........... Mana Akaun 2015 1MDB ? Tangguh Lagi Berapa Tahun ? Labur Bilion2 Tapi Akaun Tak Boleh Jaga ... | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Mana Akaun 2015 1MDB ? Tangguh Lagi Berapa Tahun ? Labur Bilion2 Tapi Akaun Tak Boleh Jaga ...

Wednesday, October 5, 20162comments

Hari ini dah 5 Oktober.... sudah 5 hari berlalu tarikh penyerahan akaun 1MDB yang telah di audit selepas 2 KALI DITANGGUH.

Sudah diserahkan ke belum ? Dah siap ke belum ?

Seperti yang semua maklum, Deloitte sudah menarik diri dari menjadi juruaudit 1MDB dan sehingga kini tidak ada sebarang kenyataan dari 1MDB atau kerajaan siapakah yang menggantikan tempat Deloitte.

Bukan itu saja, Deloitte juga telah menarik balik akaun 1MDB yang telah mereka audit bagi tahun 2012-2013 dan 2013-2014 dan tanpa segan silu menyatakan akaun 1MDB yang telah mereka audit untuk dua tahun itu TAK BOLEH PAKAI ! ( should no longer be relied upon )

Akaun mana2 syarikat pun adalah 'bersambung' dari tahun ke tahun. Kalau tahun 2 sangkut, juruaudit kena selesaikan akaun tahun 2 terlebih dahulu sebelum boleh audit tahun 3. Tak boleh main lompat2. Maknanya, jika juruaudit baru diambil menggantikan tempat Deloitte, mereka harus audit semula akaun tahun 2013 dan 2014 itu sebelum boleh audit akaun 2014-2015.

Menurut kenyataan 1MDB pada 26 Julai lalu -

... the Board has decided that, as a precautionary measure, the 2013 and 2014 audited financial statements of 1MDB should no longer be relied on by any party, pending final and conclusive determination by a court of law of certain alleged facts, as described in the Complaint.

'Complaint' itu merujuk kepada kes DOJ.   

Pendek kata - kena tunggu kes DOJ selesai dulu baru boleh cerita tentang akaun2 1MDB. Itu keputusan ahli lembaga pengarah 1MDB sendiri.

Kalau terbukti ADA KES dan transaksi2 yang didedahkan oleh DOJ itu ada kebenarannya .... apa jadi dengan akaun2 1MDB ?

Hmmmm ..... tapi 1MDB berkeras kata tidak ada aset atau wangnya yang hilang.  So, kenapa perlu tunggu kes DOJ selesai ? Berkeras menolak dakwaan DOJ tapi waktu sama akur dengan keputusan prosiding DOJ ? Pelik ....


Nampak gayanya TUNDA LAGILAH akaun 2014-2015 1MDB itu ......   padahal banyak maklumat penting yang kita nak cek berkaitan pelbagai skandal 1MDB. Selamat lagilah dalang2 disebalik skandal2 itu .... 

Dahla lapuran Ketua Audit Negara dijadikan rahsia kerajaan di bawah OSA tanpa alasan yang munasabah diberikan, kini akaun 1MDB pula tergantung.

Apa yang payah sangat nak dedahkan akaun2 1MDB ? ? ?   NAK  SOROK  APA ? ?

Unit2 pelaburan luar 1MDB ( termasuk Just Unit ) pula apa cerita ? Bila nak buktikan kewujudannya dan juga nilainya kalau benar wujud ?

Kenyataan 1MDB di atas adalah kenyataan terakhir sejak kes DOJ meletup. Sejak itu Arul Kanda dan 1MDB dah jadi bisu. Pelik juga kan ? Sebelum itu pantang ada kritikan dari Tun Mahathir, laju jer Arul jawab. Sekarang dah bisu ?

Tapi khabarnya Arul aktif  memberi penerangan kepada ahli2 Umno saja .... kenapa tidak beri penerangan yang sama secara terbuka kepada rakyat ? Apakah 1MDB itu milik Umno ?

Harap ada ahli parlimen yang akan bangkitkan isu laporan Ketua Audit Negara ketika parlimen bersidang nanti.  

Syarikat main bilion2 tapi akaun pun tak boleh jaga. Seperti kata Datuk Johari - Mangkuk Hayun belaka 1MDB.... dari yang paling atas sampai ke bawah !

Share this article :

+ comments + 2 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 5, 2016 at 4:57 PM

itulah Tuan Din. pelik kan.

cuba ini..

pihak yang mendakwa dirinya BENAR mengadakan penerangan secara tertutup. orang lain tak boleh dengar. hanya yang terpilih sahaja boleh dengar.

sedangkan pihak yang dituduh MEMFITNAH buat penerangan secara terbuka. sapa2 boleh hadir. tanya soalan pun boleh.

logik akalnya...siapa yang benar?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 5, 2016 at 11:27 PM

syarikat yang membuat perniagaan berbilion dollar gagal menyiapkan penyata akaun. kelakar kan?

sedangkan peserta AIM yang pinjam 2 ribu 3 ribu dipaksa supaya ada penyata akaun. tak gila babi namanya.

Post a Comment