........... Balaci Najib Bersorak Riang Bila Matthias Husam Tarik Balik Saman Untuk Kembalikan Harta Rakyat Malaysia ! ? ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Balaci Najib Bersorak Riang Bila Matthias Husam Tarik Balik Saman Untuk Kembalikan Harta Rakyat Malaysia ! ? ?

Sunday, September 25, 20165comments




Dari semalam gegak gempita para balaci dan macai bersorak meraikan 'kemenangan' bila dilaporkan Matthias dan Husam menggugurkan saman mereka ke atas mereka yang dinamakan dalam saman DOJ @ harta haram 1MDB ( Mkini )

"NOTIS PEMBERHENTIAN SUKARELA Menurut Kaedah 41 (a) (1) (A) (i) Prosedur Sivil Peraturan Persekutuan, plaintif (atau plaintif-plaintis) dan atau penasihat mereka, dengan ini memberi notis bahawa tindakan diatas secara sukarela digugurkan, TANPA prejudis terhadap defendan Goldman Sachs Group Inc, Debra Whelan Johnson, Timothy Leissner, Christopher Joey McFarland, Metropolis IX Capital Advisors, LLC, Red Granite Inc, Riza Shahriz Abdul Aziz , Low Taek Jho. Dokumen difailkan oleh Husam Musa, Matthias Chang. (Burke, Louis)."

Para macai riuh mendakwa mahkamah di US telah menolak kes itu padahal jelas ditulis yang peguam kedua mereka yang telah gugurkan kes.

Kemudian Husam keluarkan kenyataan yang tindakan itu dibuat supaya dapat diadakan pengubahsuaian -  "Kami perlu menyesuaikan saman ini dengan perkembangan-perkembangan (terbaru) ini, tanpa melupuskan usaha kami untuk membawa pulang harta dan wang yang diselewengkan dari 1MDB. ( MKini )

Dikatakan ada satu lagi filem terbitan Red Granite selain dari filem lucah Wolf of Wall Street yang terbabit dalam penyitaan iaitu Friends With Kids.  Jadi kenalah diubahsuai saman itu supaya 'matching' dengan saman DOJ. Kemudian boleh kemukakan saman semula.

Sebenarnya, saya hairan dengan reaksi para macai dan balaci .... Apa yang mereka gembira sangat ? Tindakan tarik balik saman itu tidak ada kesan sedikit pun kepada tindakan saman DOJ. 

JUGA .... sebenarnya saya juga hairan dengan tindakan saman oleh Husam dan Matthias dari awal lagi ( makanya saya tidak layan berita itu ) .... Apa tujuan mereka filekan  saman yang serupa dengan DOJ ?

Bukankah sudah disebut oleh AG Amerika yang DOJ akan memulangkan semula harta2 rampasan kepada rakyat Malaysia selepas semuanya selesai ? Bagi saya, tidak relevan saman oleh Husam Matthias itu. Saman mereka hanya menunggang / riding tindakan DOJ. Kira2 macam tumpang semangkuk la .... 

Makanya pada pendapat saya, kedua mereka saman ke, atau tarik balik saman ke, atau saman semula selepas tarik balik ke, atau kemudian tarik balik saman yang kedua untuk diubahsuai kepada saman yang ketiga pula .... semuanya tidak beri kesan kepada kes utama iaitu saman DOJ ke atas harta haram 1MDB.

KALAU masih tetap nak saman juga di Amerika, kenapa tidak tunggu saja selesai kes DOJ itu, dan buat notis tuntutan atas nama rakyat Malaysia ke atas harta rampasan. ( Tapi bukankah DOJ sendiri dah kata akan pulangkan balik kepada rakyat Malaysia ? )

Tak pun, usahakan satu memorandum rakyat untuk diserahkan kepada kerajaan Amerika supaya diberi keutamaan agar kes DOJ @ harta haram 1MDB itu dipercepatkan prosidingnya.

Kita tidak tahu bagaimana prosedurnya proses mahkamah di Amerika, yang pasti kes2 seumpama ini mengambil masa yang panjang. Difahamkan oleh seorang rakan peguam, kalaupun pihak tertuduh tidak kemukakan kenyataan pembelaan dalam tempoh yang ditetapkan, pihak DOJ masih perlu kemukakan kes mereka dengan segala bukti bagai di mahkamah dan pihak tertuduh masih boleh soal balas. 

Proses tetap tarikh untuk pelbagai peringkat prosiding juga memakan masa yang lama. Harap2 biarlah kes dibicarakan sebelum PRU14.

Apapun, point utama artikel ini adalah lebih berbentuk persoalan - 'Kemenangan' apa yang para balaci dan macai duk raikan itu ? 

Saman Matthias Husam itu bagi mendapatkan balik harta rakyat Malaysia, dan mereka tarik balik .... so, apa yang gembiranya ?

Dakwaan Najib selaku MO1 dan kuncu2nya terlibat makan duit haram dari 1MDB sebagaimana terkandung dalam saman DOJ itu masih tidak terusik. 

Malah, selepas hampir dua berlalu MO1 atau Najib masih takut untuk komen mengenai segala dakwaan yang dilemparkan oleh DOJ itu. 

1MDB juga senyap .... padahal kedua Najib dan 1MDB mampu mengkantoikan segala dakwaan DOJ seterusnya memalukan DOJ dan semua pengkritik dengan hanya menunjukkan bukti jejak wang ( money trail ) dipihak mereka pula. 

1MDB boleh lawan dengan menunjukkan bukti kewujudan pelaburan2 luarnya termasuk Just Unit ( ada saya komen sebelum ini - KLiK ) . Sementara MO1 pula boleh tunjukkan bukti kemasukan wang ke dalam akaun peribadinya adalah dari sumber halal dan bukannya dari 1MDB sepertimana dakwaan DOJ.

Kalau itu boleh dilakukan, barulah layak para balaci dan macai bersorak gembira. Selain dari meraikan Kebenaran, mereka juga boleh meraikan pemimpin mereka yang terbukti bukannya seorang PENAKUT.

Share this article :

+ comments + 5 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 25, 2016 at 5:53 PM

2 efek saman yang berbeza/ Pusing jangan tak pusing.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 25, 2016 at 6:24 PM

Dinnnn Kura2... Allah SWT Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana... Dia mempunyai Maha Kekuasaan menentukan siapa yang salah dan siapa yg benar... Andaikata DS Najib kalah...mungkin Allah SWT membuat perkara tersebut sebagai ada hikmahnya... Namun negara dengan laungan Azan dan penuh adat isytiadat Melayu Islam serta pemilihan tarikh kemerderkaan pula dengan nasihat dan panduan Ulama tersohor... Insha Allah, Malaysia akan kekal aman dan sentosa selagi Islam adalah agama rasmi dan Al-Quran dan Sunnah Nabi SAW pegangan Negara ini.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 25, 2016 at 10:51 PM

Pencacai Jibo tak henti2 naj soin kenyataan memperbodohkan rakyat yang kurang ariff.

Padahal kenyataan nyer ialah selain dari tindakan DOJ yang belom selesai. Di Singapura BSI sudah pon diarah tutop beroperasi dan pegawai banknya pon sudah dikenakan tindakan kerana terlibat dengan 1MDB.

Harta bernilai SGD240 Million juga dirampas dan separoh daripada nya SGD120 Million milik Jho Lo dan keluarga dibeli menggunakan wang penipuan 1MDB.

Sementara DBS dan Stanchart juga didapati mencurigakan.

....................
Reply To This Comment ...................
September 26, 2016 at 8:44 AM

Aku dah kasi tahu Datuk Husam biarkan DOJ sahaja yang saman tapi dia tetap nak saman

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 26, 2016 at 7:47 PM

When it concerns the 1MDB coming from the side which injustice has been perpetrated against, the more parties doing their part the better it is. It is not just that one does not know for sure what or how any particular action could end up with months or years from now, it is also to make sure the zalim is left breathless and with no space to move to perpetrate more injustice. Finally, there is no certainty that any one party may still be around tomorrow to continue the fight... We all do what we have to do for Malaysia is worth fighting for.

Post a Comment