........... Bawa Balik Pelaburan Luar 1MDB Dan Ini Bakal Buktikan Dakwaan DOJ Adalah Palsu ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Bawa Balik Pelaburan Luar 1MDB Dan Ini Bakal Buktikan Dakwaan DOJ Adalah Palsu !

Sunday, September 4, 20164comments

Anda masih ingat akan gambar rajah di bawah sepertimana dikemukakan oleh Arulkanda tahun lepas ketika mahu menjustifikasikan perbelanjaan RM42 bilion 1MDB ? 

Tumpukan pada angka2 Pelaburan yang dimerahkan -


RM15.4 bilion itu adalah jumlah aset 1MDB dalam bentuk pelaburan dan deposit yang telah direzabkan untuk Aset Swap bersama IPIC.


1MDB GIL Fund adalah pelaburan yang dibuat oleh 1MDB hasil dana yang diperolehi menerusi pinjaman bon dengan bank Yahudi Goldman Sachs sebanyak USD3 bilion pada tahun 2013. Asalnya dipinjam untuk bangunkan TRX bersama Aabar/IPIC tapi bila usahasama itu terbantut, 1MDB telah gunakan sebahagian dari dana itu untuk dilaburkan.


Daripada Laporan PAC m/s 52 - 

viii) Penyata Kewangan Kumpulan 1MDB bagi tahun berakhir 31 Mac 2014 merekodkan sejumlah USD1.56 bilion daripada terimaan bersih terbitan Nota USD telah dilaburkan dalam portfolio pengurus dana di BSI Lugano, Switzerland. 

RM5.1 bil dibahagi 3.2 adalah bersamaan USD1.59 bilion.  So .. lebihkurang samalah nilainya. Perubahan kecil disebabkan kadar tukaran wang USD yang digunakan.

OK, pelaburan GIL ini ada disahkan dalam akaun 1MDB yang telah diaudit oleh Deloitte.


Dakwaan oleh DOJ

244. On or about March 19, 2013, a total of $2,721,000,000, representing proceeds of the bond sale, was transferred from Bank of New York Mellon into the BSI Lugano account of 1MDB Global in two separate wires of $2,494,250,000 and $226,750,000. 

DOJ turut merujuk kepada pinjaman 1MDB yang sama, iaitu USD3 bil selepas ditolak kos komisen kepada bank Yahudi Goldman Sachs, berbaki USD2.721 bil. Kesemuanya dimasukkan ke akaun 1MDB Global di BSI Lugano.

245. Between May 21 and 27, 2013, 1MDB Global transferred a total of $1,590,000,000 from its account at BSI Lugano to accounts belonging to three different overseas investment funds: Devonshire Capital Growth Fund (“Devonshire”), a fund located in the British Virgin Islands; Enterprise, a fund located in Curacao; and Cistenique, another fund located in Curacao (collectively, the “Overseas Investment Funds”). This money was routed via the clearing company Citco, before being transferred into the accounts of the Overseas Investment Funds. As described in Paragraphs 172-176 above, two of these three funds, Cistenique and Enterprise, were used in 2012 to pass funds traceable to the Project Maximus bond proceeds from Aabar-BVI to Blackstone. 

Kemudian 1MDB telah memindahkan USD1.59 bil kepada 3 firma pelaburan di British Virgin Islands dan Curacao. 

Adakah ini SAMA dengan Pelaburan GIL 1MDB bernilai RM5.1 bilion sepertimana yang disebut oleh Arul Kanda ?


Sumber dana adalah SAMA, nilai yang di'labur'kan juga SAMA, tempat juga SAMA, tarikh juga SAMA.

                                       ***************************

Perhatikan laporan dari DOJ ini -




Setakat itu saja persamaan antara laporan PAC/akaun 1MDB dengan laporan DOJ sebab selepas itu, menurut DOJ, ketiga2 firma pelaburan itu telah memasukkan sejumlah wang kepada Tanore dan dari Tanore ......... masuk ke akaun Najib !

Ini bermakna, menurut DOJ, TIDAK WUJUD pelaburan 1MDB GIL sebagaimana disebut dalam akaun 1MDB kerana duit itu telah dilesapkan.

Makanya kita harus tuntut 1MDB tebus dan bawa pulang pelaburan GIL itu sebagai membuktikan pelaburan itu wujud dan dengan sendirinya dapat menolak keseluruhan dakwaan DOJ sebagai palsu !

DOJ menggunakan sumber dana pinjaman USD3 bilion itu sebagai sumber duit yang masuk ke akaun Najib dan segala perbelanjaan mewah Jho Low, sementara 1MDB pula dakwa sumber yang SAMA digunakan untuk pelaburan GIL.  

Nah, ini peluang terbaik untuk 1MDB, Najib, kerajaan dan Umno buktikan semua dakwaan DOJ itu adalah fitnah !

Ini juga bakal bermakna tidak wujud MO1 bagai ..... terBUKTI DOJ menfitnah 1MDB, Najib, Jho Lo dan kerajaan Malaysia .... SENANG KAN ?

Mampukah 1MDB buktikan ?

                                     *************************************

Ada satu lagi perkara menarik mengenai pinjaman USD3 bilion ini -
Baki dari pinjaman USD3 bilion itu selepas ditolak pelaburan GIL itu digunakan untuk bayar hutang Standard Chartered. Dan jika anda semak laporan PAC m/s 42, anda akan dapati hutang itu dibuat oleh 1MDB pada tahun 2010 untuk diberikan pinjaman kepada Petrosaudi !

Ingat tak selepas USD1 bil dana untuk 1MDB-Petrosaudi itu ditukar kepada pinjaman, kemudian 1MDB tambah lagi USD500 juta dan USD330 juta untuk dipinjamkan kepada Petrosaudi ? Haaa.... yang USD830 juta itu dibayar balik menggunakan duit pinjaman yang kononnya dibuat untuk TRX inilah !



Buat anda tertanya2 kan ...... benarkah wujud apa yang didakwa sebagai kerjasama dengan Aabar untuk bangunkan TRX maka 1MDB buat pinjaman USD3 bil ?

Apapun belum sain tapi dah buat pinjaman ! ? Kemudian sesenang itu dikatakan usahasama itu gagal ....maka digunakan duit itu setengah untuk cover duit yang lesap sebelum itu ( bersama Petrosaudi ) dan setengah lagi dilesapkan sekali lagi !

Adakah ini bermakna keseluruhan pinjaman USD3 bil yang kononnya untuk bangunkan TRX ini memang sudah diniatkan untuk diLESAP KAN !! ? ?

                           ******************************



         
Pelaburan Brazen Sky RM6.1 bil itu pula rasanya adalah hasil dari pelaburan 1MDB-Petrosaudi yang telah ditebus. Tapi dah tinggal USD940 juta saja dalam bentuk Just Unit.

Itu juga harus ditebus dan dibawa pulang untuk buktikan ia benar2 wujud dan menolak segala dakwaan songlap hasil dari usahasama 1MDB-Petrosaudi.

Aabar Deposit sebanyak RM4.2 bil itu pula didakwa telah dibayar kepada syarikat palsu Aabar BVI .... juga telah lesap.

Bermakna, keseluruhan pelaburan RM15.4 bilion itu adalah disangsikan kewujudannya dan kemungkinan semuanya telah lesap !

Senang saja nak buktikan 1MDB tidak bersalah .... BAWA BALIK PELABURAN ASING ITU DAN MO1 BOLEH TIDUR LENA.

PS - Bukan sekadar tunjukkan wangnya saja tapi kena tunjukkan juga bukti2 pelaburan itu sebab kalau setakat wang tunai. itu boleh diambil dari tempat lain untuk digantikan mana2 wang yang lesap. 

Share this article :

+ comments + 4 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 4, 2016 at 7:02 PM

Nak bawa balik duit yang 1mdb laburkan?Sampai mampuih pun takakan terjadi walaupun dalam mimpi.
Tapi kalau nak tambah hutang dalam sekelip mata saja.
Begitulah adanya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 4, 2016 at 7:47 PM

Excellent. As I have expected all along. All that cash and investments in some funds here and there have long gone! And yet the culprits these days behave as victims of slanders and whatnot of others such as dear Tun, etc.

The day of reckoning is getting nearer and nearer.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 5, 2016 at 10:54 AM

Din, betol ke ekonomi Malaysia sekarang ni dalam keadaan gawat ? Pasal aku tengok takde pon media arus perdana melaporkan hal ni. Ni yang buat aku risau ni.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 5, 2016 at 1:05 PM

Mimpi siang hari aje duit dah habis jangan Harap kalou Bolih dapat satu cent pun dah cukup inipulak berbilion ini mimpi matjenin abad ke21 itulah Malaysia tanah air yg tercinta hidup Malaysia jadi Negara tergadai pun takapa undilah parti lanun umno selagi umno berkuasa we get zero

Post a Comment