........... Siapa MO1 - Noh Omar Lebih Sanggup Memperbodohkan Diri Di Mata Rakyat Dari Menjawap ....Inilah Pemimpin Umno | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Siapa MO1 - Noh Omar Lebih Sanggup Memperbodohkan Diri Di Mata Rakyat Dari Menjawap ....Inilah Pemimpin Umno

Thursday, September 29, 20165comments


Jom kita layan sorang lagi Menteri Umno bila ditanya mengenai MO1 dan apa jawapannya -

"Saya pun tak tahu siapa Malaysian Official 1. Itu awak pergi tanya DOJ (Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat)," 

Bodoh ke apa Noh Omar ni ? Jom baca laporan Mkini yang membawa kepada jawapan itu -

Noh bagaimanapun terdiam seketika diajukan soalan berkaitan dapatan lain bahawa 40 peratus penyokong BN berpendapat kerajaan patut mengambil tindakan undang-undang terhadap Malaysian Official 1 (MO1).

Selepas itu, pemberita kemudian mengulangi soalan sama kepada anggota parlimen Tanjung Karang tersebut sehingga setiausaha akhbarnya meminta supaya Noh tidak menjawab soalan berkenaan.

Noh kemudian hanya berkata:

"Saya pun tak tahu siapa Malaysian Official 1. Itu awak pergi tanya DOJ (Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat)," - Mkini.



So .... sekali lagi ditanya - Bodoh ke apa Noh Omar ni ?

Kalau mengikut Rahman Dahlan, Noh Omar ini memang bodoh.  Tapi takkan Noh Omar sebodoh itu ?  Dia mesti dah baca laporan DOJ dan mengikuti perdebatan mengenai isu MO1 termasuk terlibat dalam mesyuarat2 Umno bagaimana nak layan isu ini jika ditanya oleh rakyat.

Tapi kenapa jawapan orang bodoh yang Noh Omar berikan ?

Semua orang tahu MO1 adalah Najib Razak. Hanya orang bodoh saja tidak tahu siapa MO1 yang disebut dalam laporan DOJ itu.

Jadi kenapa Noh Omar sanggup MEMPERBODOHKAN DIRInya di hadapan rakyat daripada menjawab soalan yang senang yang semua orang sudah sedia maklum jawapannyatapi masih ingin mendengarnya keluar dari mulut pemimpin ?

Sebab takut Najib dan Rosmah marahlah ! Hahahahahaha ........

Habis tu, kalau bukan sebab takut Najib dan Rosmah marah, apa lagi alasannya ? 

Point utama artikel ini bukanlah nak mentertawakan Noh Omar tapi ingin menunjukkan mentaliti pemimpin Umno bila berdepan dengan rakyat dalam isu2 yang melibatkan Najib. 

Setakat ini MO1 tidak didakwa dalam kes DOJ, MO1 atau Najib hanya disebut berpuluh kali saja dalam laporan itu. Sebab nama Najib tidak ada dalam senarai yang memiliki aset2 yang mahu dirampas makanya DOJ menggunakan nama samaran MO1.

So .... kenapa pemimpin2 Umno macam Noh Omar lebih rela memperbodohkan dirinya di mata rakyat daripada menjawab soalan mudah itu ?

Sebelum ini, Nawawi Langkawi pula lebih sanggup menghina YDP Agong daripada menamakan Najib sebagai MO1 ..... ke tahap begitu sekali !


Sekarang dapatlah kita lihat bagaimana cara pemimpin2 Umno bila berdepan dengan kes yang melibatkan bos mereka, Najib. 

Bagaimana nak harapkan mereka menegakkan Kebenaran jika begitulah peel mereka ? 

Apakah pemimpin2 Umno masih boleh dipercayai dalam kes2 yang melibatkan Najib ?

Sehingga sanggup memperBODOHkan DIRI sendiri di mata rakyat ...... alahai .... dan sekarang bila rakyat menolak Umno, mereka tak mahu terima pula kenyataan.  

Share this article :

+ comments + 5 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 30, 2016 at 6:56 AM

pak din,dia tiba2 dapat gading bertuah..kot nanti terlopeh pulak...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 30, 2016 at 8:14 AM

Apa yang nak diharapkan dari mereka ni semua. Hari itu pun KJ ada cakap yang dia tak kisah pun dianggap macai. Bodoh, macai, barua, semua ni dah tak ada apa apa kesan pun keatas mereka. Maruah diri dah tak ada langsung.

....................
Reply To This Comment ...................
Sokong Najib
October 1, 2016 at 8:14 AM

Noh ni tak ada apa2...

Otak dh x ada. Yang ada otak udang brand nohotakudangomar

....................
Reply To This Comment ...................
October 1, 2016 at 6:44 PM

Yang kata org bodoh tak tau sapa MO1 adalah Menteri.....yang tak tau sapa MO1 adalah Menteri....patutlah najib masih jadi PM......anak2 buah semua bodoh....dan yang paling bodoh....pengundi yang undi BN.

....................
Reply To This Comment ...................
Pemerhati babi
October 3, 2016 at 7:47 PM

Tanya budak baru ambil upsr pun tahu siapa mo1.
Kalau keluar soklan pengetahuan am, siapa mo1? Markah free je budak tu dpt..mmg jawapan diaorang adalah najib. Jadinyer menteri noh omar ni lbh bodoh otaknya dari budak lulusan upsr

Post a Comment