........... Muhyiddin Merujuk Najib Sebagai Malaysian Official One Di Parlimen ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Muhyiddin Merujuk Najib Sebagai Malaysian Official One Di Parlimen !

Thursday, October 27, 20160 comments


Semalam Muhyiddin tampil buat pertama kalinya berucap di Parlimen selaku Presiden PPBM, membahas Bajet 2017. Mengikut teks ucapan sebagaimana di FB beliau, banyak kali ditulis perkataan Malaysian Official One.

4.​Banyak perkara yang saya bangkitkan mengenai skandal 1MDB ketika saya masih di dalam kerajaan. Saya tidak bersetuju dengan Perdana Menteri hampir dalam semua perkara yang melibatkan 1MDB. Semasa di dalam kerajaan saya menolak pelan rasionalisasi 1MDB untuk menyelesaikan hutang-hutang yang bertimbun menerusi penjualan aset-asetnya yang diperolehi dengan harga yang murah daripada kerajaan kerana saya percaya ada elemen-elemen terselindung yang tidak dijelaskan dengan nyata. Pelan tersebut tidak dibuat oleh pihak pakar yang bebas, tetapi disediakan secara dalaman sahaja oleh Kementerian Kewangan. Seolahnya Malaysian Official One ingin menyembunyikan fakta-fakta penting mengenai penyelewengan 1MDB daripada diketahui oleh pihak lain.

8.​Saya berdoa semoga Malaysian Official One diberikan hidayah oleh Allah s.w.t. untuk mengakui kesilapannya, memohon maaf dan bertaubat nasuha di atas segala kemungkaran yang dilakukan. Rakyat yang bermaruah pastinya tidak akan bertolak ansur dengan kemungkaran. Malah adalah menjadi tanggungjawab kita semua untuk melawan dan mengubah kemungkaran. Sepertimana sabda Rasulullah s.a.w dalam sebuah hadith sahih:

9.​Keduanya ialah tentang institusi-institusi penting negara seperti Jabatan Peguam Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Bank Negara Malaysia dan Polis DiRaja Malaysia yang gagal berfungsi atau menjadi, dengan izin, dysfunctional. Institusi-institusi ini telah disalahgunakan oleh Malaysian Official One untuk melindungi kesalahan jenayah besar yang telah dilakukannya. Peguam Negara dipecat, pegawai-pegawai SPRM ditukar dan dibersarakan, Gabenor Bank Negara diugut dan Ketua Polis Negara telah gagal melaksanakan amanah.

11.​Tetapi di Malaysia tiada apa yang berlaku. Kenapa senyap sunyi? Seolah-olah siasatan terhadap salahlaku oleh mereka yang terlibat secara langsung dalam skandal 1MDB tidak dikuatkuasakan! Siasatan terhadap bekas CEO Shahrul Halmi tidak diambil. Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah yang berhenti tidak disiasat dan dilepaskan begitu saja. Tiada seorang pun dipecat atau dihadapkan ke mahkamah atas salahlaku yang dibuat oleh mereka. Yang nyata seolah-olah segala yang berlaku ini disahkan oleh Perdana Menteri. Peguam Negara yang baharu pun tidak menemui sebarang bukti untuk mendakwa sesiapapun yang terlibat dalam skandal 1MDB. Walaupun ada bukti RM42 juta wang SRC International masuk ke dalam akaun Perdana Menteri, tetapi Peguam Negara mendapati Perdana Menteri tidak melakukan apa-apa perbuatan jenayah. Pelik dan ajaib! Kalau seringgit pun duit syarikat milik kerajaan masuk ke dalam akaun penjawat awam tanpa ada sebab munasabah merupakan satu perbuatan rasuah, inikan pula RM42 juta masuk ke dalam akaun Perdana Menteri. Bagaimana Peguam Negara boleh mengatakan ini bukan perbuatan rasuah? Betapa rosaknya institusi Peguam Negara di bawah telunjuk Malaysian Official One!

19.​Malangnya, bajet 2017 yang dibentangkan oleh Malaysian Official One langsung tidak menunjukkan bahawa kerajaan serius serta mempunyai pelan yang jelas untuk memulihkan ekonomi negara dan mempersiapkan Malaysia bagi menghadapi sebarang kemungkinan buruk yang akan berlaku akibat ketahanan ekonomi negara yang lemah.

21.​Kaitannya dengan bajet adalah jelas. RM53 bilion hutang 1MDB kini ditanggung oleh kerajaan. Tetapi malangnya, Malaysian Official One tidak menjelaskan secara terperinci bagaimana hutang piutang ini hendak dibayar oleh kerajaan.

22.​Persoalannya, adakah kerajaan mempunyai sumber kewangan yang mencukupi untuk melunaskan hutang piutang ini? Tentunya segala tanggungan ini perlu dilunaskan dengan menggunakan sumber dana kerajaan, iaitu sumber sama yang diagihkan kepada kementerian-kementerian dan agensi-agensi kerajaan dalam bajet yang dibentangkan. Apakah nantinya kementerian-kementerian akan menerima peruntukan yang lebih kecil berbanding apa yang dijanjikan di dalam bajet kerana kerajaan terpaksa menggunakan sumber yang sedia ada untuk membayar hutang piutang yang ditanggung akibat penyelewengan dan kepincangan dalam tadbir urus negara? Persoalan ini mesti dijelaskan oleh Malaysian Official One.

31.​Baru-baru ini ketika para mahasiswa kita yang berada di dalam mahupun di luar negara keluh kesah kerana tidak menerima biasiswa seperti yang dijanjikan dan para pesakit terpaksa membayar sendiri kos perubatan di hospital-hospital kerajaan, Perdana Menteri dengan bangganya merasmikan projek pengindahan Taman Tugu Negara yang menelan belanja sebanyak RM650 juta. Nampaknya, kerajaan pimpinan Malaysian Official One ini lebih mementingkan pengindahan taman yang pastinya menguntungkan segelintir pihak daripada nasib para pelajar dan pesakit di negara kita yang amat memerlukan bantuan kerajaan.

38.​Sebaliknya, pada pandangan saya, bajet 2017 hanya sarat dengan gula-gula politik sekadar untuk menutup segala kelemahan dan kepincangan Malaysian Official One yang telah mencuri dan merompak khazanah negara.


Panjang teks ucapan Muhyiddin tapi jika ada masa, KLiK dan bacalah sebab beliau banyak menyentuh mengenai isu 1MDB dan pandangan mengenai Bajet 2017. 

Tapi perlu disebutkan di sini, walaupun dalam teks di atas banyak ditulis Malaysian Official One,  hanya SATU KALI saja dalam ucapan beliau menyebut Malaysian Official One iaitu pada minit 22:10 di video Youtube di bawah atau perenggan 21 di atas.

Mungkin Muhyiddin bimbang mendapat protes dari ahli dewan lain atau dari Speaker yang boleh menganggu ucapan ( beberapa kali cuba dicelah ) namun beliau sempat juga menyelit satu kali perkataan Malaysian Official One ! Walaupun cuma satu kali sebutan, ia jelas merujuk kepada Najib dan seharusnya tercatat di dalam Hansard Parlimen !

Sekali lagi ayatnya -

21.​Kaitannya dengan bajet adalah jelas. RM53 bilion hutang 1MDB kini ditanggung oleh kerajaan. Tetapi malangnya, Malaysian Official One tidak menjelaskan secara terperinci bagaimana hutang piutang ini hendak dibayar oleh kerajaan.

Saya rekomen anda tonton video ucapan Muhyiddin ini ... memang mantap aksi beliau !




.

Share this article :

Post a Comment