........... Yang Menolak MO1 Itu Najib Adalah Bangang, Yang Siasat Mereka Yang Kata MO1 Itu Najib Pula ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Yang Menolak MO1 Itu Najib Adalah Bangang, Yang Siasat Mereka Yang Kata MO1 Itu Najib Pula ?

Tuesday, August 2, 201610comments


Sampai bila nak tutup mulut rakyat dari menyatakan apa yang ada dalam fikiran mereka ? Bukti2 yang diberikan sudah jelas dan selari dengan apa yang kita ketahui sebelum ini dari sumber2 lain. Malahan pengakuan tertuduh sendiri selari dengan bukti2 yang didedahkan. 

Semuanya selari, konsisten dan tepat. Semuanya menunjukkan bahawa Malaysian Officer 1 ( MO1 ) adalah PM Najib.

Tidak ada orang lain pun di seluruh pelusuk tanahair yang dapat memenuhi definasi MO1 sebagaimana yang diberikan oleh DOJ selain Najib. Semuanya tepat ke arah Najib .

- Siapa lagi yang mempunyai kuasa dan pengaruh besar dalam kedua2 1MDB dan kerajaan kalau bukan Najib ? Yang juga mempunyai pertalian dengan Reza Aziz ? Dan siapa lagi di dalam DUNIA ini sejak azali ( dari zaman Adam lagi sehinggalah sekarang dan mungkin hingga kiamat sekalipun ) yang menerima derma sebanyak RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadinya secara senyap ?

TIDAK ADA ORANG LAIN SELAIN NAJIB yang memenuhi kesemua definasi yang disebut oleh DOJ itu. 

Makanya tidak salah kalau Tun Mahathir menulis dalam chedet - PEMIMPIN UMNO -

Walaupun nama Najib tidak dicatit tetapi semua tahu bahawa Malaysian Official 1 (Pegawai Malaysian Nombor 1) ialah Najib. Hanya yang bangang sahaja yang tidak kenal Najib sebagai Pegawai Malaysia Nombor 1.

HANYA YANG BANGANG SAHAJA YANG TIDAK KENAL NAJIB SEBAGAI MO1  !  !


Cuba nyatakan siapa lagi selain Najib yang dapat memenuhi definasi dari DOJ itu sebagai MO1 ? Kalau bukan Najib, siapa lagi ? 

Kalau yang tidak mahu mengakui MO1 itu Najib dianggap sebagai Bangang, bagaimana pula dengan pihak berkuasa yang bertindak  ke atas sesiapa saja yang berkata Najib itu MO1 ? !

Makanya kita hanya mampu menggelengkan kepala melihat senario yang berlaku di depan mata ketika ini - SKMM siasat Tony Pua kerana tuduh Najib 'MO1'


Semua orang yang tahu mengenai isu 2.6 bilion dan sedikit sebanyak mengenai 1MDB bila baca definasi atau deskripsi orang yang dinamakan sebagai MO1 di dalam saman DOJ akan mengatakan Najiblah orangnya !

HANYA YANG BANGANG SAHAJA YANG TIDAK KENAL NAJIB SEBAGAI MO1  !  !

Tapi dilaporkan agensi kerajaan SKMM mahu siasat sesiapa yang tuduh Najib MO1 ? ?


Gila ! Apa nak jadi dengan kerajaan kita sekarang ni ? Apakah cukup dengan mengatakan bahawa nama Najib tidak disebut padahal kesemua definasi atau petanda MO1 yang diberikan menjurus ke arah Najib ?

Kalau kerajaan mahu menafikan MO1 itu Najib, maka kerajaan harus menolak saman DOJ itu ! Protes ! Keluarkan satu kenyataan kepada seluruh dunia bahawa kerajaan menolak apa2 maklumat berkaitan MO1 seperti yang terkandung dalam writ saman DOJ itu. 

Lawan ! Pertahankan kredibiliti, integriti dan imej Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia !

BUKANNYA dengan kenyataan seperti ini -

"Saya sedang memikirkan idea untuk menghantar wakil di sana kerana kita mahu nyatakan minat kami. Jika kamu ingin beri wang kepada kami, kami mahu dengar," , kata Peguam Negara APandi Ali. - Mkini.

"Saya dan pegawai saya akan hadir bagi mengikuti prosiding itu. Bagaimanapun, saya akan berunding dengan pendakwa raya di sana kerana ia sama sekali prosedur baru dengan sistem (kehakiman dan undang-undang) Amerika,"

Kami mahu ke sana dan mendengar apa yang berlaku di mahkamah. Dengan kebenaran daripada mahkamah, kami mahu bertanya beberapa soalan.

Sementara menunggu prosiding di Amerika itu bermula, apakah AG tidak akan melakukan apa2 ? Tidak ada langsung kenyataan protes ? Tidak ada langsung kenyataan mahu bekerjasama dalam siasatan DOJ bagi membantu siasatan pihak berkuasa kita .... contohnya berkongsi maklumat ? Bukankah kes yang disiasat adalah sama yakni mengenai 1MDB ? 

Rakyat tidak nampak langsung kesungguhan di pihak kerajaan dalam bab menyiasat sebarang dakwaan ke atas Najib, 1MDB dan Jho Low. 

Tapi kalau bab cuba menepis dakwaan ke atas 1MDB, kerajaan dilihat begitu bersungguh2 ..... sehingga sanggup ke Bangkok menemui Xavier Justo untuk mendapatkan bukti bahawa apa yang didedahkan oleh media mengenai 1MDB adalah maklumat yang telah dipalsukan. Apa jadi dengan siasatan itu ?

Apa kesudahan cerita Lester Melanyi, saksi yang dibawa oleh Rahman Dahlan tahun lepas konon mahu memperlekehkan pendedahan Sarawak Report ? 

Lepas satu2 diusahakan hanya untuk membela 1MDB. Namun pertuduhan ke atas 1MDB dan Najib serta Jho Low tetap konsisten, malahan makin bertambah bilamana semakin banyak bukti terdedah. Semuanya konsisten.

Yang sering berubah2 cerita adalah pihak kerajaan yang membela Najib dan 1MDB ...... serta Jho Low.

Saman DOJ mendedahkan MO1 atau Najib menerima wang berbilion ringgit ke dalam akaun peribadinya bersumberkan dana 1MDB. Cerita derma dari pak Arab ternyata satu dongeng dari dunia lain. ( KLiK

Namun cerita dongeng sebegitulah yang pemimpin2 Umno dan kerajaan mahu kita percaya sedangkan dakwaan yang disertakan bukti2 kukuh di alam nyata berupa penyata bank dan pelbagai bentuk lain, ditolak mentah2. Mereka yang terima cerita dongeng akan diberi tepukan dan pujian sementara yang menerima bukti2 kukuh akan di siasat ! ?

                                                    ***********************

Tapi berita yang paling mengecewakan umat Islam adalah ini -

FMT

PETALING JAYA: Majlis Fatwa Kebangsaan tidak perlu bersidang berhubung isu 1MDB, kata Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria.

Beliau mengulas gesaan Penasihat Umum Amanah Ahmad Awang agar majlis fatwa menyatakan pendirian susulan tuduhan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat melibatkan syarikat negara 1MDB.

Harussani memetik seorang peguam di Australia seperti yang dilaporkan Bernama, yang mempertikaikan tindakan Peguam Negara AS, Loretta Lynch.

“Peguam kanan Australia juga berkata tindakan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat sebagai tidak munasabah,” katanya kepada FMT, merujuk seorang individu bernama Quintin Rozario yang mengecam tindakan Lynch sebagai “keterlaluan dan melanggar keadilan asasi”.

Tambah Harussani, Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali juga sudah memutuskan 1MDB tidak melakukan sebarang kesalahan.

“Jadi apa perlunya dan apa yang nak dibincangkan? Isu ini tak perlu fatwa (dikeluarkan),” katanya kepada FMT.

Sebelum ini, Ahmad yang merupakan bekas presiden Persatuan Ulama Malaysia memberitahu portal pro-Amanah, pendirian majlis fatwa dalam isu 1MDB amat penting memandangkan Majlis Raja-raja pada tahun lalu juga menggesa kerajaan segera menyelesaikan isu itu.

Sementara itu, Pengerusi Majlis Fatwa Tan Sri Dr Shukor Husin berkata ia tidak merancang bersidang tentang isu 1MDB.

“Ia sudah dikaji pihak profesional. Kita juga tak punya maklumat tentang soal ekonomi yang teknikal dan di tahap global.

“Maka Majlis Fatwa tidak melihat akan mencampuri hal-hal seumpama ini,” katanya lagi.


Apakah Majlis Fatwa Kebangsaan juga dah dipukau dek Najib, 1MDB dan Jho Low ?

Ulama kita sekarang terima bulat2 kenyataan peguam dari Australia begitu saja ? Apakah kenyataan seorang peguam Ostrolia yang kita tidak tahu sejauh mana kredibilitinya adalah lebih sahih dan dipercayai berbanding keseluruhan pasukan Jabatan Kehakiman Amerika yang bertindak atas nama kerajaan Amerika ? Langsung tidak ada gesaan supaya dakwaan DOJ itu disiasat bagi memastikan kebenaran ?

Kita tak harap pun para ulama kita untuk kaji isu 1MDB, tak tercapai dek akal mereka pun .... kerana ini soal ekonomi yang teknikal dan di tahap global, tapi paling tidak komenlah secara umum tentang penggubahan wang haram, tentang keperluan bercakap benar, tentang kewajipan menentang kemungkaran, tentang keperluan siasatan penuh bagi mendapatkan Kebenaran ....

Paling tidak, ia mampu beri sedikit kekuatan kepada saksi2 lain yang terlibat dalam kes ini yang punya maklumat tapi takut untuk ke depan, supaya lebih berani demi menegakkan Kebenaran. Atau beri lebih kekuatan kepada rakyat untuk menuntut penjelasan daripada kerajaan.

Ini tidak .... langsung tak boleh pakai !

Share this article :

+ comments + 10 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 2, 2016 at 2:09 PM

Tak peliklah Din. Orang ugama ni memang majoriti pemakan dedak. Barua orang berkuasa. Bukan zaman ni aje. Dah berzaman2. Bukan ugama Islam je cam ni.. ugama lain pun sama. Kajilah sejarah ugama dunia kalau tak percaya. Orang berkuasa yg korup pasti ada orang ugama belakang dia untuk menghalalkan perbuatan korup dan kejam mereka. Divine power konon..

Is it a wonder kerajaan moden yg berjaya berbentuk secular? Society mereka tu belajar dari sejarah yg proved beyond reasonable doubt yg ugama memecah belahkan rakyat dan menghalalkan kekejaman terhadap rakyat yg tak sehaluan. Melayu je yg buta sejarah..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 2, 2016 at 2:59 PM

Just look at that picture above. A face of a person whose heart and mind is totally totally dark.

And he and others like him who continue to support you-know-who shall only be pushing the country towards abomination deserving of Allah's bala! Perhaps worst than MH370 and the flooding taking place a few years ago?

That person in the picture and his kind, dear Din, shall continue to use arguments to show on whose side they are attached to. This has always been the case for many years now. Hence, no need to be shocked. It is really a waste of time.

Instead, shall we all pray to Allah swt for His retributions to come their way sooner rather than later to him and his kind? Shall we pray to Allah swt that such will be a lesson to all in the present and in the future? And may Allah swt continue to protect the rest of us from His wrath and retributions.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 2, 2016 at 3:06 PM

Saya seorang melayu dan beragama islam. Saya tak percaya mufti harussaini. Yang fantasi didukungi, yang palsu ditulinkan, yang auta dipercayai. Sebab itu kalau harussaini cuba mengenengahkan hukum islam cara dia mentafsir, saya akan bakulsampahkan.

Saya rela berguru dengan ustaz yang biasa yang ambil jalan kesederhanaan, bukan mufti dibayar gaji.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 2, 2016 at 6:16 PM

tinggi betul ilmu agama islam kamu (jika kamu benar orang islam) berbanding dengan Tuan Mufti.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 2, 2016 at 6:17 PM

nak tau sapa peguam hebat ostolia tu sila baca blog din merican

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 2, 2016 at 7:24 PM

Dah jelas. Puak agama yang berpangkat mufti dan ustaz semua pembohong. Bodoh, sombong, khianat

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 2, 2016 at 8:26 PM

Anon 6.16,

Saya tak pernah kata ilmu agama saya tinggi dari mufti. Hanya saya tak percaya apa yang diajarnya. Kalau dah tak reti bezakan fakta dengan auta, realiti dengan fantasi dan kebenaran dengan kepalsuan.....nak ikut blindly?

Coba selidik sapa peguam yang australian based! Cuba faham mengapa apandi gagal jalankan amanah sebagai AG! Kalau mufti dah buta fakta, apa nak ikut fatwanya? Maaf.....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 2, 2016 at 9:03 PM

Bro din turtle

Tidak menjadi hal yang pelik apabila mufti tan sri harussani memberi pandangan yang memihak kepada 1mdb ini kerana beliau telah di brief oleh pihak2 yang berkepentingan dalam 1mdb & kerajaan najib tanpa mendapat maklumat dari pihak2 berkecuali.

Maklumat yang bertebaran di media sosial berkenaan 1mdb terlalu komplek & penuh teknikal untuk difahami oleh sebahagian besar orang awam termasuk para mufti & agamawan.

Sepatutnya para mufti & agamawan diajukan soalan berkaitan hukum yang berkaitan dengan 1mdb bukan soal libatkan teknikal & perundangan perniagaan jika tanya peguam negara perniagaan & perusahaan babi pun tak menjadi kesalahan disisi undang2.

1mdb memulakan perniagaan dengan modal 1 juta ringgit & telah meminjam dengan bank di dalam & luar negara sebanyak berpuloh billion ringgit dengan menanggung hutang yang melampau & libatkan bayaran riba 1mdb telah menaja setiap tahun beribu orang untuk menunaikan ibadah haji, soalan kepada mufti & agamawan ' Apakah hukum mengerjakan ibadah haji dengan sumber duit hutang & riba'.

So kemukakan soalan yang betul kepada para mufti & agamawan dari sudut hukum akan sumber hutang & riba.

....................
Reply To This Comment ...................
August 2, 2016 at 10:46 PM

Saya sokong, hanya mufti Perlis saja yang boleh Kita percaya

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 3, 2016 at 6:21 AM

What good is there to have a mufti who does not know what is Haq and Bathil?

Muftis must be apolitical. Look at mufti pahang viz kafir harbi! Now harussaini on accepting australian based lawyer n apandi ali's biasness?

Post a Comment