........... Menjawab Persoalan KALAU .... ( KALAU Najib Turun ... KALAU Tun Mahathir Tiada .... ) | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Menjawab Persoalan KALAU .... ( KALAU Najib Turun ... KALAU Tun Mahathir Tiada .... )

Wednesday, September 28, 20163comments



Saya copy paste dan komen dua status menarik dari rakan FB Yaakob Osman ( YO ) mengenai persoalan KALAU yang sering dijadikan satu bentuk serangan saikologi oleh para balaci dan macai Najib.

Ramai juga yang masih skeptical. Soalan "KALAU" masih selalu keluar.

KALAU  Najib step down, apa akan jadi pada Bersatu? Apakah akan diteruskan? Masih adakah lagi sokongan ? Kita boleh menulis 3 kajang utk menghuraikan persoalan di atas. Tetapi saya nak bagi jawaban ringkas sahaja :

Apabila kita mahu PM step down , dah lebih setahun, semua yang lain dalam UMNO baik MT baik KB KB, semuanya mempertahankan dia. Walaupun jauh di sudut hati, mereka tahu Mr President has to go. Ini bermaksud mereka juga menghalalkan juga apa jua yang telah berlaku, walaupun berbagai bukti telah dibongkarkan.

Dan mereka terlibat dalam berbagai strategy membuang yg tidak bersetuju..menekan yang mengkritik ..dan sebagainya. Jadi kalau sekarang mereka menggantikan Presiden mereka, adakah kita mahu forgive and forget mereka mereka ini ? 

Sudah pasti tidak. Kapal mereka sudah berlubang dan bocor di sana sini beyond repair. Biarlah kapal itu akan lambat laut tenggelam , walaupun Nakhoda nya ditukar.

In any case ..fat chance lah dia nak resign.. so tak payah kalau kalau. It is do or die mission for him (not literally ya ).


Komen DT - Banyak kali dah kita dengar kan persoalan itu .... KALAU Najib turun, apa citer Bersatu atau dengan perjuangan pro Tun Mahathir ? Saiko jer tuh ..... yang bertanya itu hampir kesemuanya adalah orang pro Najib. Mereka memang tak harap pun Najib akan turun sebab mereka sendiri yang bermatian dan berdoa supaya Najib terus kekal sebagai PM. 

So... tak payah layan orang yang bertanya sebegitu. Buang masa jer main KALAU KALAU begitu jika hati tidak ikhlas dalam bertanya. 

Masa sudah cukup lama diberikan. Langsung tidak ada sebarang tindakan maupun teguran diberikan kepada Najib, Benda yang terang2 salah dilakukan oleh Najib ( contohnya sain buta 1MDB, terima duit bilion2 termasuk duit SRC, belanja mewah sakan ) malah dipertahankan oleh mereka. Adakah pertanyaan dari orang sebegitu yang nak kita layan ? Buang masa .....

Pendek kata - Sekarang sudah tidak timbul persoalan KALAU lagi dah. Najib dan Umno yang pertahankan segala kemungkaran Najib mesti dijatuhkan. 

KALAU Najib turun ..... maka turunlah Najib. Umno ? Tetap dijatuhkan juga !

Jasa2 lama Umno ? Well .... nama pun jasa2 LAMA. Kita tetap kenang dan terpahat di hati. No Problem. Umno seperti mana2 parti politik pun adalah sekadar satu platform saja. Kalau asas platform dah reput dimakan anai2, tunggu masa je platform itu nak runtuh. 

Maka kita robohkan dan bina platform baru. Apa ada hal .... 

Jasa2 LAMA Umno kita bubuh dalam frame dan kita gilap hari2 cerminnya supaya tidak berdebu. Hormat tetap hormat. Tapi kita harus ke depan. Sampai bila kita nak terus hidup dengan nostalgia ?

                          *********************** 



Satu lagi persoalan "KALAU" tentang Bersatu.

Apa akan jadi KALAU Tun M tiada nanti ? Masih ada halatuju kah Bersatu? Ada lagi sokongan kah ?

Kita tidak dapat nafikan ramai yang menyertai Bersatu hari ini adalah atas faktor Tun. Tetapi kita jangan silap, ini bukan kerana mereka taksub kepada Tun. Mereka kebanyakan nya percaya pada apa yang Tun perjuangkan hari ini.

Perjuangan membetulkan yang salah, memperbaiki yang rosak dan menggantikan yang korup. Ini asas kenapa ramai yang menyokong Tun dan menyertai Bersatu.

Adakah kalau Tun tiada nanti kesemua asas tersebut juga akan hilang bersama Tun?

Tentunya tidak..semangat dan perjuangan ini telah kita serapkan di dalam Bersatu, dan ianya tidak akan hilang sekiranya seorang pemimpin walau bagaimana ulung sekali pun meninggalkan kita.

Malah kita yakin ianya akan menjadi pemangkin yang lebih kuat untuk lebih ramai menyokong Bersatu di masa hadapan demi merealisasikan hasrat Tun itu sendiri.

He is the man who has dedicated his life for this country since late 40's . He only have this country and the people in his mind in whatever he does previously. Yes he might not be perfect, but he did try his best. 

Dan percayalah rangka kerja 22 tahun yang dia cartakan utk Malaysia akan diteruskan oleh Bersatu, sekiranya diberi mandat oleh rakyat untuk memerintah bersama parti2 pembangkang lain.

And this will be done with or without Tun around.

Having said that kita berdoa Allah panjangkan umur Tun untuk sama sama melihat hasil nya kelak.

Komen DT - Yang taksub kepada pemimpin sebenarnya adalah ahli2 Umno. 


Hujahnya - Penyokong Tun Mahathir mampu menjawab dan berhujah kenapa Najib perlu diturunkan. Dan penyokong Tun juga mampu menepis serangan terhadap Tun. Ini bermakna , sokongan yang diberikan dibuat atas dasar pemahaman dan berasas.

Pendek kata - KALAU Tun tiada, perjuangan tetap diteruskan kerana masing2 faham kenapa dan apa yang diperjuangkan. Bukan batang tubuh Tun yang kita pertahankan semata2 tapi yang lebih penting adalah perjuangan beliau. SAMA.

Bandingkan dengan para balaci dan macai. Mereka langsung tidak dapat jawab dengan menyakinkan isu2 yang kita lontarkan mengenai Najib dan 1MDB. Yang mereka tahu adalah, mengalih tumpuan kepada serangan terhadap Tun Mahathir. 

Bukankah itu namanya BUTA sokong ? Tak penting dah benar atau salah segala pertuduhan terhadap Najib. Yang mereka tahu - BUTA DAN TAKSUB mempertahankan Najib.

Teringat masa pra PRU13 bilamana kita sering melabelkan penyokong2 Pas sebagai taksub kerana buta sokong pemimpin mereka. Pelbagai hujah tidak mampu dijawab namun mereka tetap buta sokong juga Pas. 

Sekarang tuduhan sama boleh kita berikan kepada penyokong2 Najib ini - TAKSUB.


Share this article :

+ comments + 3 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 28, 2016 at 5:38 PM

Well said Bro Din!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Pemerhati babi
September 28, 2016 at 5:49 PM

Sy stuju.
Balaci umno ni mmg tabiat dia sokong membawa rebah. Sokong pd satu batang tubuh. Sokong menkhinzir buta!
Kalau tun tiada itu tanya balaci, so kita tanya pulak balaci: kalau najib tiada???
Nampak tak jawapan mcmana?? Persoalan taraf darjah dua!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 28, 2016 at 6:29 PM

Setuju dengan Pakcik Din Turtle, perjuangan untuk membanteras kezaliman dan jenayah korupsi yang menghancur negara menjadi matlamat semua tidak kira bangsa, agama, parti politik atau kedudukan. Seandainya parti yang besar jasanya sudah rosak dari kepalanya. Terpaksa juga dikorbankan parti itu sebelum semua yang berbaki dalam negara yang kita cintai dan diami ini hancur lebur. iNILAH akibatnya terlalu taksub kepada duniawi dan pemimpin yang menabur dedak tanpa mengira baik buruk akibatnya.

Post a Comment