........... Apa Cerita Swiss AG Dan Salahguna USD800 Juta Dana SRC Ni ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Apa Cerita Swiss AG Dan Salahguna USD800 Juta Dana SRC Ni ?

Thursday, October 6, 20164comments


Jom layan kenyataan akhbar oleh Swiss AG yang sudah bikin gempak dalam media sosial semalam. Ini adalah satu kenyataan akhbar ok, bukan komen spontan menjawab pertanyaan wartawan. Maknakata ia adalah kenyataan resmi oleh pihak Swiss AG. 

Dan sebelum sebarang kenyataan resmi dikeluarkan, sudah pasti mereka sudah kaji dan semak dengan teliti kes mereka kerana mereka tentunya tidak mahu dituduh sebagai membuat tuduhan rambang yang bakal memalukan diri sendiri jika ianya satu tuduhan remeh.

OK ? Kita sambung ...... Mkini ada laporannya dalam Melayu ( KLiK ). Antara lain dilaporkan -

1 - Swiss AG dakwa terdapat salahguna dana SRC ( dan 1MDB ) sebanyak USD800 juta. ( mengikut rate waktu itu @ 3.2, maknanya sekitar RM2.6 bilion )

2 - Ala Ponzi ( atau dalam bahasa mudahnya - Gali Lubang Tutup Lubang atau stail Pak Man Telo. Bayar pelabur awal menggunakan dana dari pelabur kemudian bukannya dari hasil pelaburan.) dalam menyembunyikan skandal dari ketahuan. Kalau ikut pemahaman kita tentang cara 1MDB, iaitulah songlap duit pinjaman / pelaburan awal kemudian ditutup dengan pinjaman lain.

3 - Swiss AG minta bantuan dari pihak berkuasa Malaysia untuk bantu siasatan mereka.

4 - Ini kali kedua selepas kali pertama pada bulan Januari 2016 yang mana respon dari pihak Malaysia dikatakan sebagai ' is still pending ', maknanya BELUM ADA bantuan diterima.

 Setakat ni OK ?




Apakata kita lihat rujuk kembali kenyataan akhbar @ permohonan bantuan pertama dulu ( KLiK )

Juga melalui kenyataan akhbar pada 29/1/2016. Waktu itu disebut nilainya adalah USD4 bilion (!) yang merangkumi 1MDB, SRC, Petrosaudi, Genting/Tanjong dan ADMIC.





Maknanya ..... kenyataan kedua ini lebih spesifik kepada siasatan terhadap dana SRC saja. Sebab itu nilainya USD800 juta berbanding USD4 bilion sebelumnya. 

Kenyataan pertama itu ada mendapat respon dari AG Apandi, yang mana antara lain menyebut -


3. Pihak berkuasa Malaysia, termasuk Jabatan Peguam Negara komited untuk bekerjasama dengan semua badan penguatkuasaan undang-undang asing melalui konvensyen antarabangsa dan perjanjian yang disepakati. Turut mengikut langkah tersebut ialah syarikat 1MDB sendiri yang telah menunjukkan kesediaan untuk bekerjasama dengan badan-badan berkenaan.



4. Merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Peguam Negara Switzerland, pihak kami bercadang untuk mengambil semua langkah yang mungkin untuk mengikuti dan bekerjasama dengan pihak di Switzerland, dan kami berharap untuk memperolehi bukti-bukti dan hasil dari siasatan  yang dilakukan melalui saluran yang betul. Bukti-bukti ini akan dikaji semula disamping bukti dari pihak-pihak berkuasa yang lain termasuk pihak kami sendiri untuk menentukan tindakan yang tepat.

.
Itu kata AG Apandi pada 29 Januari 2016. Tapi AG Swiss kata pihak mereka tidak mendapat apa2 bantuan pun dari Malaysia hasil kenyataan pertama mereka.

Adakah AG Apandi telah MENIPU kita ?

So ....  AG Swiss minta kerjasama dari Malaysia sekali lagi. Kali ini diharap AG Apandi berilah kerjasama ya . Jangan malukan Najib ! Sebab baru 2 minggu lepas ketika melawat Germany, Najib telah berikan sepenuh komitmen untuk bantu siasatan pihak luar dalam kes 1MDB




( Para macai dan balaci jangan pula kata - Itu Najib janji kepada DOJ Amerika, bukannya kepada mana2 pihak lain seperti AG Swiss ! Dengan tahap pemikiran mereka, segalanya mungkin )


So .... apa ceritanya dengan duit SRC sebanyak USD800 juta atau RM2.6 bilion itu yang didakwa telah disalahgunakan ?

Kita semua tahu yang SRC pinjam RM4 billion dari KWAP, duit orang2 pencen. Selepas hanya satu tahun saja, SRC telah dipindah milik kepada  Kementerian Kewangan ...

Kalau mengikut akaun SRC tahun 2012, amaun USD800 juta hanya boleh dikesan kepada Other financial asset dan short term deposit seperti di bawah -


SAMA seperti skandal 1MDB seperti dakwaan DOJ, kerajaan Najib dan SRC hanya perlu tunjukkan bukti kewujudan kedua aset2 itu beserta nilainya dan dengan sendiri 'dakwaan' oleh Swiss AG akan kantoi. Senang jer .... Tapi mampukah mereka buktikan ?

Asset seperti Pelaburan dalam bentuk Unit atau Just Unit tidak perlukan akaun diaudit terlebih dahulu untuk buktikan. Lagipun kita bukan minta bukti itu dalam keadaan masakini tapi pada waktu yang disebut dalam dakwaan. 

Contohnya kes SRC .... buktikan pelaburan itu wujud antara tahun 2011-2013.

Kes 1MDB @ DOJ - buktikan pelaburan luar itu wujud tahun 2010 -2013.

Pembuktian itu semua tidak memerlukan akaun yang sudah diaudit terkini. Itu cuma alasan saja untuk mengelak.

Apapun, kita nantikan perkembangan seterusnya .... harap2 Swiss AG juga akan keluarkan Jejak Wang ( money trail ) sepertimana DOJ. Terkedu para macai dan balaci Najib nak jawab bila berdepan dengan fakta sebegitu !

Kerajaan Najib dan 1MDB serta SRC rasanya tidak mungkin dapat tunjukkan bukti2 bagi menyanggah dakwaan2 itu.

Nampak gayanya, tambah satu lagi negara akan dituduh campurtangan dalam negara kita.... nak jatuhkan kerajaan Melayu Islam .... nak bunuh Melayu.

PS - jangan lupa siapa Advisor Emeritus SRC !

Share this article :

+ comments + 4 comments

....................
Reply To This Comment ...................
October 6, 2016 at 11:35 PM

Cite lama dipusing pusing. DOJ nye cite ari tu kata 22 Aug nak bicara . Bila tak de cite kata pulak bulan September. Tapi tak de cite gak. Mungkin akan kata Oktober pulak. Kalu tak de jugak nanti tukar bulan November pulak. Istiqomah betul.
Kita tunggu la Din. Pejabat AG kata tak de terima permohonan rasmi dari pihak yg minta bantuan. Dan semua pun berharap jika terbukti ada salah laku dakwalah org yg terlibat.

....................
Reply To This Comment ...................
October 7, 2016 at 12:10 AM

Saya takde kata 22 pun ogos pun ? Awal sept ada tapi saya ada tulis tunggu kenyataan resmi dari doj.

Apapun, najib dah jawab tuduhan berat dalam saman doj itu ?

Ag belum terima yg terbaru. Yang awal bulan januari ?

....................
Reply To This Comment ...................
October 7, 2016 at 12:13 AM

Saya yakin MO1 bersalah........!!

....................
Reply To This Comment ...................
October 7, 2016 at 2:46 AM

22 Aug tu bukan saya maksudkan Din yg kata. Tapi itulah yg banyak diperkatakan.

Pada saya, Najib tidak perlu menjawab tuduhan DOJ buat masa ni. Biar dakwaan keatas yg didakwa berlangsung dahulu. 1mdb pun kata tiada kehilangan Wang.

Apa yg di khuatir kan ialah pembayaran 1mdb telah tersalah bayar yg menjadi pertikaian antara ipic dan 1mdb.

Tentang permohonan Swiss yg diterima pada 4 Feb. Pihak Swiss menyatakan Malaysia sedia bkerjasama. Jadi Kita harap pihak AG akan memberi kerjasama bila permohonan kedua diterima.

Post a Comment