........... Swiss AG Heret Falcon Ke Mahkamah - YES ! Semoga Kes RM2.6 Bil Bakal Terungkai .... | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Swiss AG Heret Falcon Ke Mahkamah - YES ! Semoga Kes RM2.6 Bil Bakal Terungkai ....

Wednesday, October 12, 20166comments

Mkini
Begitu cepat sekali AG Swiss buat keputusan mahu mendakwa Falcon Bank atas kesalahan jenayah ! Baru semalam beliau kata mahu menimbangkan perkara itu, dan hari ini dah set. 

Mungkin pelik bagi kita sebab kita di sini dah terbiasa dengan cara AG kita yang makan masa berbulan2 sebelum ambil keputusan nak kaji fail siasatan, dan berbulan2 sebelum buat keputusan nak dakwa. Di Switzerland mungkin perkara normal kot ....  

Dari portal Swiss Government -

Like the criminal proceedings opened against the BSI Bank SA on 23 May 2016, the opening of the criminal proceedings on 12 October 2016 against the Falcon Private Bank Ltd is based on information revealed by the investigations relating to 1MDB and on issues raised in the enforcement decision made by FINMA from early October 2016. The information suggests that the offences of money laundering (Art 305bis SCC) currently under investigation in 1MDB case could have been prevented had the Falcon Private Bank Ltd been adequately organised.

Terjemahan Mkini -  "Keputusan memulakan prosiding adalah berdasarkan maklumat yang didedahkan oleh siasatan dalam kes 1MDB dan isu-isu yang dibangkitkan dalam keputusan Finma dari awal Oktober 2016. OAG mengesyaki kekurangan seliaan dalam organisasi dalaman Falcon Private Bank.

"Adalah dipercayai akibat kekurangan ini, bank itu tidak dapat menghalang pelakuan kesalahan itu yang kini disiasat dalam prosiding jenayah yang berkaitan dengan 1MDB,"

Berpunca dari skandal 1MDB !

Apapun, ini satu perkembangan yang positif dalam usaha kita membongkar rahsia disebalik skandal 1MDB.  Nak harapkan pihak berkuasa dalam negara, memang hampeh la. Semua kata tidak ada masalah.

Maka terpaksalah kita mengharapkan usaha2 pihak luar untuk mencari Kebenaran.

Dalam konteks ini, sewajarnya kita berterimakasih kepada Datuk Khairuddin dan Matthias Chang yang membuat report kepada pihak2 berkuasa luar itu tentang skandal 1MDB. 

Paling menarik dengan tindakan Swiss AG ini, kita harap akan mendapat pencerahan mengenai transaksi USD681 juta atau yang kita kenali sebagai kes RM2.6 bil . Kes ini turut disebut oleh FINMA semalam.  ( KLiK )

Manalah tahu, kes itu akan diperdengarkan di mahkamah Swiss dan akan diperincikan apa yang berlaku di peringkat bank.

Sekadar mengimbas kembali .... ingat tak lagi slip transaksi yang bikin heboh tahun lepas di mana para macai dan balaci Najib sibuk memainkan isu SWIFT CODE yang tercatat dalam slip itu konon kod itu palsu. Ketika itu Najib belum mengaku yang duit RM2.6 bilion itu ada diterima dalam akaunnya.

Selepas saja Najib mengaku, para macai dan balaci Najib terkedu semuanya. Tidak mereka sangka bakal dikencing dek bos sendiri ! Dengan sendirinya hujah SWIFT CODE hilang ditiup angin lalu ....




Fakta dari slip transaksi di atas adalah -

Bank Pengirim - Wells Fargo , New York
Bank Penerima - AmIslamik KL

Pelanggan - TANORE FINANCE BVI

Arahan Melalui - menggunakan Swift Code UEBESGSG


Semakan SWIFT CODE mendapati UEBESGSG itu  adalah FALCON BANK SINGAPURA 

Nah .... itu connection nya !


Pelik kan .... bank di Singapura, dah dekat sangat dah. Tapi digunakan bank di New York untuk transfer duit itu ke Kuala Lumpur.

Juga sebagai peringatan jejak wang ( Money Trail ) sepertimana yang disebut oleh DOJ, lihat kembali rajah di bawah -




Persoalan yang menjadi perdebatan hebat seluruh dunia adalah - Tang mana letaknya PAK ARAB DERMAWAN ITU dalam rajah di atas ?

So ..... kita amatlah berharap misteri ini akan terungkai melalui prosiding jenayah Swiss AG ke atas Falcon Bank. 

Ianya menjadi misteri bilamana Najib tidak mahu berterus terang. Takper .... sedikit demi sedikit semuanya akan terburai jua ....

PS - Najib sudah goyang ..... Siapa Pak Arab itu langsung Najib tak pernah cerita. 


Zahid juga sudah goyang ..... Siapa Pak Arab yang dia pi jumpa dulu ? 

SPRM juga kena jawab ...... Siapa wakil penderma yang SPRM jumpa dulu ?

Share this article :

+ comments + 6 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 12, 2016 at 11:18 PM

Yg penting Zahid mesti dipanggil oleh Switzerland dan memberitahu kita semua siapa tok Arab bukan sorang tapi lebih sorang tok Arab dia jumpa. Siapa dan nama tok Arab perlu diberitahu dan tok Arab perlu hadir sebagai saksi bagi membuktikan kebenaran Zahid. Zahid nesti pening kepala dan berdoa dia tidak dipanggil kalau tidak macam mana nak jawab woi. Tak kan nak jawab si penderma ni bersikap low profile dan berharap sangat identitinya tidak didedahkan demi menjaga keselamatan dirinya.

....................
Reply To This Comment ...................
October 13, 2016 at 12:29 AM

Din turtle memang sebelum ini pun kita dah tahu semua helah konon duit itu derma dari Negara Arab adalah bohong semata-mata.
Pemimpin-pemimpin Negara Arab jikalau hendak menderma tentunya Palestine sudah di bantu tetapi mereka satu sen pun tidak membantu Palestine,,inikan pulak nak derma Najib,,tak masuk akal sama sekali

....................
Reply To This Comment ...................
October 13, 2016 at 1:38 AM

Zahid Komidi dah berlepas ke Arab Saudi pada 12hb Oktober untuk mencari pak arab tu.

....................
Reply To This Comment ...................
October 13, 2016 at 2:04 PM

Kalau AG Swiss kalah kes ni macam mana ?
Apa reaksi rakyat jelata ?

....................
Reply To This Comment ...................
Pemerhati babi
October 13, 2016 at 2:08 PM

Kerja menipu..takan ada kesudahan yg baik. Tunggu saat saja..semua akn terbongkar.ni bukan tipu sposen dua mainan budak darjah satu..ni billionnn beb..

....................
Reply To This Comment ...................
October 13, 2016 at 2:20 PM

Ag Switzerland bukan macam ag Malaysia mereka berkhidmat cermelang first class ag Malaysia is najib ag hari hari segala kelentong najib terbongkar dahlah najib pergi berehat meyusahkan rakyat

Post a Comment