........... Parti Baru Parti Melayu/Bumi ? Habis Kaum Bukan Melayu/Bumi Tak Boleh Masuk la .... Macam Umno ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Parti Baru Parti Melayu/Bumi ? Habis Kaum Bukan Melayu/Bumi Tak Boleh Masuk la .... Macam Umno ?

Friday, August 5, 20164comments

Mkini
Terimakasih kepada semua yang sudi berikan pandangan anda dalam artikel sebelum ini mengenai Parti Baru. Rata2 ramai yang sokong dan teruja nak jadi ahli. 

Buat masa ini tidak banyak maklumat yang diterima mengenai parti baru ini dan setakat ini persoalan utama yang ditanya adalah mengenai keahliannya hanya untuk kaum Bumiputera .. sama seperti Umno.

Di era globalisasi dan dunia tanpa sempadan ini, ramai yang kecewa bilamana Parti BARU ini masih mahu mengekalkan pendekatan LAMA yakni berpaksikan kaum. 

Adakah penaja parti baru ini masih merasakan yang rakyat Malaysia belum bersedia lagi untuk menerima parti yang terbuka untuk semua ?

Walaupun banyak parti2 lain yang dibuka kepada semua, hakikatnya itu cuma pada perlembagaannya saja. Keahlian dan kepimpinan parti masih menjurus kepada perkauman.

Tapi sekurang2nya kalau nak dijadikan isu, mereka masih boleh kata yang parti mereka terbuka kepada semua ..... cuma kaum tertentu je yang minat nak masuk, nak buat macamana, kan ....

Tapi kalau dah termaktub dalam perlembagaan parti yang ia khusus untuk kaum tertentu saja, pastinya akan dijadikan isu. Sekurang2nya golongan balaci dan macai tak boleh nak komenlah sebab parti Umno pun sama !

Tidak dapat dinafikan ramai bukan Bumiputera turut menyokong gerakan dan pendirian Tun Mahathir terutamanya Deklarasi Rakyat yang merentasi kaum. Ia benar2 dari rakyat untuk rakyat. Mereka yang tidak berparti juga turut teruja berikan sokongan kepada DR dan mereka juga menantikan kemunculan parti baru ini sebagai kesinambungan usaha Tun Mahathir.

Malangnya ramai yang kecewa bila diumumkan parti baru ini hanya untuk Bumiputera saja ..... 

Janganlah disuruh bukan Bumiputera ini masuk parti2 lain dan kemudian bersama2 dalam Pakatan yang bakal dimeterai antara parti baru dengan parti2 lain itu. Kalau nak masuk parti2 lain itu dah lama mereka masuk, tak perlu disuruh2 !

So .... apa komen para penaja Parti Baru mengenai isu ini ? Cubaan mendapatkan komen mereka hanya dibalas dengan - Tunggu pengumuman/kenyataan resmi tidak lama lagi.

Secara jujur saya katakan -  kalau tidak ada penjelasan, janganlah sebut apa2 ! Hanya umum perkara yang tersedia penjelasan.

Antara jawapan yang boleh kita fikirkan adalah -

- Buat macam Pas sebelum ni di mana ada Kelab Penyokong ( hahahaha )

- Bukakan kepada semua tapi jadikan Dasar2 Afirmatif sebagai salah satu agenda utama. Ia secara tak langsung mampu memahamkan rakyat apa sebenarnya Dasar2 Afirmatif yang sebenar. Apa dan kenapa dasar afirmatif diperlukan dalam sebuah masyarakat majmuk yang ketara agihan kekayaan antara kaum.

Dasar2 Afirmatif itulah SEBENARnya perjuangan orang Melayu, bukan samada parti itu berasaskan kaum. Kalau berasaskan Melayu tapi halatujunya hanya meletakkan kepentingan peribadi ke depan pun tidak ada gunanya. 

Perlembagaan apapun boleh ditulis ... yang penting adalah pelaksanaannya bagaimana. 

Apapun sama2 kita tunggu perkembangan Parti Baru ini .....

PS - Oya, satu lagi harapan kita agar parti baru ni boleh terima kritikan dan jangan cepat melenting...

Share this article :

+ comments + 4 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 5, 2016 at 4:40 PM

Parti ni ditubuhkan mungkin utk mengganti umno yg x relevan lagi, khas utk bangsa melayu yg mempunyai pemikiran terbuka dan rasional, berjuang utk kepentingan rakyat bukan peribadi. Parti lain spt PKR dan DAP dah terbuka utk semua kaum, sape2 boleh join, tapi mungkin polisinya berbeza.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 5, 2016 at 6:50 PM

Bro DT,

Parti baru ini adalah satu platform untuk menarik kalangan ahli2 UMNO yg tidak menyokong PM Najib. Sekiranya 50% drp 3 juta ahli biasa, iaitu 1.5 juta keluar UMNO, ia sudah cukup untuk merobohkan benteng UMNO walaupun 50% ahli2 Parti PAS menyokongnya.

Satu strategi yg mantap, pada pandangan saya.

Salam sejahtera.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 6, 2016 at 9:45 AM

Petanda sangat sedih. Melayu tidak menerima negara sendiri! Mereka tetap mahu jadi Melayu. Kaum lain akan dihina. Mereka penumpang dan pendatang. Ideologi Islam sifat hegemonis. Semua yang lain lebih rendah.Kalau Melayu tidak mahu jadi Malaysian macamana boleh berganding bau dengan rakyat global?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 6, 2016 at 11:49 AM

Dah setengah abad memerintah berdasarkan kaum...kalau ya
ng ini berjaya dapat sokongan dan memerintah juga, negara ni akan jadi sama je, 2x5=5×2...kalau nak maju, kena bersaing..takut ke???

Post a Comment