........... HOT ! Jejak Wang 1MDB - AKaun Najib DiDedah ! ( Terjemahan Artikel Terbaru WSJ ) | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

HOT ! Jejak Wang 1MDB - AKaun Najib DiDedah ! ( Terjemahan Artikel Terbaru WSJ )

Friday, September 2, 20165comments

Berikut adalah 'terjemahan' kepada artikel terbaru WSJ How $1 Billion Made Its Way to the Prime Minister . Menarik kerana WSJ telah melakarkan satu grafik yang berupa jaringan ala batang paip disebuah kilang di mana ditunjukkan pergerakan Jejak Wang ( Money Trail ) bagaimana dana yang asalnya dari 1MDB boleh berakhir dalam akaun Najib.

Bukanlah terjemahan word by word tapi mengikut pemahaman saya agar mudah difahami ramai.

                                ***********************

Setiap kali 1MDB buat pinjaman atau menerima sejumlah wang yang besar, akan ada sebahagian besar juga darinya akan diselewengkan atau dibawa lari keluar dari tujuan asal pinjaman itu dibuat.

Semuanya direkodkan melalui penyata2 bank dan bukti menunjukkan hampir USD1 bilion dari wang2 yang diselewengkan dari 1MDB akhirnya dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib.

Artikel terbaru dari WSJ ini menceritakan jejak wang ( money trail ) setakat yang dikenalpasti. Skandal ini masih dalam siasatan pelbagai pihak berkuasa dari 7 negara dan tindakan DOJ menyita harta2 yang dipercayai diselewengkan dari 1MDB adalah sebahagian dari siasatan itu.

Kesemua wang yang didakwa Najib kononnya sebagai derma dari pak Arab itu dijejak kepada 3 transaksi utama dan setiap satu mempunyai jejaknya yang tersendiri. Ada yang masuk terus ke akaun Najib dan ada yang memasuki beberapa akaun lain sebelum berakhir dalam akaun2 AmBank milik Najib. Jejak wang itu meliputi pelbagai negara seperti Singapura, Switzerland, Arab Saudi, Thailand, Seychelles, British Virgin Islands dan Curacao.

Sebahagian besar dari jumlah USD681 juta itu dikembalikan kepada akaun asal ( Tanore ) dan telah digunakan oleh Jho Low sebagaimana perbelanjaan mewah yang disebut dalam saman DOJ.

Sebahagian juga dikesan melalui Arab Saudi dan sebanyak USD80 juta yang masuk ke akaun Najib juga dikesan datang dari Kementerian Kewangan Arab Saudi. Siasatan masih dijalankan bagi mengesan sumber2 lain dari Arab Saudi.


TRANSAKSI 1 - 1MDB-Petrosaudi




Semua masih ingat kerjasama 1MDB-Petrosaudi di mana 1MDB telah melabur sejumlah USD1.8 bilion dan dari situ syarikat milik Jho Low, Goodstar telah menerima USD1.03 bilion. Tidak hairanlah kenapa pihak kerajaan bersungguh2 menafikan GoodStar itu adalah milik Jho Low dan kita tertanya2 kenapa tidak diteruskan usaha mendapatkan maklumat secara terus dan resmi mengenai status pemilikan Goodstar setelah isu Hasan PAC mengedit maklumat itu dari laporan PAC ? 

Kenapa disenyapkan ? Apakah kerajaan tidak berminat nak tahu akan Kebenaran ?

Pengasas Petrosaudi menerima USD24.5 juta dari Goodstar sebelum memasukkan USD20 juta ke dalam akaun Najib melalui orang tengah. Orang tengah yang sama juga dikesan melalui dokumen pemindahan wang telah beberapa kali memasukkan wang ke dalam akaun Najib dan perkara ini masih disiasat.


TRANSAKSI 2 - Dana IPP




Ingat lagi 1MDB buat pinjaman melalui bank Yahudi Goldman Sachs sebanyak USD3.5 bilion kononnya untuk pembelian IPP ?

1MDB kononnya telah bayar deposit kepada Aabar dan juga bayar tebus Option tapi pihak Ipic telah menafikan anak syarikatnya Aabar ada menerima pembayaran itu. Akhirnya didedahkan yang 1MDB telah bayar kepada sebuah syarikat palsu yang namanya menyerupai Aabar. ( iaitu Aabar BVI )

Dari Aabar BVI sebanyak USD637 juta masuk ke akaun Blackstone BVI. Sebanyak USD463 juta lagi masuk ke 2 akaun di Curacao dan kemudiannya masuk ke akaun Blackstone BVI. 

Dari akaun Blackstone BVI, beberapa transaksi yang berjumlah USD170 juta dikesan masuk ke akaun Najib sepanjang tahun 2012.


TRANSAKSI 3 - DANA TRX ( 1MDB Global Investment )



1MDB kononnya mahu memajukan TRX bersama Aabar dan telah memohon pinjaman USD3 bilion juga dari bank Yahudi Goldman Sachs. 

Sebaik saja terima wang pinjaman itu, 1MDB telah pindahkan hampir setengah darinya kepada beberapa akaun perantaraan di British Virgin Islands dan Curacao dan jejak itu berakhir di akaun Tanore Finance sebanyak USD1.27 bilion.

Dari akaun Tanore itulah Najib telah terima USD680 juta ( atau yang lebih dikenali sebagai RM2.6 bilion ). 

Sebanyak USD620 juta kemudiannya dikembalikan Najib kepada Tanore. Wang itu kemudiannya lesap dibelanjakan Jho Low untuk beli pelbagai aset dimerata dunia termasuk yang dibekukan di US.


Jejak Wang Ke Akaun Najib




Apa yang anda lihat di atas bukanlah jaringan paip disebuah kilang tapi merupakan JEJAK WANG ( money trail ) yang berjaya dikesan melalui bukti2 dokumen dan penyata bank. Begitu kompleks dan rumit untuk dihadam oleh para penyiasat professional apatah lagi kita orang biasa. Begitulah contoh apa yang disebut sebagai Money Laundering atau Penggubahan Wang Haram di mana wang haram dilalukan ke beberapa akaun supaya sukar dikesan.

Dari sejumlah USD1.05 bilion yang diterima Najib, hanya USD80 juta saja yang jelas datang dari Arab Saudi melalui Kementerian Kewangan walaupun maklumatnya masih tidak diketahui. 

USD120 juta lagi dikesan melalui orang tengah yang berpusat di Arab Saudi dan ini masih dalam siasatan. USD20 juta dari jumlah itu, jelas dapat dikesan kepada dana 1MDB.

Selebihnya baki USD850 juta yang masuk ke akaun Najib datang dari Tanore Finance dan Blackstone Asia ( BVI ) dan menurut penyiasat, dikesan bersumberkan dari 1MDB.


Kemana Najib Belanjakan 


Melalui dokumen2 siasatan, WSJ mengesan 500 transaksi yang telah digunakan oleh Najib dan ini termasuk perbelanjaan peribadi dan politik. Cek2 dikeluarkan kepada ahli2 politik jutaan ringgit lagi bagi tujuan perbelanjaan peribadi contohnya USD130,625 di kedai Chanel di Hawaii dan Euro750,000 di sebuah kedai permata di Switzerland.

                             **************************** 

Semalam Rahman Dahlan sudah mengesahkan apa yang selama ini diperkatakan oleh rakyat bahawa MO1 itu adalah Najib. Rakyat tidak terkejut pun sebab memang dah lama tahu cuma terkejut kerana wakil kerajaan mengambil masa lebih sebulan untuk mengakui perkara ini.

Kenapa tidak diakui lebih awal ? Kenapa bersungguh2 mengelak ke tahap memperbodohkan diri selama sebulan ? Sehingga ada yang sanggup menghina YDP Agong dengan menyamakan MO1 kepada baginda hanya kerana mahu mempertahankan Najib ?

Kita semua pun tahu yang Najib memang tidak disebut dalam saman DOJ kerana Najib bukan yang dituduh. Tapi untuk mengatakan bahawa Najib tidak disiasat, adalah satu dakwaan yang silap.

Baca kupasan peguam Hanif Khatri yang mengulas dakwaan Rahman Dahlan itu - ( FB Hanif )

FMT

Wahai Pengarah Komunikasi Strategik BN, RAHMAN DAHLAN :

ANDA TIDAK BERHAK UNTUK BERCAKAP BAGI PIHAK SEMUA PEGUAM !

1. Anda telah dipetik oleh FREEMALAYSIATODAY.COM pada 01.09.2016 sebagai berkata :
" ... Mana-mana peguam dapat mengesahkan bahawa perbezaan antara dinamakan sebagai subjek dalam saman sivil dengan mereka yang hanya dirujuk dalam siasatan, adalah seperti hitam dan putih. ... " !!

2. Saya adalah seorang peguambela dan peguamcara yang didaftarai sejak 08.05.1992. ANDA TIDAK BERHAK BERCAKAP BAGI PIHAK SAYA !!

3. Kenyataan anda yang dipetik di atas penuh dengan kekhilafan, ketidak fahaman dan ketidak jelasan ketara, yang menyebabkan kenyataan itu menjadi SALAH di sisi undang-undang !!!

4. Tanpa perlu mendalami kenyataan itu, anda perlu tahu, terdapat perbezaan ketara di antara "SAMAN SIVIL" dengan "SIASATAN", yang menjadikan kenyataan anda itu TERLAMPAU PINCANG !!

5. Dokumen DoJ yang anda rujuk sebagai "saman sivil", adalah kertas kausa/kertas guaman yang difailkan di Mahkamah Tengah California, Amerika Syarikat. Ianya BUKAN "kertas siasatan" !!

6. "Siasatan", yang telah dimulakan sebelum "saman sivil" difailkan, masih boleh diteruskan dan tidak terhenti secara automatik apabila "saman sivil" itu difailkan di mahkamah. Justeru, dari segi undang-undang, ianya adalah SALAH serta PINCANG untuk mengatakan ataupun merumuskan bahawa "memandangkan orang yang dinamakan sebagai subjek dalam "saman sivil" adalah jelas, maka kononnya orang yang cuma dirujuk di dalam dokumen "saman sivil" itu tidak disiasat" !! 

"Saman sivil" itu bukan "siasatan". "Siasatan" berada dalam milikan dan pegangan agensi siasatan jenayah Amerika Syarikat, termasuk dan tidak terhad kepada FBI mahupun DoJ semata-mata !!

7. Dalam bahasa mudahnya RAHMAN DAHLAN, walaupun ada orang yang cuma dirujuk dalam "saman sivil" DoJ itu, dan tidak dinamakan dengan khusus, ini tidak bermakna bahawa tiada "siasatan" jenayah terhadap ORANG YANG TIDAK DINAMAKAN itu !!

8. Sebagai seorang "pemimpin" silalah perolehi nasihat guaman lengkap sebelum membuat kenyataan undang-undang !! Dan, yang sama pentingnya adalah, anda TIDAK BERHAK untuk mengatakan kononya “MANA-MANA PEGUAM dapat mengesahkan bahawa perbezaan antara dinamakan sebagai subjek dalam "saman sivil" dengan mereka yang hanya dirujuk dalam "siasatan", adalah seperti hitam dan putih.", seperti yang dipetik di atas !!

SAYA ADALAH SEORANG PEGUAM dan saya MENGESAHKAN KENYATAAN ANDA yang dipetik di atas, RAHMAN DAHLAN , adalah SALAH SAMA-SEKALI, dari segi undang-undang !!!

                             ***************************

Menarik untuk disentuh juga adalah CABARAN ANAK JANTAN yang dilontarkan oleh Muhyiddin kepada Najib ini !

Mkini
Muhyiddin berkata Najib harus bertindak demikian jika dakwaan dakwaan rasuah melibatkan 1MDB yang dilontarkannya tidak benar.

“Saya cabar Najib nafikan perkara ini. Jawab dakwaan ini sendiri.

“Jangan guna budak suruhan seperti (setiausaha akhbarnya) Tengku Saruffuddin (Tengku Ahmad) dan pihak lain pertahan dan jawab bagi pihak kamu.

“Jadilah anak jantan. Saya cabar Najib saman saya jika apa yang saya cakap tidak benar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

 
Status sepenuhnya boleh dibaca di FB Muhyiddin

Share this article :

+ comments + 5 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 2, 2016 at 5:25 PM

Lanun Bugis sedang mencari pautan sebab Kapal Lanun nya nak tenggelam!!!

....................
Reply To This Comment ...................
NajibNazak
September 2, 2016 at 6:34 PM

Seelok eloknya, lanun bugis ni patut berpaut pada sauh kapal bugis dia tu. Biar tenggelam dalam2. Selamat la Malaysia

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 2, 2016 at 7:08 PM

Nampak tak kebodohan rahman dahlan????

Kalau ada lagi peguam yang tolong hentam menteri, lagi bagus.

....................
Reply To This Comment ...................
September 2, 2016 at 10:26 PM

Saat-saat kehancuran dynasty MO1,Jho Low dan Riza Aziz akan tiba tak lama lagi...!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 2, 2016 at 11:53 PM

X guna pun.. mamat najib tu bukan dengar pun.. cer tgk post dia kat tweeter.. seolah2 xdw orang sampaikan citer ngah panas ni...

Orang citer lain.. dia citer lain..

Agak2 akal dia mata dia semua dalam kasut agaknya

Post a Comment