........... Siapa Blogger TONGSAMPAH Yang DiSebut Oleh Tun Mahathir ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Siapa Blogger TONGSAMPAH Yang DiSebut Oleh Tun Mahathir ?

Wednesday, September 28, 20168comments

Tersenyum saya membaca sindiran Tun Mahathir melalui artikel terbarunya di Che Det - PROPAGANDA, terhadap usaha propaganda di pihak Najib yang dilakukan oleh para macai dan balacinya.

Tun menamakan Menteri Propaganda Hitler, Joseph Goebbels sebagai contoh dan menggelar mereka yang mendalangi team propaganda Najib sebagai Goebbels kecil hahahahaha ..... saya gelarkan mereka sebagai Goebblets !

Joseph Goebbels, Menteri Propaganda Hitler

Propaganda yang dilakukan oleh Goebbels lebih kepada syok sendiri, hanya dipercayai dan diterima bulat2 oleh orang2 Nazi yang kita tahu memuja2 Hitler sebagai pemimpin mereka sedangkan dunia luar langsung tidak terkesan. 

Mula2 memanglah ramai yang termakan dengan propa yang dilakukan tapi selama mana propa yang tidak memijak bumi mampu mempengaruhi minda rakyat Jerman sendiri ? Samalah dengan team propaganda Najib .... lama mana mereka mampu membohongi minda rakyat dengan bodekan2 terhadap Najib walaupun satu dunia mentertawakan Najib dengan derma pak Arabnya.

Tapi bezanya Goebbels punya kemahiran dan sistem dalam melaksanakan tugas propagandanya sementara Goebbels kecil atau Goebblets yang ada di sekeliling Najib main hentam keromo saja. Untuk seketika, Goebbels mampu menaikkan imej Hitler ke peringkat pujaan rakyat Jerman tapi Goebblets bukan saja tambah memusnahkan imej Najib di mata rakyat, dengan diri mereka sendiri menjadi bahan tertawa rakyat dengan hujah2 dangkal sehinggakan budak sekolah pun hanya mampu geleng kepala sukar untuk terima.

Tanyalah budak2 sekolah sekarang pandangan mereka mengenai Najib dan Rosmah kalau tak percaya  ......

Begitu juga propaganda melalui media milik kerajaan seperti Utusan dan TV3 .... kalau di kawasan bandar memang sudah ditolak bulat2. Cuma mungkin dikampung2 media2 ini masih lagi dilayan.

11. Sesungguhnya propaganda Najib tidak berkesan. Duit yang banyak yang di hadiah kepada Goebbels kecil ini tidak menghasil apa-apa perubahan pandangan oleh masyarakat amnya dan penentang Najib khasnya. Sebenarnya dengan pembohongan dan propaganda Najib, mereka lebih yakin tuduhan-tuduhan terhadap Najib mempunyai asas yang kuat dan benar.

12. Najib banyak duit. Oleh itu teruskanlah propaganda melalui orang yang tidak mempunyai kredibiliti sama sekali. Saya ucap tahniah kepada Salleh Said Keruak, Tengku Adnan, Tengku Sarifuddin dan Rahman Dahlan kerana berjaya menipu Najib bahawa kenyataan-kenyataan mereka berkesan.

Yang berjaya ditipu hanyalah ahli2 Umno yang masih buta matahati mereka, terutama Najib sendiri yang mungkin syok bila dilambung2 oleh para Goebbletsnya.


Saya tertarik kepada perenggan 9 artikel chedet itu -


9. Demikian juga dengan peralihan kesetiaan blogger Big Dog dan Rockybru. Mereka boleh nafi mereka telah dibeli, tetapi masyarakat semua faham sebab peralihan haluan oleh mereka. Apapun yang ditulis oleh mereka dimasukkan dalam bakul sampah.


Lain macam jer bunyinya ...... jarang sangat Tun mahu sebut nama2 individu kalau mereka bukan punya kepentingan atau berjawatan. 

Jadi bila Tun sebut nama blogger Big Dog dan Rockybru dalam konteks 'peralihan kesetiaan', pastinya menimbulkan pertanyaan. Apalagi bila Tun membakulsampahkan hasil penulisan mereka kini !

Marah bunyinya Tun Mahathir .....

Siapa lagi blogger2 Najib ni ..... bagus kalau kita dapat senaraikan mereka.

Hmmmm .... sudah tiba masanya saya kemaskinikan BLOGLIST saya mengikut kategori Blogger Najib, Blogger Bersatu dan lain2 ... 

Kepada para bloggers terutama yang baru, mohon kirimkan url atau alamat blog anda untuk disenaraikan.

Share this article :

+ comments + 8 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 28, 2016 at 9:59 PM

Ingatkan tok tok umno aje yang kena tipu dek Salleh Said Keruak, Tengku Adnan, Tengku Sarifuddin dan Rahman Dahlan, rupa-rupa nya Najib sendiri pun kena tipu sama!

Benar tak pernah Tun gunakan nama blogger terang-terangan. Ini kali terus kena bakul sampah.

Merah padam muke depa depa ni kena sembur dengan Tun kali ini. Makin membara-baralah dendam kesumat. Kita lihat apa respond dia orang ni.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 29, 2016 at 3:23 AM

Cuba paling kan ungkapan Tun tu sebenarnya mengatakan diri sendiri.. Dan mengarah kelompok bloger dalam circle beliau.... macam Din Turtle ni sendiri.... bloger percuma ker? Dan bukan tak kenal Tun.... barang siapa yang menjadi orang yg boleh menghalang kejayaan misi beliau.... beliau akan petik nama..... tak payah lah nak kata Tun tu ada makrifat yg tinggi .... tatkala nama disebut maka makhluk itulah yg harus diabaikan kalau tidak pun di musnahkan...... dia dah petik nama Muhyiddin..... tunggul Bahama yg bakal muhyidin hadapi..... nak ucap tahniah perlu Kepada salleh keuak Dan lainnya sbg menyenaraikan propaganda najib...... macamlah dia sendiri takder org sandaran so called balacipun kat keliling dia.... khairudding botox tu siapa?.... Din Turtle plak siapa?.... Dan lainnya yg juga pemakan dedak DNA garam....puiiiii

....................
Reply To This Comment ...................
September 29, 2016 at 7:16 AM

Saya blogger percuma. Tidak ada siapa bayar saya untuk menulis. Saya sukarela menulis. Tolong jangan samakan saya dengan anda.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 29, 2016 at 8:40 AM

Dulunya si Obese BigDog tu Bukan mainlagi memaparkan gambar dia dengan Tun dan bersumpah setia pada Tun....Lepas kena sumbat dedak terus tukar haluan!!
Itu lah kalau perut menjadi penunjuk manusia bertukar jadi jembalang!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 29, 2016 at 9:40 AM

a good one Din....teruskan usaha anda semoga diberkati.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 29, 2016 at 10:08 AM

Bro DT

Tun called them Little Goebbels....

DT rather named them Goebblets....

Well, in the spirit of Zahid Jawa, I hereby bestowed upon all honkey-donkeys lanun-bugis and his bangang-bloggers......as GOEBBLOK!!!

MLN

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 29, 2016 at 12:59 PM

Anon 10.08am.
Salah eja tu.
Bukan GOEBBLOK!!!!

Sebenarnya GOBLOK @ EDAN.

....................
Reply To This Comment ...................
October 2, 2016 at 11:48 AM

Tun M barangkali maksudkan RPK.......!!

Post a Comment