........... Kuasa Agong Melantik PM TERMASUK Kuasa Melucutkan PM - Tun Mahathir ( Full video sidang akhbar 5/10/2016 ) | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Kuasa Agong Melantik PM TERMASUK Kuasa Melucutkan PM - Tun Mahathir ( Full video sidang akhbar 5/10/2016 )

Wednesday, October 5, 20163comments


Sebentar tadi berlangsung sidang akhbar oleh Tun Mahathir yag menjelaskan pertemuan beliau dengan YDP Agong yang telah cuba dispinkan pleh pejabat PM sebelum ini.

Saya sertakan video penuh sidang akhbar tadi di bawah.


Antara point utama penjelasan Tun tadi adalah di mana Tun menyebut bahawa dalam Perlembagaan termaktub satu perenggan khas mengenai kuasa Agong dalam MELANTIK dan MEMECAT Perdana Menteri.

Power to appoint includes power to dismiss

Kuasa MELANTIK termasuk kuasa MELUCUT / MEMECAT 



KLiK untuk ke Youtube



Tun Mahathir turut meminta seluruh rakyat yang perihatin dengan nasib negara agar bersama2 mendesak Majlis Raja2 yang akan bersidang pada 11 Oktober ini, supaya membincangkan dan seterusnya bertindak selaras dengan aduan rakyat @ Deklarasi Rakyat.

Turut disentuh adalah Akta MKN yang mana telah diredah oleh Najib walaupun pihak Majlis Raja2 telah meminta kerajaan supaya menyemak kembali usul tersebut tapi Najib tidak mengendahkannya. Najib hanya menunggu sehingga tempoh masa berlalu dan dengan sendirinya usul itu diluluskan.

Rakyat mendaulatkan Tuanku .... tapi apakah kerajaan sendiri mendaulatkan Tuanku ?

Para macai pasti akan berkata - bukankah Tun Mahathir sendiri yang telah buang kuasa Raja2 ?

Perkara ini sudah dijelaskan oleh Tun dalam artikel Chedet - APOLOGY,   di mana Tun menulis  -

23. Saya dengan penuh ikhlas memohon maaf kerana membuat pindaan tersebut yang terbuka kepada tafsiran yang berbeza. Pindaan tersebut tidak melucutkan lebih 30 perkara lain dibawah kuasa Yang di-Pertuan Agong.


( Ada saya komen di SINI )

Terbukti perkataan 'menyerah kalah' tidak ada dalam kamus Tun Mahathir. Selagi ada jalan dan selagi kudrat mengizinkan, selagi itu Tun akan terus berusaha demi agama , bangsa dan negara !

FULL VIDEO




KLiK untuk ke Youtube


NOTA - Untuk ketahui lebih lanjut mengenai LOGO RAKYAT BERSERAH di atas, KLiK.

Share this article :

+ comments + 3 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 6, 2016 at 12:37 AM

Rakyat marah kerana diri mereka diperbodohkan oleh si putar alam bugis. Tapi ada pulok yang seronok sakan bila diri mereka diperbodohkan. Mereka ada kecacatan dari baka mereka pastinya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 6, 2016 at 12:47 PM

I wish Tun all the very best and hopefully Agong will take action againt Najib.

....................
Reply To This Comment ...................
October 7, 2016 at 9:14 AM

Cuba anda bayangkan jika Tun M tidak bangun menentang Najib,,siapakah lagi yang berani untuk membela nasib Rakyat..!!
Semoga Allah Ta'ala panjangkan umur Ayahda Tun M,,Amiiiin Yaa Rabb

Post a Comment