuk terus berkuasa. Jika parti2 pembangkang bersatu, maka kemungkinan besar Umno bakal tumbang.


Mungkin ada bagusnya anda mendengar sendiri kata2 Mustafa Ali melalui video pendek ini yang dirakam melalui hp ketika majlis di Kemasik baru2 ini. Lain impaknya antara membaca apa yang diucap dengan mendengar sendiri apa yang dikatakan.





Bersungguh2 Mustafa membentangkan peluang pakatan pembangkang untuk mengalahkan Umno melalui angka2 kerusinya.

Apa yang saya nampak, ahli2 Pas tetap menolak Umno. Begitu juga kebanyakan pemimpin2 Pas. Cuma Presiden Pas, Ustaz Hadi saja yang masih belum dicatat pendiriannya secara terbuka akan Persepakatan Satu Lawan Satu itu.

PRU14 kali ini bakal menyajikan kesempatan terbaik untuk menumbangkan Umno ketika mana Umno berada dikedudukannya yang paling lemah. 

Faktor penentu utamanya bukan bergantung kepada kekuatan Umno tapi bergantung kepada persepakatan parti2 pembangkang.

Tidak tahu bila lagi kesempatan terbaik ini bakal terhidang lagi selepas ini.

Makanya .... cepat2lah selesaikan apajua masalah yang menjadi penghalang untuk persepakatan itu dari menjadi kenyataan. Lagi cepat bersepakat, lagi cepat gelombang penolakan Umno itu akan bermula supaya tercetus tsunami yang bakal menenggelamkan Umno.

PS - Rakyat memerhati ...... jika masih terus bertelagah sesama sendiri, mana mungkin mahu mendapat kepercayaan rakyat ? Dan Umno sudah pastinya akan menjadi dalang bagi menghalang perpaduan itu.

Tak percaya tengoklah .... sebab pemimpin Umno sedar Umno sudah tewas.... Umno hanya bergantung harap kepada tiadanya kesepakatan antara parti2 pembangkang.

Share this article :

+ comments + 3 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 4, 2016 at 5:40 PM

Tuan Ibrahim nampaknya mempunyai pandangan yang sama. Harun Din dah tak ada. Yang bolih jadi batu penghalang besar ialah Hadi sendiri. Kalau PAS tak ada dalam pakatan harapan pun tak jadi masaalah asalkan bolih berkerja sama dengan PKR dan Bersatu dan berpakat supaya semuanya 1 lawan 1. Yang satu inipun sudah cukup untuk menggemparkan PRU14 nanti. UMNO mesti kecut perut. Tambah-tmabah lagi dedak dah banyak kena freeze kat luar negeri! Tak manpu nak tabur macam dulu. Tapi kalau Hadi buat hal, payahlah sikit.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 4, 2016 at 8:01 PM

Parlimen biar satu lawan satu. dun biar mereka fikir sendiri kerana ramai yg fikir mereka kuat. Pas nak lawan amanah di kelantan, kedah, terengganu. Pas rasa kuat di selangor. Semua ada ego, tapi parlimen biar mantap satu. Biar bergaduh di gelanggang yg banyak dan sikit, daripada bergaduh di semua gelanggang. Harap pemimpin pembangkang dapat fokus dan satu tujuan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 4, 2016 at 8:38 PM

Tuan Din,

Umno pakai strategi dedak.

Ahli umno pun tahu dedak yang masih belum diagihkan ni dedak dah basi. Kalau makan jugak dedak dah basi ni nanti kena cirit birit.

Jadi ramai ahli umno ni pun semakin gusar..termasuklah ketua penerangan umno yang paling bahalol ni. Jadi dia mula merapu...

Post a Comment