........... 20-20 Satu Visi Yang Jelas / 20-50 (TN50) Visi Yang Rosak - TS Sanusi | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

20-20 Satu Visi Yang Jelas / 20-50 (TN50) Visi Yang Rosak - TS Sanusi

Friday, October 28, 20163comments



Sejak Najib sebut TN50 semasa Bajet baru lalu, ramailah yang memperkatakan tentang Najib yang mahu menghapuskan legasi Tun Mahathir Wawasan 2020 untuk digantikan dengan legasi versi penyamunnya.

Ni jenis main sebut jer ni ... terikut perasaan dendam terhadap Tun Mahathir. Sampai sekarang kita belum dapat apa2 maklumat pun tentang TN50. Nampak sangat Najib terlepas cakap benda yang teamnya sendiri belum bersedia !

Kerajaan kalau nak umumkan sesuatu yang sebesar Visi Nasional, sudah pasti perancangan rapi dan persediaan secukupnya dipersiapkan terlebih dahulu. Kita boleh bayangkan PMO kelam kabut nak menyediakan apa saja yang boleh dijadikan satu pelan bagi menyokong 'lepas cakap'  TN50 Najib.

Biasalah Najib begitu .... selalu umumkan apa2 secara syok sendiri, kemudian kelam kabut.

Wawasan 2020 sebenarnya tidak ada kaitan dengan tahun 2020. Ia bukan bermaksud negara akan maju pada tahun 2020 sepertimana pemahaman ramai.

Menurut TS Sanusi, Wawasan 2020 itu adalah merujuk kepada apa yang selalu disebut oleh pakar mata sebagai VISI 20/20 di mana penglihatan mata kita jelas dan tidak kabur.

Ia bertujuan mempersiapkan rakyat supaya kita punya visi dan matlamat arah tuju yang jelas tanpa sebarang dateline.

Dengarlah penjelasan dari Sanusi tentang bagaimana salahfaham tentang maksud Wawasan 2020 itu boleh berlaku.




KLiK untuk ke Youtube


Seterusnya Sanusi menyindir TN50 Najib

.. mata kita kalau sebelah 20 sebelah 50, bermakna mata itu sakit ! Pandangan itu dah tak jelas.

... dalam keadaan sekarang .... mata kita bukan 2020 dah, pasal apa, bila kita tengok kita tengok 1MDB, kita tengok GST, kita tengok TRX .....

Keadaan semua ini kita tahu, pandangan kita dah menyenget dah. Saya ingat 3020 ada, 3040 ada.. dengan pandangan yang tak jelas, kajian yang tak jelas, sampai bila pun matlamat perjuangan itu tak akan berhasil.


... Kalau kita katakan nak ganti 2020 dengan 2050, ini bukan ganti namanya. Ini maknanya satu kekeliruan yang amat sangat kerana 2020 itu pandangan yang jelas. 2050 itu tidak ada sangkut paut dengan pandangan / visi.

2050 itu target, transformasi. Jadi kalau target itu ke tahun 2050, kalau perjalanan ke arah 2050 itu macam sekarang, bermakna akhirnya kita akan terlingkup !

Jangan kita bohong diri sendiri seolah2 ... sekarang ni kita menghadapi masalah, supaya kita gemilang pada tahun 2050.

Kerana biasanya - Takkan jernih air di hilir kalau di hulu ia kotor.

Share this article :

+ comments + 3 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 29, 2016 at 7:56 AM

Lebeh teruk daripada kabur mata ialah buta mata. Yang lebeh teruk daripada buta mata ialah buta hati. Sebab kalau dah buta hati, yang lain semua jadi buta.

....................
Reply To This Comment ...................
October 29, 2016 at 8:58 AM

Najib bukan doktor, mana dia tahu pasal visi 2020 tu pandangan jelas dan perfect. Najib adalah penyamun dan dia tahu macam mana nak bahagikan harta rompakan. 20 untuk kau, 50 untuk aku.(30 untuk jho lo)

....................
Reply To This Comment ...................
October 31, 2016 at 1:18 AM

Najib sememangnya tak ada wawasan sama sekali,,yang dia tahu macam mana cara untuk terus sapu duit rakyat dan Negara, semenjak dia jadi PM macam-macam hal dia buat semuanya berbentuk kemungkaran belaka.....!!

Post a Comment