........... Penarikan Balik Award Kepada Rosmah - Apa Kaitannya Rosmah Dengan Barang Antik ? ? ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Penarikan Balik Award Kepada Rosmah - Apa Kaitannya Rosmah Dengan Barang Antik ? ? ?

Tuesday, September 20, 20167comments

Ini satu lagi berita panas yang membuatkan saya memaksa juga dirikeluar sebentar dari mood offline, untuk paling tidak memberi sedikit komen. Sebab isu sememangnya PANAZZZZ !

Adakah isu Tun jumpa Agong ? Taaaak ..... itu biasa2 jer ....

Adakah isu Justo kekal di penjara Thai dek sebab campurtangan Najib ? Taaaak .... penting tapi tak begitu tinggi tahap kepentingannya...

Adakah berita pendaftaran Online keahlian Bersatu ? Taaak ... dah ramai yang lapor secara online pun

SO ? Berita apalagi yang begitu panas ?

Hah ..... cerita Rosmah kena tarik balik Award la !

KLiK

New York Times tuh ....  berita utama adalah penarikan balik award yang dijadualkan dianugerahkan kepada Rosmah sempena persidangan PBB di NewYork dalam masa 2-3 hari lagi.

Penganjur adalah Antiquities Coalition dan award bernama  'Lead by Example' atau terjemahannya Kepimpinan Melalui Teladan ( hahahahaha ) hasil sumbangannya melalui Permata TAPI telah disalahlapor oleh Bernama sebagai datangnya dari Unesco.

Bernama salah lapor ? ? Well .... Bodek tak mengenal siapa...

Tapi heran jugakan, apa masalahnya sampai kena tarik balik anugerah itu ? Bukannya besar pun jika nama penganjur disalah lapor. Buat jerlah pembetulan dan minta maaf.  Jasa2 dan Teladan2 Rosmah yang boleh diikuti oleh manusia sejagat tetap tak berubah ... kan ?

Dilaporkan pihak penganjur Antiquities Coalition dihujani dengan pelbagai pertanyaan mengenai dari mana datangnya duit Permata dan  -

"Bagaimanapun, kita tidak mahu acara penting ini didominasi oleh apa-apa selain daripada isu bagaimana untuk menggerakkan dan menyatukan rakyat dalam memerangi keganasan," katanya.

"Justeru, jawatankuasa ini memutuskan ia memerlukan lebih banyak masa untuk mengkaji semula komen yang diterima, dan telah mengeluarkan PERMATA daripada senarai penerima anugerah Khamis ini," - Mkini.
.
Pendek kata - Penganjur serabut nak layan persoalan mengenai Rosmah dan Permata. Penganjur tidak mahu acara penting itu ditenggelami oleh isu2 sampingan lain.

Benarkah hanya kerana isu sumber dana Permata ?

Tak percayalah ..... kalau setakat nak sahihkan sumber dana Permata, kerajaan Malaysia bila2 masa saja boleh keluarkan kenyataan yang Permata pakai duit kerajaan. Senang je nak Tutup kes. TAPI perkara teknikal sebegitu tetap juga dijadikan alasan untuk tarik balik anugerah berprestij itu... kenapa ?

Bukankah penarikan balik anugerah itu bakal MEMALUKAN Rosmah di peringkat dunia ! ? Dah umum dan tak sampai lagi 2-3 hari nak majlis, keluar kenyataan ditarik balik. MALUNYA ........

Kita percaya penarikan balik award itu adalah kerana NAMA ROSMAH dan NAJIB yang begitu sinonim dengan kes berprofil tinggi DOJ vs Wang Haram 1MDB yang bila2 masa saja akan didengar dalam mahkamah Amerika.

Bacalah artikel New York Times itu .... cerita utama penarikan balik award pendek jer, yang lebih banyak diceritakan adalah mengenai kemewahan keluarga Rosmah Najib dan kes 1MDB !

Turut disebut adalah rujukan MO1 sebagai Najib !

Ms. Rosmah is not named in it, and Mr. Najib is referred to only as Malaysian Official 1. But Ms. Rosmah’s son from a first marriage — Riza Aziz, a movie producer — is named. The suit claims that Mr. Najib had $731 million from 1MDB, a government investment account, moved through his personal accounts.


So ..... kita boleh bayangkan kenapa Antiquities Coalition tergamak memalukan Rosmah dengan menarik balik anugerah award kepada Rosmah itu. Mereka tidak mahu menjadikan satu kerja tambahan pula untuk menjawab kes 1MDB bagi pihak Rosmah Najib !


Lebih baik cuci tangan awal2. Soal dari mana datangnya dana Permata itu cuma alasan sopan yang diberikan penganjur.... takkanlah penganjur nak sebut terang2 alasan sebenar.

Tengoklah betapa hinanya nama negara dibuat oleh 1MDB dan Rosmah Najib diperingkat dunia. Walaupun Permata tidak ada kaitan dengan 1MDB, tapi sebab nama dah busuk, tidak ada organisasi yang mahu namanya dikaitkan secara langsung dengan mereka !


                                                      ************************

Oya, hampir terlupa pula .... apakejadahnya sebuah NGO yang aktiviti utamanya adalah memerangi penjualan barangan antik di pasaran gelap oleh penjenayah dan organisasi teroris, nak bagi anugerah kepada Rosmah ?


KLiK

Barangan antik dan bersejarah ........ Rosmah ? Hmmmm .....

Ke award beli ni ........ tapi terpaksa ditarik balik juga sebab tak berbaloi dengan laporan negatif berkaitan Rosmah ? Agak2 jer tu ... tapi anda fikirkanlah sendiri. 

Tak percaya cuba klik link Antiquities Coalition di atas dan cuba cari apa yang boleh dikaitkan dengan Rosmah atau Permata.

Rosmah ........ Barang Antik .... ? Hmmmmm ....

Share this article :

+ comments + 7 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 20, 2016 at 10:34 AM

Masih bolih beri anugerah tu. Kepimpinan melalui tauladan - macam mana nak jadi pemimpin bolih songlap duit billion billion. Tak ada pemimpin lain dalam dunia ni yang bolih lawan.

....................
Reply To This Comment ...................
Josefharrys
September 20, 2016 at 12:51 PM

Kerana kilauan dan silauan PERMATA inilah rakyat jadi buta tetapi terkenal seantero dunia....anyway it's a matter of time sejauh mana keluarga Najib dan konco2 beliau ni dapat bertahan...kita nantikan apa kah alasan2 bodoh yg akan dikeluarkan oleh mereka2 ni.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 20, 2016 at 6:57 PM

Dear Din, as you probably have known it within the last few hours, the truth about the award has been exposed by our brother in his blog OutSyed the Box. His posting dated today at 4:31 pm.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 20, 2016 at 9:20 PM

Bro tak tahu ka sikit hari lagi rosmah dan najib akan jadi barang antik.Boleh disimpan dalam lipatan kenangan sebagai pasangan yang tak ada apa jasa pun melainkan menyusahkan rakyat semata2.

....................
Reply To This Comment ...................
Otak geliga
September 21, 2016 at 5:36 AM

Saya mewakili SEMUA RAKYAT MALAYSIA rasa sungguh tercabar, sedih, pilu, dan terguris kerana PM Malaysia dimalukan sedemikian rupa...sepatutnya anugerah tersebut diberi walaupun mendapat gangguan politik dari pihak2 yg tidak bertanggungjawab, jeles & gedik utk mensabotaj imej PM Malaysia Dato' Seri Rosmah Mansor.

Rakyat Malaysia akan sentiasa menyokong dan berada di belakang PM kesayangan SEMUA RAKYAT MALAYSIA. Hidup DS Rosmah!!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 21, 2016 at 7:13 AM

@Anonymoussetuju sangat 2.6 billion kali

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 21, 2016 at 12:43 PM

Marah Kak Ros, Din ckp barang Antik...berjuta habis tau utk awet muda.

Post a Comment