........... Najib Buat Apapun, Muka Tak Malu Dah ! - Muhyiddin | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Najib Buat Apapun, Muka Tak Malu Dah ! - Muhyiddin

Sunday, October 2, 20165comments


Tadi pagi Muhyiddin ada bersama2 para penggerak Bersatu Pahang di Kuantan dan saya sempat merakamkan beberapa segmen menarik untuk dikongsikan.

Najib Buat Apa Pun, Muka Tak Malu Dah ! - Muhyiddin





KLiK untu ke Youtube


... tidak ada cara lain yang boleh kita buat sehingga hari ini. Selepas segala cara dan saluran yang kita gunakan gagal. Desak suruh berhenti, tak berhenti. Tuntut suruh buat itu, tak buat itu. Dah kata terdedah, tak hendak .. MUKA DAH TAK MALU LAGI DAH ! Dah tebal ni ( kulit )

Sebagai orang Melayu Islam, antara sifat yang agak paling besar nilainya ( ialah ) MALU.....  Maruah. Aku nak buat sesuatu, malu dengan Tuhan. Nak buat sesuatu ni, aku malu kalau jiran aku tahu. Jadi kita tak buat.

Tetapi Perdana Menteri kita dah sampai ke tahap buat apa-apa pun, tak malu !

Jadi ini satu masalah bagi kita,  Cara yang boleh kita buat untuk nak mengubah keadaan ini, dengan menggerakkan sebuah pertubuhan politik. Supaya kita menghadapi Pilihanraya ... untuk tentang dia.

Kita bukan sengaja nak kalahkan dia dan parti dia tapi untuk membentuk sebuah kerajaan yang mampu untuk meletak Malaysia di atas landasan yang betul. Jalan yang lurus.

... membentuk sebuah kerajaan yang honest ( jujur ) . Apa rakyat mahu adalah sebuah kerajaan yang boleh dipercayai. Honest government.




Video kedua ini pula merupakan pesanan kepada ahli2 parti Bersatu dalam memperkemaskan jentera parti melalui perlantikan penjawat2 dan bahagian parti.




KLiK untuk ke Youtube.


Selepas ahli2 dah mula berdaftar, akan tiba masanya untuk buka bahagian2 dan cawangan2. Muhyiddin meminta ahli2 dan para penggerak supaya membuka mata dan mengenal pasti calon2 berpotensi yang sesuai untuk diangkat menjadi pemimpin.

Tapi jangan beritahu siang2, takut dia buat bush jaket awal2.

Beliau merujuk kepada mereka yang perasan bakal dipilih menjadi calon dan yang telah membuat persiapan awal, tapi akhirnya tidak dipilih.

Ahli2 boleh mencalonkan nama2 yang sesuai kepada beliau untuk dibincangkan di peringkat pusat dan jika sesuai, akan dilantik oleh beliau selaku Presiden parti,

Parti Bersatu masih baru maka buat permulaan penjawat2 jawatan akan dilantik dulu.

Pemimpin bahagian yang dilantik akan membentuk cawangan2 di bawah. ... selepas semuanya siap, maka akan dilantiklah Ketua Perhubungan Negeri oleh Majlis Kepimpinan Tertinggi.

Matlamatnya adalah sebelum hujung tahun untuk di tubuhkan semua bahagian dan bergerak sebagaimana parti lain.

Share this article :

+ comments + 5 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 3, 2016 at 2:40 AM

Saya kalau orang tuduh pencuri (tak pernah mencuri pun)dah rasa malu nak keluar rumah.Saya akan cari orang yang tuduh tu dan bersemuka dengannya
Tapi najib selambe aja..tak tau nak cakap la.Memang dia tak mencuri atau memang dia tak malu hanya tuhan saja yang tau

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 3, 2016 at 9:28 AM

The worst kind of human is human without conscience and compassion. Poor Malaysia and Malaysians to have such human as their PM..

....................
Reply To This Comment ...................
October 3, 2016 at 1:11 PM

Sangat-sangat berakhirnya era Regime MO1

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 3, 2016 at 4:05 PM

Diharap ibu dan adik-beradik MO1 mesti sentiasa menasihatinya agar balik kepangkal jalan sebelum terlambat. Tiada guna terus berdegil dan tidak mahu insaf dan bertaubat demi menjaga ego yg menebal. Tidak berbaloi buat begitu. Akhirnya MO1 sendiri yg rugi dan menanggung akibat. Kpd MO1 cepatlah balik kepangkal jalan sebelum terlambat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 4, 2016 at 2:07 PM

MO1 tahu dia akan hancur akhirnya tapi dia ingin hancur bersama sama rakyat dan negara ini. Ada aku kesah...katanya. Saya menyeru Tun M mengajak rakyat melakukan sembahyang hajat meminta pertolongan Allah, supaya Najib mengaku dan menerima balasan setimpal menyusahkan rakyat. Saya pasti ramai akan menyertainya.

Post a Comment