........... Skandal 1MDB Mengganggu Kesedaran Moral Husni | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Skandal 1MDB Mengganggu Kesedaran Moral Husni

Sunday, September 11, 201616comments

Malaymailonline

Kenyataan berupa pengakuan terkini dari bekas Menteri 1MDB, Husni Hanadzlah ini amat menarik untuk dikomen sehingga menggamit saya kembali menulis walaupun niat nak bercuti barang seketika.

Malaymailonline memetik temuramah Sinar bersama Husni. Saya tidak ketemu artikel itu di Sinaronline namun ada rakan yang mengirim snapshot beberapa perenggan dari paper itu di pasaran.

Ternyata keputusan Husni ada banyak kaitannya dengan tugas beliau sebagai Menteri 1MDB. Baca dan cuba selami ayat2 Husni itu -
.
“Sudah beberapa bulan saya stres sebab 1MDB. Saya anggap tekanan darah tinggi selama lima jam datang dari petunjuk Ilahi bagi saya menilai di mana saya harus berada.

“Ada kala saya terasa, bekerja secara lurus tidak ada tempat di dunia ini. Saya bertanya, adakah patut saya terus berada dalam kabinet atau tidak?”

“Saya membuat penilaian satu persatu dari sudut tubuh, minda, hati dan kerohanian, sejauh mana tertekan dengan permasalahan 1MDB?”
.

..... Petunjuk Ilahi bagi menilai di mana saya harus berada ? Dan DI MANA HUSNI KINI ? JAAAAAUUH dari 1MDB ! 

Kerana isu 1MDB juga menyebabkan Husni mempersoalkan -  "... bekerja secara lurus tidak ada tempat di dunia ini" dan itu dikaitkan dengan kedudukan beliau sebagai Menteri 1MDB..... tidakkah itu seperti menyatakan sesuatu tentang cara kerajaan mempertahankan skandal 1MDB ?


Siapa saja yang baca akan buat rumusan bahawa kerja mempertahankan skandal 1MDB merupakan satu kerja yang TIDAK LURUS, dan mereka yang punya kesedaran ( conscience ) moral yang tinggi akan mengalami tekanan dalaman yang tinggi dalam melaksanakan tugas kerana amanah itu berlawanan dengan prinsip kebenaran yang dipegang.



Kenapa sampai begitu sekali penangan 1MDB kepada Husni ? Bukankah semuanya mengenai 1MDB itu OK ? Bukankah 1MDB itu kebanggaan Najib dan macai serta balacinya ?  Kebanggaan Umno ?




Saya berdoa agar setiap discrepancies dalam 1MDN dapat di atasi .... ? ? Discrepancies bermaksud percanggahan . Percanggahan apa ? Antara fakta yang direkod 1MDB dengan apa ?

Begitu juga dengan SRC, saya berharap akan diselesaikan segera .... ? ?  Apa masalahnya dengan SRC ? ?

Mengenai SRC, kita hanya tahu yang AG telah mengarahkan kes duit SRC yang masuk ke akaun Najib ditutup atas alasan dangkal iaitu Najib tidak tahu yang wang itu datangnya dari SRC. 

Tapi Husni merujuk kepada masalah SRC.  Ada ke pihak yang siasat SRC ?




Sebenarnya saya tidak tahu tentang penubuhan 1MDB. 1MDB ditubuhkan pada tahun 2009. Saya tidak dirujuk walaupun saya Menteri Kewangan 11. 

Ni kerja siapa yang gatal buat 1MDB hinggakan Menteri Kewangan 11 sendiri pun tak tahu apa2 ! ? Najib lah siapa lagi .... atas nasihat cina kesayangan Umno, Jho Low. Begitu BESAR sekali pengaruh Jho Low ke atas Perdana Menteri Malaysia ! Siapa Jho Low sampai diketepikan terus Menteri ? Itu kena tanya Najib ..... atau Rosmah.

Bila saya dapat tahu tentang penubuhannya, saya mempersoalkan mengapa perlu tubuh 1MDB ?

Persoalan yang SAMA juga pernah ditanya oleh Tun Mahathir ketika diwawancara oleh Sarawak Report pada 15 Januari 2015 ( KLiK )

I question the creation of 1MDB and how it is managed. They [the managers] came to see me, but they couldn’t explain how the money was raised and why the power plants were brought at such high prices and the commission that was paid to Goldman Sachs”, Mahathir elaborated

“I don’t think that it serves any purpose.  That’s my difference with the government.  I don’t think that it is necessary for us to have a fund like this.  We are doing well enough without a fund… in the first place they got the money to lend to the Saudis and they they put it in hedge funds. The government should not be gambling money in hedge funds”, Mahthir said, reiterating his main arguments against the development fund.


( terjemahannya - Saya persoalkan kewujudan 1MDB dan bagaimana ia diuruskan. Mereka ( para manager ) datang bertemu saya tapi mereka juga tidak mampu jelaskan bagaimana dana itu diraih dan kenapa IPP dibeli dengan harga yang tinggi dan juga mengenai komisen yang dibayar kepada Goldman Sachs.
  Saya tidak nampak keperluannya diwujudkan dana seperti 1MDB. Tidak menyumbang apapun. Kita dalam keadaan yang baik tanpa perlunya dana seperti itu. Kerajaan tidak seharusnya melabur dalam dana berbentuk perjudian seperti hedge fund. )


Husni berkata lagi - Pada faham saya, penubuhan sesebuah syarikat pelaburan memerlukan kajian mendalam melibatkan kajian Fisibiliti, Risiko Perniagaan, Risiko Kewangan, Unjuran Aliran Tunai, Unjuran Untung Rugi, dan Unjuran Imbangan Kewangan.

Apakah semua itu TIDAK ADA  disediakan oleh dalang yang menubuhkan 1MDB ? Apakah penubuhan 1MDB pakai main redah saja ? Patutlah cara 'main redah saja' ini berulangkali diulangi oleh Shahrol, bekas CEO 1MDB yang bertanggungjawab dalam hampir kesemua skandal berkaitan 1MDB. Kelulusan ahli lembaga pengarah tidak diperlukan, nasihat ahli lembaga pengarah tidak dihiraukan, menipu Bank Negara ..... langsung tidak ikut prosedur ! 

Berpuluh bilion ringgit wang kerajaan / rakyat dibuat seolah duit mak bapak dia ! Sekarang bila nama dan skandal 1MDB ini dan mashyur di seluruh dunia, baru sibuk nak libatkan kerajaan dan negara. Pandai pula sembunyi belakang kerajaan, masa buat hari tu, main redah jer.




Baca lagi luahan Husni ini -




Semua orang tahu Datuk Seri tidak terlibat dengan urusan 1MDB. Mengapa Datuk Seri tertekan dengan isu 1MDB ? Kata-kata itu membuka mata hati saya .... harus pisahkan antara kerja, perkara yang tidak melibatkan saya dan keadaan diri. Fikiran saya terasa lega. 1MDB tidak lagi mengganggu minda dan hati saya.


Seperti yang saya komen ketika Husni letak jawatan tempoh hari, apapun Husni masih perlu bertanggungjawab ke atas apajua kenyataan yang pernah beliau keluarkan semasa masih bertugas. Dan bertanggungjawab untuk mendedahkan kepada rakyat apa yang beliau tahu mengenai 1MDB terutamanya maklumat yang boleh mendedahkan Kebenaran di sebalik skandal 1MDB.

Tidak ketinggalan adalah juga Kebenaran disebalik isu RM2.6 bilion. Selaku bekas bendahari Umno, Husni pastinya juga tahu banyak cerita berkaitan 2.6 bilion.

PS - Sekarang tugas Menteri 1MDB diambilalih oleh Datuk Johari. Bezanya, Datuk Jo dilihat lebih berhati2 dalam membuat kenyataan dan tidak mempertahankan 1MDB cuma beliau mengelak dari mengaitkan Najib.

Share this article :

+ comments + 16 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 11, 2016 at 6:36 PM

Din jgn pressure sangat sebab dia takot mati dibunuh dan dimasukkan dalam tong simen atau badan berkecai kerana dibom!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 11, 2016 at 6:37 PM

Has the episode of distancing oneself from the sick saga of 1MDB just begun? Whatever it is, the part on the setting up of the 1MDB was devoid of the usual procedures has given the evidence that the niat behind its establishment is certainly not kosher. (Of course there exist other forms of evidence…)

But what is more frightening to all Malaysians who are concerned about their country is this: surely the 1MDB is not the only one with such manner of formation?

And believe it or not there is still another quite frightening scenario for the future: if those involve with the setting up of the 1MDB can still now go scot free, what to stop others in the future who is holding the post of the prime minister and who are close to the prime minister (who could very well be from either umno-bn or Pakatan-Bersatu) to do the same bringing Malaysia and Malaysians to another episode of armageddon for the country?

....................
Reply To This Comment ...................
September 11, 2016 at 7:28 PM

Itulah masalahnya walaupun sudah tahu dari awal awal lagi yg 1MDB ini penuh dgn penipuan dan muslihat tapi kerana "dedak" dan pangkat masih tergamak mempertahankan yg bathil. Keinsafan cuma lahir setelah sedar yg akan disingkirkan Najib namun pintu taubat masih terbuka dan ceritakan lah yg sebenarnya sebelum ajal menjemput.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 12, 2016 at 1:51 AM

I don't mean to be rude, but to say that the blood pressure made u come to your senses finally..? that's a white lie maan.. I feel that u being transfered to another ministry took the gas out of u.. anywaz, still wishing u the best of health in between truths and lies..

....................
Reply To This Comment ...................
hasnul rahman
September 12, 2016 at 7:25 AM

Assalammualaikum wmt Bro Din!
Dalam suasana politik UMNO sekarang, rakyat sangat menanti-nantikan bagaimana 'libasan' dan 'bidasan' Pak Menteri Nazri Aziz yg terkenal kerana 'kesamsingannya' mengecam dan menghina sesiapa saja yg tidak menyebelahi PM Najib.
Oleh kerana DS Husni boleh dianggap sebagai tidak lagi 'berguna' kpd Najib, bagaimana pulak penghinaan Nazri kpd bekas menteri yg senegeri dgnnya itu......

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 12, 2016 at 7:55 PM

Darah naik 5 jam! Husni kongsi cerita
http://www.sinarharian.com.my/wawancara/darah-naik-5-jam-husni-kongsi-cerita-1.562001

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 12, 2016 at 7:56 PM

Am just as skeptic as 1:51am and with a smirk too! Well, why wouldn't you come clean in the first place (despite out of government and relinquished all association from all UMNO's positions) that, my friend (but Husni is not my friend anyways) destroyed your credibility entirely now! Errr....ngaji Quran di Jordan dah tamat ke? Atau duit semua dah parked safe and sound kat bulan, perhaps? Tanya jer, tak salahkan?

It just makes you despised more the people with pious-looking 'goatie' or even a full beard yet uttered words trying to justify the 'inconvenient truth' they first tried to cover, before all hell breaks loose and in the hope that he would not be dragged as well. Absolving himself, front-up insurance, I guessed?

Kapal si Lanun-Bugis dah nak karam masing masing mencari pelampung kutttt???

MLN

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 12, 2016 at 10:34 PM

Husni should now come clean! There is no turning back. Our country is going to the dogs. All the pencuris and families will be moving to Perth, Melbourne, Sydney, London, Jakarta or Bangkok! Time to cut off their legs!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 13, 2016 at 2:12 AM

Husni tidak tau penubuhan 1mdb & dia tidak dirujuk betul lah kata TSMY sebagai Timbalan PM waktu itu dia pun tak tau, tapi aritu pemakan dedak dalam kabinet bersungguh sungguh kata pihak MT sudah di jelaskan tentang penubuhan 1mdb tak ker nampak pemakan dedak kaki kelentong.

Zahid mana hishamuddin mana kenapa tak bangkit pertahankan 1mdb harapkan barisan menteri seken hen saleh keruak nazri & anuar musa saja yang lain2 semua sudah menikus kerana mereka pun tau penyakit 1mdb akan heret mereka sama ke lubang gaung.

1mdb di tubuhkan diatas satu tujuan saja kerana mau songlap duit bagi menampung belanja & kehendak serakah peribadi MO1 laki bini, blogger2 dedak 3K sbulan pula mati matian pertahankan MO1 mereka sanggup menjadi bodoh & bangang semata2 kerana 3K kesian kat mak pak derang dapat anak sudah besar jadi bangang hahahaha

....................
Reply To This Comment ...................
September 13, 2016 at 5:30 AM

Din... betul-betul cakap

Cakap-cakap orang politik macam dia ni tak boleh dipercaya sangat. Asyik bagi alasan yang berubah ubah dari dulu. Yang mana betul, samada 'darah tinggi 5 jam buat dia insaf' atau 'dia kecewa teramat sangat' kerana dapat tahu najib nak turunkan pangkat dia, hanya dia saja yang tahu. Hilang dah respek aku kat dia ni sama macam kat si TS bekas peguam negara yang dikatakan seminggu 3 kali kena cuci darah. Tapi kalau dia betul2 insaf, dibuktikan dengan pencerahan berkenaan '2.6B sadakah dari pak arab' atau 'songlap dari 1MDB' barulah aku boleh percaya cakap dia ni.

Selagi dia tak ceritakan 'kisah benar' tapi asyik dok kona baring dengan macam-macam alasan macam sekarang... buang masa kita saja melayan cerita mohon simpati dia ni.. titik

....................
Reply To This Comment ...................
September 13, 2016 at 12:11 PM

Husni masih 50-50 untuk muntahkan segala pekong dalam 1MDB,,Husni baru nak belajar untuk menjadi orang jujur,,so berikan dia peluang sedikit masa lagi untuk tarik nafas panjang dan akhirnya menceritakan duduk perkara yang sebenar-benar nya .....!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 15, 2016 at 2:10 AM

tak mustahil mungkin dia telah di ugut hingga tak berani nak buka habis keselamatan keluarga dia nak kena jaga juga

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 16, 2016 at 7:36 PM

Bro din turtle kenapa komen2 di blog din turtle original dgn disini tidak selaras?

Apa pun dato husni terbaik kasi dedah semua dato husni.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 18, 2016 at 9:11 AM

Assalamualaikum Bro Din.
Tak ada posting baru ke?
Tak kan Cuti Aidil Adha lama sangat?
Saya ingin tahu perkembangan Pribumi Bersatu dan Pakatan Bersatu untuk menggantikan Pakatan Harapan.
Updatelah bro.
Kami dok tunggu macam orang dungu.
Kasi vitamin Ninja bro Din biar jadi Ninha Turtle hangan jadi Turtle Belimbing, tau dok bertelor aje.
Wassalam. Jangan marah bro, gurau2 pagi minggu ini.

....................
Reply To This Comment ...................
September 19, 2016 at 4:25 PM

Keduanya adalah blog yang berasingan. Original diwujudkan untuk mereka yang tidak tahu bagaimana mahu melepasi sekatan SKMM keatas blog ini.

....................
Reply To This Comment ...................
September 19, 2016 at 4:27 PM

Laptop saya rosak.....

Post a Comment