........... Ooooo Najib, Pimpinlah Kami Semua Ke Neraka ! - Tun Mahathir @ Ketereh | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Ooooo Najib, Pimpinlah Kami Semua Ke Neraka ! - Tun Mahathir @ Ketereh

Saturday, August 27, 20160 comments



TAHNIAH rakyat Kelantan sekitar Ketereh yang hadir begitu ramai ke Mini Stadium Ketereh semalam untuk bersama2 dengan Tun Mahathir, Muhyiddin dan Mukhriz dalam program Bicara Rakyat.

Dianggarkan lebih 7 ribu hadir semalam dan kelihatan ramai juga yang mengikuti program dikeliling pagar stadium, mungkin takut untuk dilihat berada dalam stadium.

Muhyiddin begitu bersemangat sekali berucap dan antara ucapan beliau yang terbaik setakat ini dalam siri ceramah sejak akhir2 ini. Akan saya upload sepenuhnya ucapan Muhyiddin nanti.

Kali ini saya nak kongsi satu segmen dari ucapan Tun Mahathir yang pastinya buat balaca dan macai2 Umno terkedu !

Oooh Najib, Pimpinlah Kami Semua Ke Neraka !




KLiK untuk ke Youtube

Sebagai seorang yang memimpin BN ( selama 22 tahun ) saya sedih tetapi perasaan sedih tidak boleh mengatasi perasaan bertanggungjawab kepada negara apabila melihat mereka menyeleweng ..... dan tidak lagi patuh kepada asas perjuangan Umno atau pun BN.

Mereka kini berjuang untuk DS Najib. Umno sudah tidak ada..... Umno sudah tidak ada. Yang ada ialah Parti DS Najib..... hasil daripada suapan dedak.

( hasil dari makan dedak Najib ) ahli dan pemimpin nak buka mulut pun tak boleh. Bila buka mulut saja ... Ooo Najib... Najib ... Najib.. Pimpinlah kami semua ke neraka ! Inilah Umno yang ada sekarang.

Sebab itu walaupun saya sedih, tetapi saya harus terima hakikat yang sebenar. Ini bukan parti yang berjuang untuk negara, yang berjuang untuk bangsa, yang berjuang untuk orang Melayu .. Tidak lagi.

Parti ini mesti dikalahkan ! Dan untuk mengalahkan parti ini, kita perlu sebuah parti yang lebih kuat daripada Umno ... ( hadirin menjerit Bersatu ! ) yaaa.... Bersatu !

PS - TAHNIAH juga kepada penganjur Gerakan Melayu BerMaruah ( GMB ) di atas kejayaan menganjur majlis semalam

Share this article :

Post a Comment