........... PANAZZZ .... BOM Dari Husni Di Parlimen @ 1MDB | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

PANAZZZ .... BOM Dari Husni Di Parlimen @ 1MDB

Monday, October 24, 20166comments



Kena tonton video Kinitv dibawah ini bilamana Husni yang baru meletak jawatan sebagai Menteri 1MDB bertanyakan soalan2 maut berkaitan 1MDB di Parlimen ! Saya sediakan transkrip dalam bentuk point2.

- Kerajaan yang baik bermaksud kerajaan yang punya dignity, integrity dan good governance.

- Meliputi semua jentera kerajaan termasuklah syarikat2 kerajaan.




Soalan saya adalah -

1 - Mengapa kita tubuhkan 1MDB ?

2 - Mengapa kita letak lebihkurang USD4 bilion  @ RM16 bilion dalam Aabar PJS Limited yang bukan dimiliki oleh IPIC ? Sebuah syarikat yang dimiliki oleh 2 anak raja yang didaftar di British Virgin Islands

3 - Mengapa tindakan undang2 tidak diambil ke atas pengurusan 1MDB ... kerana masukkan duit di tempat yang tidak betul ?

4 - Mengapa tidak ambil tindakan kepada 2 anak raja ini kerana penyelewengan wang tersebut ?

5 - Apa jadi kepada unit pelaburan bernilai lebihkurang USD1 bil yang sepatutnya matang pada tahun lalu ... tetapi tidak tahu kisahnya ?

6 - Apa terjadi dengan Binding Term Sheet dengan IPIC ? Mengapa 1MDB tidak memenuhi perjanjian tersebut sehinggakan IPIC membuat saman melalui arbitration sebanyak USD6.5 bil bersamaan dengan RM26 bilion ?

7 -Apa jadi kepada penjualan Bandar Malaysia ? Kita jual 60% kpada syarikat daripada negara China yang mempunyai minoriti shareholding daripada 2 syarikat daripada Malaysia ?

Saya kerja bank dulu. Bila kita jual ekuiti, tambah2 60%, barangnya mesti diambil sekarang. Mengapa kita biarkan bayaran itu dibayar pada tahun 2022 ? Ia meletakkan risiko kepada 1MDB. Risiko perniagaan dan risiko pembayaran. Mana kita tahu tahun 2022 pembayaran akan dibuat ?

8 - Switzerland akan mengambil tindakan undang2. Begitu juga dengan British. Di Singapura 2 bank telah tutup. Apa akan jadi kepada negara kita ?


Itu yang dapat saya salin dari video Kinitv di atas. Dari TheMalaysianmirror, dilaporkan ada lagi persoalan


“Kemudiaan saya bangkitkan soal SRC, mengapa Kumpulan Wang Amanah Pencen berikan pinjaman sebanyak RM4 bilion dan draw down sekaligus.

“Biasanya kita bagi pinjaman, draw down, kita bagi ikut progress payment, ini sekaligus dan tujuannya SRC ini ditubuhkan adalah untuk terlibat dalam bidang perlombongan, tapi akhirnya perbelanjaan hanya lebih kurang RM400 juta dalam perlombongan, jadi yang US$1.6 bilion itu dalam bentuk pelaburan.

“Isunya mengapa KWAP, tidak mengambil tindakan kerana wang itu tidak digunakan spesifik untuk perlombongan dan itu sebahagiannya dalam BSI di Switzerland telah dibekukan oleh pihak berkuasa monetary, Jadi apakah tindakan KWAP untuk berbincang dengan SMA?”.


                                               ********************************

WOW ! Semua itu soalan2 yang sememangnya kita sebagai rakyat, mahu tahu penjelasannya dari kerajaan. Apatah lagi bila soalan2 sama turut ditanya oleh bekas Menteri 1MDB !

Macam tak percaya pula sebagai Menteri 1MDB dulu, Husni tidak tahu jawapan2nya ? Atau Husni sengaja sebut dalam bentuk persoalan agar jawapan itu datang dari mulut wakil kerajaan sendiri ? Yalah, beliau kan terikat dengan sumpah perjawatan. 

Apapun, bila Husni selaku orang yang dipertanggungjawabkan untuk menjawap segala persoalan 1MDB semasa masih dalam kerajaan, bertanya akan soalan2 diatas, PASTINYA RAKYAT MAHU TAHU JAWAPAN2NYA !

Atau pihak kerajaan melalui Jasa dan ArulKanda hanya mahu jawab dipentas kampus Universiti saja didepan pelajar2 ? Apakah WAKIL2 RAKYAT tidak layak mendapat jawapan ?

TAHNIAH HUSNI diatas keberanian anda ! Masaklah Najib .... Arul boleh saja kata semua tu berlaku sebelum dia join 1MDB.

Najib selaku orang yang bertanggungjawab sepenuhnya ke atas 1MDB selaku PM, Menteri Kewangan dan Penasihat 117 yang berkuasa veto dalam 1MDB, seharusnya tampil menjawab. 

Takkan Najib sebodoh itu mahu pegang segala jawatan itu tapi tidak tahu apa2 ? 

Share this article :

+ comments + 6 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 24, 2016 at 8:18 PM

Maka akan kedengaranlah selepas ini dari menteri menteri gangster dan pemakan dedak yg Husni ini kononnya kecewa kerana digugurkan oleh Najib dari barisan kabinet dan sebab itulah hari ini dia senada dengan pembangkang.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 24, 2016 at 9:40 PM

Syukur ke hadrat Illahi kerana hati saya yang pernah tersentuh dengan ucapan motivasi oleh DS Husni dalam satu mesyuarat perwakilan UMNO Selayang dan berlangsung di PWTC seketika dahulu tidak menipu diri saya.

Beliau yang merupakan anak kepada agamawan juga memberitahu segala pesanan ibu bapa beliau dan kesusahan beliau melalui hidup yang diuji dengan penyakit ke atas keluarga beliau sendiri.

Apabila kita meletakkan kepercayaan kita kepada Tuhan yang Maha Esa mengatasi segala2nya maka kita tidak akan tertipu dengan keseronokan dan kemewahan dunia yang sentiasa menjadi bahan hasutan Iblis dalam melalaikan manusia.

Semoga angkatan pejuang warga Malaysia yang sedang menentang kezaliman kleptokrasi mainan si Perdana Menyamun akan sentiasa mendapat perlindungan dan kekuatan daripada Allah s.w.t.

Hancur-hancurlah barisan Penjenayah Penyapu Harta Negara Malaysia.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 24, 2016 at 9:44 PM

Kalau kucing tumbuh tanduk pun najib tak akan buka mulut untuk menjawab.Semua jawapan akan dibawa kelubang kubur.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 24, 2016 at 10:11 PM

BIJAN...... he has no idea what he's doing

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 24, 2016 at 10:31 PM

nanti macai besar jawab, husni dah jadi tali barut tdm. husni berniat jahat terhadap jibo. husni ada masalah dengan jibo dan dendam. husni lupa dia la dulu dalam kabinet dapur jibo. husni tak patut pecah rahsia bila keluar kabinet kerana ilan tu permintaannya. jawapan jibo, terus terus telan lidah diam membisu sejuta bahasa. tukang jawab pulak terlompat lompat menjawab tapi jawapan berdasarkan soalan sendiri.

....................
Reply To This Comment ...................
Pemerhati babi
October 24, 2016 at 11:28 PM

Hampir setiap bulan ada saja bom diletupkan berkait 1mdb.
Tp najib tetap buat bodoh.
Aku dah hilang kesabaran dgn si sial ni..tp apakan daya aku tak punya kuasa.

Post a Comment