........... Apa Citer FINMA Denda Falcon Bank Dek Sebab Uruskan Duit 1MDB ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Apa Citer FINMA Denda Falcon Bank Dek Sebab Uruskan Duit 1MDB ?

Tuesday, October 11, 20164comments

Mkini

Sekali lagi Swiss membuat gempak dalam isu skandal 1MDB. Baru2 ini AG Swiss buat satu kenyataan akhbar mendakwa salahguna dana SRC ( juga 1MDB ) bernilai USD800 juta, hari ini Badan Penyelia Pasaran Kewangan Switzerland ( FINMA ) telah bertindak ke atas Falcon Bank atas dakwaan kegagalan atau kecuaian dalam melaksanakan due diligence ( usaha2 wajar ) dalam transaksi2 yang melibatkan dana 1MDB.

Maksudnya apa ? Adakah Finma salahkan 1MDB ? Tidak .... bukan 1MDB tapi Falcon Bank.

So apa kaitannya dengan 1MDB ? Duit 1MDB yang terlibat.

Sekarang ini apa saja berkaitan dana 1MDB akan buat mata orang luar terbeliak ! Sebab 1MDB sudah sinonim dengan amalan negatif  Money Laundering atau penggubahan wang haram. Ini bukan tuduhan kosong semata2 atau tuduhan yang sengaja direka untuk menjatuhkan kerajaan Melayu oleh kuasa asing TAPI tuduhan yang berasaskan bukti.

Pergerakan dana dalam jumlah yang besar  dan dalam masa yang singkat di akaun2 berkaitan 1MDB di Falcon Bank antara negara Swiss, Singapura dan Hong Kong adalah amat luarbiasa dan perkara ini memerlukan pihak Falcon Bank melakukan pemeriksaan yang rapi dalam menentukan kesahihan transaksi2 itu. Tindakan itu bertujuan menjaga integriti sistem kewangan Swiss supaya tidak dicemari dengan amalan2 negatif seperti money laundering.

Walaupun pihak pengurusan Falcon telah dimaklumkan akan kepelikan transaksi2 itu, mereka tetap gagal untuk menyiasat kesahihan disebalik transaksi2 itu. ( bagi memastikan transaksi2 itu adalah bersih, sumber yang halal dan mematuhi undang2 )

Turut di siasat oleh FINMA adalah pergerakan dana berjumlah USD681 juta yang disusuli pengembalian semula sebanyak USD620 juta enam bulan kemudian, kerana bukti2 yang mencurigakan. Tidak syak lagi FINMA merujuk kepada dana RM2.6 bilion yang masuk akaun Najib.

Dipercayai kes ini berkait rapat dengan siasatan pihak DOJ Amerika. Ingat lagi money trail ( jejak wang ) yang didedahkan oleh DOJ ? 

Langsung tidak disebut oleh FINMA tentang kewujudan mana2 pak Arab sebagai penderma !

FINMA adalah badan yang menyelia sistem kewangan Swiss, lebihkurang macam fungsi Bank Negara Malaysia. Tugas mereka adalah memastikan semua bank2 mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Sebarang kecuaian atau pelanggaran akan didenda.

Bank Negara Malaysia sendiri pernah bertindak mendenda AmBank RM53.7 juta hujung tahun lepas kerana melanggar peraturan yang ditetapkan. Kes adalah berkaitan 1MDB juga cuma kita tidak tahu maklumat lanjut kerana tidak didedahkan. ( Thestar 24/11/2015 )

Adakah BNM bertindak kerana mahu menjatuhkan kerajaan ? AmBank akui kesalahan dan bayar denda itu.

So .... samalah juga kesnya dengan FINMA dan Falcon Bank. Bukti2 kesalahan ada dan FINMA bertindak mendenda Falcon Bank.

Sekali lagi ... apa kesalahan Falcon Bank ? Kerana terlibat dalam penggubahan wang haram dan salahlaku dana 1MDB. Selaku bank yang menguruskan transaksi2 haram berkenaan, Falcon Bank gagal melakukan apa yang sepatutnya ( due diligence ) sebelum melakukan transaksi2 itu.

Faham tak ?

Orang2 Umno mungkin tak faham apa itu due diligence. Yalah, Laporan PAC sendiri ada menyebut yang pihak 1MDB telah gagal dalam melaksanakan due diligence dalam beberapa urusniaga tapi kita dengar pemimpin2 Umno mendakwa laporan Pac kata semuanya OK !

Contohnya dalam kes 1MDB-Petrosaudi. 1MDB ternyata gagal membuat semakan dan siasatan yang sewajarnya bagi mengurangkan risiko perniagaan. Mangkuk hayun dalam 1MDB hanya tahu main redah saja tanpa memperdulikan segala SOP yang sepatutnya dipatuhi.

Kemungkinan besar jika due diligence dilakukan, banyak skandal2 1MDB mampu dielakkan. Tapi kalau dah memang niatnya nak songlap .....

Makanya saya katakan yang ahli2 Umno tidak akan faham apa yang berlaku dalam kes terbaru FINMA ini sebab mereka tidak faham maksud due diligence. PAC kata 1MDB tidak lakukan due diligence, pemimpin Umno kata OK.... pihak FINMA denda Falcon Bank sebab gagal buat due diligence, pemimpin Umno ternganga tak faham ....


Denda ke atas Falcon Bank adalah -

Menyerahkan keuntungan haram sebanyak CHF 2.5 juta ( RM10.55 juta ) hasil menguruskan transaksi2 haram itu dan bank dilarang berurusniaga dengan mana2 orang politik luarnegara selama 3 tahun. Jika kesalahan diulangi, Falcon Bank akan hilang lesen.


Memetik kata CEO FINMA -

“The issues surrounding 1MDB form one of the largest cases of suspected corruption in recent times. The global financial system has been blatantly misused. Suspect financial flows in the billions have been shifted through banks of multiple nationalities and financial centers on three continents, and warning signals ignored. Where Swiss banks or their foreign operations have played an unacceptable role, they will be sanctioned. It is equally important for the future health of the financial system that through close international cooperation all relevant parties are brought to justice.” 


Tu dia ..... isu2 berkaitan 1MDB disyaki merupakan satu kes terbesar korupsi dunia dimana sistem kewangan global telah disalahgunakan.

Yang menghairankan kita ... SELURUH DUNIA kata berdasarkan bukti2 yang ada, dana 1MDB telah diselewengkan melalui penggubahan wang haram, duit bilion2 yang masuk ke dalam akaun Najib berpunca dari 1MDB .....  pendek kata - 1MDB itu HAMPEH ! Tapi pihak kerajaan dan badan2 siasatan negara kita termasuk peguam negara kata 1MDB OK, No problem.

Malah, malam ini juga pihak JASA bersama Arul Kanda sedang kencing pelajar2 UM dalam siri jelajah menjelaskan 1MDB kononnya 1MDB tidak bermasalah walaupun terpaksa jual aset sebab hutang tak terbayar dan masih berbilion tertunggak.


Baca rujukan - FINMA - Falcon sanctioned for 1MDB breaches

Mkini - Dana AS$3.8b berkaitan 1MDB disalur melalui Falcon Bank

Mkini - Dana 1MDB : AG Swiss pertimbang prosiding jenayah ke atas Falcon

Share this article :

+ comments + 4 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 12, 2016 at 7:05 AM

Lambat Bro!!

Di Singapura semalam Falcon Bank sudah pon tutop beroprasi!!

DBS dan UBS sudah dikenakan penalties kerana terlibat dengan 1MDB!!

2 lagi pegawai Bank BSI dituduh dimahkamah. Setakat ini sudah 4 pegawai sudah dihadapkan dimahkamah dimana 2 pegawai terdahulu sudah pon didapati betsalah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 12, 2016 at 9:40 AM

pak din berapa banyak tanda soal da. tengok pak din punya fakta tu tentu tip top. kalau di mahkamah boleh buat kes, tapi yang peliknya mengapa tak bawak pi polis ke, sprm ke, atau mana mana jabatan penguatkuasa kerajaan. tak pecaya ke tapi sprm tengah cergas la ni. bukti dah cukup, dokumen dah ade, saksi dah ade, penyokon pun ramai, bawak lah geng baju kuning pi pejabat ketua polis negara hantar report. tak kan nak berlengah lagi. kemon pak din jgn berlengah lagi. penyokong bersih pun tengah ramai ni. buat dalam 24 jam ni. buat report sesiapa pun boleh, berani kerana benar, ajak tun m yang bagi anak anak dia kaya ade, muhyidin kes bestari net ade, shapie kes kementerian songlap duit ade, mukhriz dok buat lawatan luar negar pun ade, dah ramai tu, kalau nak kuat peguam latifa yang bersekedudukan pun ade, sijagdip singh deo yang bagi rumah pada orang kaya pun ade, najb apelah sangat, anwar dan pak lah sekali kepak dah tumbang ini lak najib, kemon pak din kami tetap berdiri dibelakang menyokong kalau tidak nanti jatuh fitnah, mati nanti susah. pak din, pak din, pak din,

....................
Reply To This Comment ...................
October 13, 2016 at 12:18 AM

Apa yang kau merepek ni Syaithan

....................
Reply To This Comment ...................
October 13, 2016 at 2:11 PM

Kenapa Singapura tutup falcon bank aje.. ?
Kenapa tak tutup DBS dan UBS, padahal atas kesalahan yang sama? Denda pun setakat SGD 1.4 million, tahi gigi punya amount.
Fikir fikir kan lah ....
Jangan cepat bersorak atau cepat melenting bila dengar berita yang memihak atau bertentang dengan apa yang kita mahu dengar.

Post a Comment