........... Antara Tun Mahathir Simpan Duit Dengan Rosmah Najib Simpan Duit | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Antara Tun Mahathir Simpan Duit Dengan Rosmah Najib Simpan Duit

Friday, September 23, 20161comments



Seronok layan kritikan para balaci dan macai Najib yang cuba mempertikaikan kenyataan Tun Mahathir yang beliau tulis dalam Chedet - Mempertahankan Najib,  bab Tun Menyimpan duit gajinya selama ini dan hasil dari situlah Tun gunakan buat menampung cara hidupnya kini.

12. Saya berpendapat gaji saya sebagai Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Perdana Menteri lebih dari mencukupi. Saya tidak perlu belanja gaji saya untuk sara hidup kerana segala-galanya, rumah, api dan air, kenderaan, pesawat terbang, perjalanan ke merata dunia dibiayai oleh Kerajaan. Gaji saya selama 29 tahun dalam Kerajaan saya simpan. Itulah wang yang saya guna untuk modal kedai roti, ternakan kuda, lembu dan kerbau. Saya tidak pinjam barang satu sen pun dari bank. Saya tidak membeli saham dalam pasaran saham. Tetapi satu rumah saya dibangun dengan pinjaman duit Kerajaan. Saya sudah lama bayar hutang ini.

Seronok layan kerana tanpa mereka sedari, mereka membuka ruang untuk kita mempertikaikan kemewahan giler cara hidup mewah terlampau yang dipertontonkan oleh pasangan Rosmah Najib kepada dunia.

Memang itu pun tujuan Tun bercerita benda ini iaitu supaya kita sebagai rakyat membuka mata dan menilai bagaimana pasangan Rosmah Najib mendapat wang bagi menampung gaya hidup mewah melampau mereka.

Satu dunia sudah tahu akan kemewahan mereka. Sebelum ini pun kita sudah disajikan senarai perbelanjaan mewah mereka... berjuta2 ringgit sekali shopping ! Semua itu belum terjawab lagi. 

Dulu dikatakan kononnya keluarga Najib itu golongan bangsawan tapi bila alasan itu ditolak oleh keluarga Najib sendiri, tidak pula kedengaran alasan gantian sebagai menjawab kemewahan mereka.

Mengalahkan pasangan Marcos-Imelda ! Dari mana mereka dapat duit sebanyak itu ? Where ? ? Dari lubang hidung Jho Low kah ?

Satu lagi point utama kalau nak buat perbandingan adalah dalam soal - Adakah kemewahan itu boleh dijejaki / traceable

Soal traceable ini boleh juga dipakai untuk semua projek2 kerajaan semasa bawah Tun Mahathir dan Najib .... kalau nak buat perbandinganlah.

Rugi bilion2 ..... boleh dijejakikah perjalanan wang terbabit ? Adakah rugi kerana perniagaan atau lesap ?

18. Kerajaan rugi kerana arahan yang dibuat oleh saya. Tetapi kerugian itu bukan disebabkan saya lesapkan duit Kerajaan. Kerugian itu adalah kerugian perniagaan.

19. Apakah kerugian ini sama seperti wang yang dihilangkan oleh 1MDB? Apakah ada bukti yang kerugian Kerajaan disebabkan saya masukkan duit Kerajaan dalam akaun peribadi saya?

Menariknya, SATU KEBETULAN bilamana negara kita kehilangan berbilion2 ringgit yang tidak dapat dikesan/lesap, waktu sama Najib terima berbilion ringgit dalam akaun peribadinya. Kan ?

Dan selama 1MDB sibuk berhutang dan terlibat dalam pelbagai skandal yang sehingga kini tidak mendapat jawapan yang memuaskan, selama itulah juga pasangan Rosmah Najib ini dilihat berjoli sakan dengan kemewahan yang juga tidak dapat dijelaskan.

Mengenai kos bunga RM3 juta semasa perkahwinan gemilang anak Rosmah, sebenarnya berapa jumlah kos majlis itu ? Berapa puluh juta ringgit ? Biasanya kos bunga tak sampai pun 10% dari jumlah kos majlis .... kan ?

Takkanlah besan atau menantu yang tanggung sedangkan mereka sedang berdepan kes curi handbag jenama Hermes !

22. Jika Najib benar tidak bersalah, apa sebabnya yang dia merahsiakan laporan Bank Negara, laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan laporan Ketua Audit Negara.

Yang di atas ini juga tidak dapat dijawab oleh kerajaan ! Kenapa semua laporan yang berkaitan dengan 1MDB menjadi RAHSIA KERAJAAN ? Tidak ada alasan diberikan....

Kes Najib belanja duit puluhan juta ringgit milik SRC juga diarah tutup kes oleh AG. Kes yang begitu jelas menyalahi undang2 oleh Najib tidak diberikan sebarang penjelasan selain dari alasan Najib tidak tahu duit itu dari SRC.

Saya jarang nak layan tuduhan2 terhadap Tun Mahathir oleh para balaci dan macai kerana malas nak buang masa dan tidak mahu isu dialihkan. Jawapan saya senang jer, Kita dulukan yang lebih penting, yakni kes Najib sebagai PM yang SEDANG berkuasa. Yang dah pencen itu kita bincang selepas selesai kes Najib.


                                                    ********************************


Ayat Tun Mahathir di atas buat saya teringat akan satu sesi perjumpaan baru ni di Ketereh antara Tun Mahathir dengan para penggerak Gerakan Melayu Bermaruah ( GMB ) yang menganjurkan majlis Bersama Rakyat di Stadium Ketereh bulan lepas.



KLiK untuk ke Youtube

Sama jer ayat Tun Mahathir. Itu pun satu point menarik mengenai Tun. Beliau KONSISTEN dengan ceritanya. Sebab itulah Tun tidak kisah melayan pertanyaan wartawan mahupun dari rakyat tanpa mengira waktu atau majlis. Tidak ada halangan untuk sesiapa bertanya apajua soalan. Semuanya akan dijawab oleh Tun. Sebab apa ?

Sebab Tun yakin dengan kebenaran yang dipegangnya. Hanya yang suka menipu saja akan jadi kelam kabut dan mengelak dari sebarang pertanyaan spontan. Dan jika ada sidang akhbar sekalipun, para wartawan akan dipilih, soalan ditapis lebih awal dan diberi amaran untuk tidak menanyakan soalan2 sensitif .  Ceh, dasar penipu !

Kepada para balaci dan macai, cubalah jawab dari mana datangnya kekayaan melampau pasangan Rosmah Najib ?

Kalau tak jawab sekarang, masa kempen PRU14 kelak kena jawab juga ....

PS - Oya, SPRM dah siasat ke duit RM1 juta yang diterima oleh Shahrir itu ? Begitu juga dakwaan duit yang banyak turut diterima oleh Mat Maslan dan lain2 pemimpin Umno dari Najib ? Dikatakan ada banyak tersenarai cek2 persendirian dari akaun Najib .... siapa yang terima dan untuk apa ?

Apakah penerimaan duit2 itu dilaporkan kepada pihak berkuasa sebagaimana dituntut oleh undang2 ?

Share this article :

+ comments + 1 comments

....................
Reply To This Comment ...................
September 24, 2016 at 11:09 AM

Hidup Ayahda Tun Mahathir..........!!
Musnah MO1 & Jho Low

Post a Comment