........... Kerajaan Umno Dan Derma - Apa Yang Cuba DiAjar Kepada Rakyat ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Kerajaan Umno Dan Derma - Apa Yang Cuba DiAjar Kepada Rakyat ?

Wednesday, September 7, 20163comments

Saya copy paste artikel chedet 5/9 lalu, simple dan bersahaja je tapi mempunyai mesej yang amat besar berkaitan integriti dan kewibawaan pihak berkuasa kita dalam menjalankan tanggungjawab. Acu baca balik -


 Saya Orang Baik - Jamal

1. Jamal, Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar mendakwa mengaku yang dianya menerima berpuluh ribu ringgit dari rakan-rakannya (baca di sini).

2. Mengikut undang-undang Malaysia, tiap wang yang diterima oleh seseorang ialah pendapatan (income).

3. Pendapatan seseorang dengan apa cara atau sebab, perlu dilapor kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri supaya cukai dibayar keatasnya. Demikian juga jika wang diterima dibelanja dengan apa cara sekalipun, laporan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri perlu dibuat.

4. Derma yang tidak dikena cukai ialah derma kepada badan-badan kebajikan yang telah dilulus oleh Kementerian Kewangan bebas dari bayaran cukai. Namun borang cukai mesti diisi supaya Lembaga Hasil Dalam Negeri termaklum akan penderma yang Lembaga akan kecualikan dari cukai ke atas jumlah yang diderma. Jika tidak dapat dikecuali dari cukai pendapatan, penderma dan penerima perlu sebut dalam borang income tax akan jumlah supaya cukai dibayar ke atas jumlah derma.

5. Soalnya, apakah Lembaga Hasil Dalam Negeri diberi laporan oleh orang baik akan jumlah pemberian oleh rakan-rakan orang ini.

6. Apakah Lembaga Hasil Dalam Negeri telah secara rasmi, mengecualikan pemberian kepada orang baik dari bayaran cukai.

7. Apakah penerima RM1000.00 dari orang baik ini melapor kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri akan penerimaannya. Apakah ia membayar cukai pendapatan atau tidak.

8. Sesungguhnya banyak soalan perlu dibuat terhadap orang baik ini. Taksiran kasar saya menunjuk berpuluh ribu ringgit perlu dibayar oleh mereka yang memberi kepada orang baik, berpuluh ribu ringgit lagi oleh orang baik, dan beribu lagi oleh penerima yang menerima dari orang baik.

9. Janganlah hendaknya OSA diguna untuk sembunyi jenayah kerana yang melakukannya ialah orang yang baik.

10. Jika benar baik isilah borang penerimaan dan pemberian dalam borang Lembaga Hasil Dalam Negeri dan bayarlah cukai yang ditaksir.


Terang2 Jamal umumkan, apakah ada mana2 pihak berkuasa yang tampil siasat ?


SAMA jugalah kesnya dengan Najib. Apakah Najib ada melaporkan penerimaan derma 2.6 bilion dulu ? 

Bagaimana dengan kes RM42 juta yang bersumberkan wang dari SRC ? Kalau dulu Najib kata dia tak tahu duit itu berasal dari SRC, tapi sekarang Najib dah tahu. So ? DAH BAGI BALIK KE BELUM ?

Pihak SRC pula, takkan SRC juga tidak tahu duit itu diberikan kepada Najib, walaupun melalui akaun dua syarikat lain sebelum parking dalam akaun Najib ? Apa tujuannya duit itu diberikan kepada Najib ?

Bagi sesebuah syarikat seperti SRC, pasti ada dokumen2 yang perlu diisi sebelum sebarang pembayaran dibuat .... apa yang ditulis, siapa yang arah dan siapa yang luluskan ? 

Jangan lupa, Najib adalah juga ADVISOR EMERITUS kepada SRC !




Takkan kes SRC diarah tutup hanya kerana Najib kata dia tidak tahu duit yang masuk akaunnya datang dari mana ?  Apakah Najib juga selaku Advisor Emeritus kepada SRC juga tidak tahu yang SRC keluarkan juta2 ringgit kepada dirinya sendiri ?

Apakah tidak ada pegawai2 dari SRC yang beritahu Najib bahawa SRC ada keluarkan duit untuk dimasukkan ke akaun Najib ( sebelum melalui akaun dua syarikat lain ) ?


APAPUN .... KALAU DULU TAK TAHU, SEKARANG DAH TAHU KAN ?  SO ?


Kenapa persoalan2 penting sebegini dibiarkan tergantung tanpa jawapan ?

Apakah yang cuba diajar oleh pemimpin2 KERAJAAN ini kepada rakyat ?

PS - Dah boleh terbayang jawapan balaci dan cai2 Najib - Dah AG kata kes tutup, maka tutuplah. Najib tak perlu bayar balik !

Share this article :

+ comments + 3 comments

....................
Reply To This Comment ...................
September 7, 2016 at 6:37 PM

Kawin lagi pandai
Buat Anak pandai.
Berbelanja kawinkan Anak pandai.
Berbelanja di-luar negara pandai
Duit masuk dalam akaun peribadi tak tau.
Tak tau apa yang dia tandatangan

Makcik / Pakcik / Nenek kat kampung yang tak berpelajaran tinggi pun tahu dan sedar apa yang mereka lakukan ( halal atau haram) dan apa yang mereka tanda tangani.

Sungguh memalukan, Perdana Menteri Malaysia tidak tahu apa yang dia tandatangan tangani, tak tahu duit masuk dalam akaun peribadi dan macam lagi.

Sungguh memalukan, angan2 yang jadi PM setanding PM Singapura.

Jauh antara langit dengan bumi.

PM dunia ketika pun lebih baik dar PM Najib.

Buat malu Malaysia aje

Memang DASAR muka tak tahu malu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 7, 2016 at 10:37 PM

Siapa perdana menteri tu ?
Ada jugak perdana boleh jawab dia tak tahu duit dari mana ! Apasal tak tanya bank ? Tak peduli ke ?

Saya bukan perdana menteri. Menteri kewangan pun bukan jugak. Tapi kalau tiba-tiba dalam bank saya ada duit rm42,000 la kata, mesti saya nak tanya bank bila duit ni masuk, siapa masukkan ? di mana dimasukkan ? bagamana mode deposit ? Siasat la sikit kaedah nya. Mana boleh jawab tak tahu ? Jawapan seorang perdana menteri tu..

Pelik la cara perdana menteri Malaysia berfikir.

Sebagai orang berpelajaran jawapan tak tahu mana boleh diterima ? Pandi boleh pulak terima bulat bulat ! Ini peguam negara apa ni ? Peguam nrgara bekerja untuk negara dan rakyat nya dan dibayar upah hasil dari kutipan cukai daripada rakyat dan perniagaan. Dia dah lupa ke pandi ni ?
Jamal ni nak bagi tahu apa benda ni ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 7, 2016 at 11:30 PM

Tungkus lumus mati matian najib & pencacainya cuba mencari salah silap Tun TSMY Mukhriz dll dengan guna akbar guna tv3 tiap2 hari menjaja fitnah cuba mengadakan apa yang tiada tapi seperti kata orang tua2 lah suka sangat mencari silap orang tapi punggung sendiri terselak nampak puin penuh bertempek dengan tahi rakyat belum bodoh terang2 nampak.

Post a Comment