........... TAHNIAH BERSATU ! Memang Gempak ..... Itu Baru Hantar Borang Daftar ROS ... | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

TAHNIAH BERSATU ! Memang Gempak ..... Itu Baru Hantar Borang Daftar ROS ...

Wednesday, August 10, 20167comments




4-5 hari tak update, tak reti nak start kat mana, hehehe ... Oklah, sebelum apa2 kena komen dulu hal Parti BERSATU ( Parti Pribumi Bersatu Malaysia ). 

Sebenarnya saya agak teruja dengan publisiti yang diberikan oleh rakyat termasuk yang pro Tun, balaci dan macai Najib dan juga TV3 terhadap Bersatu semalam. 

Sebab semalam tu Muhyiddin baru je HANTAR BORANG nak daftar parti Bersatu, belum lagi buat pengumuman parti dah didaftarkan, tapi dia punya gempak .... peeeergh ! TAHNIAH !

KLiK artikel Mkini untuk dapatkan penjelasan Muhyiddin semasa sidang akhbar selepas HANTAR BORANG semalam. Yang perlu diketahui adalah bab keahlian -

Adakah terdapat keahlian berlainan untuk bumiputera dan bukan bumiputera?

Kami mahu menjadi inklusif. Walaupun (keahlian) mereka (bukan Bumiputera) tidak sama tetapi kita akan memberi mereka pengiktirafan.

Kami mahu mereka mainkan peranan dalam memberi idea, saya fikir mereka mempunyainya (idea). Jadi, kita akan mempunyai ahli biasa dan kita juga akan ada ahli-ahli bersekutu.


Saya suka nak perasan sikit di sini. Mungkin saja pihak penaja Bersatu baca dan beri perhatian kepada perbincangan kita dalam dua artikel terdahulu mengenai keahlian Bersatu yang sebelum ini dibuka hanya kepada Bumiputera saja, makanya kini terdapat apa yang disebut sebagai Ahli Bersekutu. 

Kalau tidak dari sini pun, yang pasti para penaja Bersatu ambil perhatian apa yang dibincangkan di media alternatif tentang keperluan untuk menjadi inklusif. Samada ramai atau sedikit bukan Bumi yang masuk jadi ahli itu soal kedua, yang penting pintu itu tidak tertutup. Kita tidak tahu bagaimana keadaannya di masa depan, maka biarlah ruang itu tersedia.

Jangan ikut Najib yang melalak mengenai keperluan parti menjadi inklusif atau terbuka kepada semua tapi Umno itu sendiri eksklusif.

Bagus Bersatu ! Sekurang2nya anda dengar pandangan rakyat ...

Bagi saya, mengambil kira PRU14 yang tidak sampai 2 tahun lagi ( malah terbaru ada khabar angin yang menyatakan PRU14 bakal diadakan pada bulan Mac-April tahun depan ! Sudah goyang ..... lebih baik dicepatkan sebelum tambah goyang ..  ) seharusnya Bersatu fokus kepada orang Melayu / Bumiputera. 

Pendek kata - Jatuhkan Najib dan tumbangkan Umno BN yang memilih untuk bersekongkol dengan Najib !  Tumpukan kepada orang Melayu yang menjadi tunggak kekuatan Umno. 

Begitu juga dalam mengalahkan Umno dalam konteks PRU14, hanya tumpukan kepada kerusi2 yang Umno lemah. Kalau dinilaikan secara umum antara Umno dengan Bersatu memanglah parti yang baru saja hantar borang semalam tidak akan mampu mengalahkan Umno yang sudah berpuloh tahun bertapak. Apatah lagi kalau nak bandingkan kemampuan jumlah kerusi Parlimen yang mampu dimenanagi .... 

Tapi untuk mengalahkan Umno bukan dinilai dari jumlah kerusi yang lebih banyak, cukup sekadar memenangi 30+ kerusi .... atau menidakkan majoriti yang Umno BN miliki. 

 Contohnya -  Muhyiddin, Shafie dan Mukhriz berikan tunpuan kepada negeri masing2 dan beberapa tempat lain yang punya peluang, saya percaya 30+ kerusi bukan di luar jangkauan Bersatu.

Sekiranya wujud persefahaman dan kerjasama dikalangan pembangkang @ Pakatan Harapan, ianya bukan sesuatu yang mustahil.

Satu lagi dari segi undi popular .... BN mungkin saja mampu mengulangi kemenangan walaupun mendapat undi tidak popular ( majoriti undi kurang 50% ), tapi kalau jumlahnya kurang dari 40% sepertimana bancian yang diumumkan oleh Merdeka Centre tahun lepas, alamat BN akan sekali lagi menjadi bahan tertawa dunia.

Pertama kerana BN percaya kewujudan penderma Arab yang nakbagi 2.6 bilion, Kedua kerana buat tak kisah isu 1MDB dan yang ini - menjadi kerajaan demokrasi tapi undi kurang 40% !


So .... sekarang kita tunggu Bersatu di daftarkan dulu ... semalam baru HANTAR BORANG je.

PS - Oya, rasanya Najib akan arahkan lirik lagu Umno ditukarkan.  Tak meroyan balaci dan cai2 Najib kalau di awal2 lagu lagi dah memuji2 Bersatu !  Kebetulan itu ...... so cute ......

PS2 - Untuk pengetahuan, pihak ROS tidak benarkan apapun dinaikkan berkaitan Parti Bersatu sehingga penubuhan diluluskan. Maknanya Page FB yang mendakwa sebagai page resmi ( official ) Parti Bersatu sehingga ini masih dianggap TIDAK RESMI.  

Share this article :

+ comments + 7 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 10, 2016 at 11:36 AM

Bersatu Kita Bersatu
Dengan Setia Berganding Bahu
Jiwa Teguh Berpadu
Kita Rumpun Melayu

Bersama Kita Bersama
Tukar Ke Parti Baru
BERSATU Namanya
Untuk Agama, Bangsa Dan Negara

Lambang Kita Yang Macai
Ikut saja Najib Dan Rosmah
“Menipu, Bangang, Rasuah ”
Itu Cogan Katanya

UMNO Terus Parah
Jo Lo Kencing Rakyat Malaysia

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 10, 2016 at 11:56 AM

Terbaik BRO!!

Sekurang2nya boleh buat UMNOn_k sedar dari lena bertilam dan berbantal empok di isi USD Bebillion2 milik rakyat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 10, 2016 at 1:29 PM

'Bersama Kita BERSATU' jatuhkan jibbi & pengkhianat negara.

Tahniah PARTI BERSATU !!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 10, 2016 at 6:26 PM

Tahniah PARTI BERSATU...moga terus maju...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 11, 2016 at 12:00 AM

I like :)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 11, 2016 at 5:46 PM

Memang gempak sampai tekiu nan pun gabra habis merayu minta ros batalkan pendaftaran Parti BERSATU apa sudah jadi umno tak lena tidor kaa hahahaha

....................
Reply To This Comment ...................
NajibNazak
August 12, 2016 at 1:17 PM

Uuummnnooo... umno terus parah
Kepala najib sudah putih dan botakk
Hati kak mah lagi lah gundah
Harta reza sudah U.S lantak

Najibbb..najib dah kecut
Dari pelior sampai ke telorr
MO1 semua orang sudah henjut
Najib last2 kena mengundorr

* ikut nyanyi tempo lagu bola kedah

Post a Comment