........... Deposit Aabar DiRahsiakan Dari Pembeli Bon, Lembaga Pengarah 1MDB, dan Juruaudit KPMG ... Tak Pelik ke ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Deposit Aabar DiRahsiakan Dari Pembeli Bon, Lembaga Pengarah 1MDB, dan Juruaudit KPMG ... Tak Pelik ke ?

Monday, September 5, 20166comments



1MDB dikatakan telah membayar deposit RM4.2 bil kepada Aabar sebagai cagaran kepada jaminan yang diberikan oleh IPIC kepada pinjaman bon 1MDB melalui bank Yahudi Goldman Sachs.

Deposit ini atau dalam dollar USD1.367 bil disebut oleh kedua PAC dan DOJ

dari m/s 61 lapuran PAC disebut -


Pembayaran deposit sebesar itu dibuat TANPA kelulusan Lembaga Pengarah 1MDB ? Ni apa punya syarikat milik kerajaan yang langsung tidak ada check and balance dan keputusan boleh dibuat sewenang2nya ? !

Pelikkan juga amaun yang dibayar itu .....  USD576.94 juta daripada jumlah pinjaman USD1.75 bil dan USD790.35 juta daripada jumlah pinjaman USD1.75 bil.  Kenapa amaunnya berbeza ?

Satu lagi yang pelik, kenapa tidak disebut juga mengenai pembayaran deposit itu dalam Nota Pekeliling yang diedarkan kepada pembeli2 bon pinjaman itu ? Dari m/s 50 DOJ -




Pendek kata - Tidak ada siapa tahu yang 1MDB perlu bayar deposit sehingga 40% dari nilai pinjaman kepada pihak penjamin !

Perkara sepenting itu seharusnya didedahkan kepada bakal2 pembeli bon sebab ia bakal memberi kesan kepada pelaburan mereka. Tidak pernah berlaku di mana2 pun di dunia ini sebuah syarikat terpaksa bagi deposit sehingga 40% nilai pinjaman kepada penjamin. 

Ia tidak diumumkan langsung. Bukan kecik anak amaun nya. RM4.2 bilion !


Kemudian kita digemparkan dengan hebahan umum yang dibuat oleh IPIC bahawa Aabar BVI, syarikat yang menerima deposit itu, bukan milik IPIC.

Oooooooooooo...... patutlah deposit itu tidak dihebahkan...... 

Bayangkan kalau dari awal lagi, sewaktu Nota Pekeliling diedarkan kepada bakal2 pembeli bon itu sudah disebut bahawa 40% hasil jualan bon itu akan dibayar kepada IPIC sebagai deposit, gerenti IPIC dah bising - MANA ADA DEPOSIT ! ?    

Kantoilah perancangan mereka nak songlap sejumlah wang yang begitu besar dari pinjaman itu ...

Begitu juga kalau persetujuan diminta dari ahli lembaga pengarah 1MDB mengenai deposit itu, saya percaya lembaga pengarah akan menolak usul pinjaman itu sebab ianya MEREPEK ! Bodoh sangatlah buat pinjaman dengan terma yang sebegitu pelik.

Rosaklah pelan nak songlap duit dari pinjaman itu kalau tak jadi buat pinjaman dengan bank Yahudi itu !

Makanya lembaga pengarah hanya diberitahu mengenai deposit itu SELEPAS ia dibayar. 

Dengan juruaudit KPMG juga tidak dimaklumkan !

Semakan lanjut mendapati perkara-perkara tersebut di atas tidak
dinyatakan dalam Surat Representasi 1MDB mengenai pengauditan penyata kewangan Kumpulan 1MDB bagi tahun berakhir 31 Mac 2012 kepada Tetuan KPMG bertarikh 27 Disember 2012.
(m/s 62 laporan PAC )



Kenapa mahu disorokkan fakta mengenai deposit dan juga option kepada Aabar BVI ? 

Sebab ...... dah ada perancangan jahat lah tu ..... 

Kalau anda baca lapuran DOJ, didedahkan bagaimana wang deposit yang syarikat palsu Aabar BVI itu terima dari 1MDB telah disalurkan kepada beberapa pihak termasuk orang yang 1MDB berurusan dalam urusniaga di atas iaitu Qubaishi dan Husseiny ... tidak lupa juga USD30 juta kepada MO1 atau Najib.

Pembayaran kepada Najib dibuat melalui akaun Blackstone .... hmmmmm, jika anda masih ingat, nama Blackstone ini ada disebut dalam 'surat' pak Arab.

PS - baca juga artikel sebelum ini KLiK  dimana saya berikan satu cara paling senang untuk Najib, 1MDB, Umno dan kerajaan tolak segala dakwaan DOJ, WSJ, SR mengenai songlap duit 1MDB iaitu dengan membuktikan pelaburan 1MDB GIL. 

Satu perkara pelik juga .... benda senang sebegitu pun payah nak dibuat. Berdalih2 bagai ..... cai2 Najib lebih rela bertekak dan memperbodohkan diri di mata rakyat mempertahankan Najib dari sebarang salah laku PADAHAL dengan hanya menunjukkan bukti pelaburan GIL itu saja, dakwaan DOJ boleh dikantoikan !

Share this article :

+ comments + 6 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 5, 2016 at 8:17 PM

PBB dah bolih mengistiharkan kerajan Malaysia sekarang adalah salah satu benda ajaib didunia.Sesungguhnya apa yang berlaku di Malaysia sekarang tidak pernah berlaku dan mungkin tak akan berlaku didunia ini.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 6, 2016 at 3:13 AM

Ia hanya dan boleh berlaku dalam malaysia sahaja sebab melayu muslim dalam umno telah menjadi bangsat dek termakan dedak haram. Jangan terkejut malaysia will be damned forever.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 7, 2016 at 1:38 AM

Laporan PAC dan DOJ sudah pasti akan digunakan oleh peguam2 IPIC di mahkamah timbang tara di london bagi menuntut ganti rugi terhadap 1MDB & Kementerian Kewangan Malaysia dengan nilai tuntutan sejumlah USD6.5 bilion bersamaan RM26 billion, habis lah dimana nak dapatkan duit sebanyak itu dengan keadaan ekonomi negara yang semakin tenat kebahlolan serta kejahatan yang dibuat oleh kerajaan aljib bakal memiskinkan negara untuk tempoh yang panjang jika rakyat pada hari ini sudah pun menderita teruk apatah lagi dengan tambahan tanggungan beban bayaran RM28 billon kepada IPIC nanti bakal meranapkan terus hidup rakyat.

Macai2 yang berterusan membela kejahatan aljib adalah penjahanam negara serta tergolong sebagai pengkhianat kepada nusa & bangsa.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 7, 2016 at 10:46 AM

Laporan ketua audit negara berhubung 1MDB bila mau bentang selagi tak di bentang aku akan pastikan seluruh keturunan aku berikutnya hingga ke hari khiamat mencatitkan bahawa keturunan jibby & penyokong tegarnya adalah manusia dari keturunan penyamun & penyangak harta milik negara.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 9, 2016 at 12:26 AM

@Anonymous
Maaf tn, rasanya Guinness Book of Records yang patut istiharkan kepelikkan ini.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 9, 2016 at 12:27 AM

@Anonymous
Adakah sejarah kejatuhan kesultanan Melayu Melaka akan berulang?

Post a Comment