........... Najib CURI Duit Kita ! - Muhyiddin | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Najib CURI Duit Kita ! - Muhyiddin

Sunday, August 21, 20165comments


Semalam berlangsung dengan jayanya majlis Bicara Rakyat Bersatu di Jerantut anjuran Pahang Bersatu. Walaupun bermula agak lewat kerana para pemimpin yang hadir juga mahu menonton perlawanan badminton akhir Olimpik bersama rakyat, lebih 2 ribu warga Jerantut memenuhi jalan di depan pejabat Amanah di mana majlis diadakan.

Pemimpin Bersatu yang hadir adalah Muhyiddin dan Mukhriz sementara Amanah diwakili oleh Salahuddin Ayub. Turut sama adalah Presiden Pahang Bersatu, Wan Ahmad Shahrir.

Menarik ucapan dari Salahuddin dan Mukhriz, tapi paling panas adalah ayat ini dari Muhyiddin -

 ..... apa tak rugi, MAS pun rugi, Perwaja pun rugi, jadi 1MDB rugi biasalah. Tak sama tuan2 .... Yang itu rugi perniagaan, yang ini rugi wang dicuri ! 

Siapa curi ? Datuk Seri Najib curi duit kita !




KLiK untuk ke Youtube

Direct, takde kias2 lagi dah ..... perkara yang sememangnya menjadi bualan harian rakyat, tidak hairanlah kenyataan itu mendapat tepukan dan sorakan dari hadirin. 

Amacam Najib ? Ni dah kira cabar depan2 ni ..... 

Makin lama Najib berdiam diri dan mengelak dari mempertahankan diri dari segala pertuduhan berkaitan 1MDB, semakin direct dan berani tuduhan ditujukan kepada beliau. 


Menonton Badmintan Olimpik Akhir Bersama Rakyat Sebelum Ceramah
.

Share this article :

+ comments + 5 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 21, 2016 at 8:18 AM

Hairan dan munsykil kenapa TS Muhyiddin dalam jawatan dahulu beliau tidak menghentam DS Najib cukup2 seperti hari ini. Adakah kerana beliau terlalu play safe pada masa itu atau kerana beliau got nothing to loose now. CAm manapun tahniah kepada para pejuang kebenaran ini yang sanggup berkorban segala untuk menegakkan kebenaran selari dengan tuntutan agama dan inilah sifat2 khalifah yang hebat dalam mentadbir bumi raya ini.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 21, 2016 at 8:21 AM

Patutnya tak payah buang masa tengok badminton kerana memang dah diduga selagi yang batil tidak dibuang, pasti yang indah tidak mendatang.
Jangan dilupa selagi PM bernama Najib maka Malaysia tidak akan mendapat keizinan Allah untuk menang pingat Emas Olimpik. Sikap buruk laku dan hati busuk beliau yang suka megambil kredit atas apa jua kejayaan negara dan masa sama akan bandingkan diri sendiri dengan bekas PM yang 22 tahun memerintah tak pernah dapat Emas Olimpik. Kebelakangan ini akibat imej beliau yang makin merudum dan bercelaru siang malam dia promote diri sendiri macam orang gila tak tahu malu. Seingat kami Bekas2 PM dahulu tak pernah bersikap tebal muka tak sedar diri suka membanding dengan zaman terdahulu kecuali sentiasa memerah otak mencari jalan terbaik dan idea2 baru dalam memajukan negara tanpa perlu mengutuk orang lain.

Ingatlah wahai rakyat Malaysia selagi Najibul HIppo berkuasa selagi itu Rahmat Allah menjauh... Negara jadi rosak dan menuju kegagalan yang total.. Para ilmuan agama juga dah jadi bisu kerana cinta dunia dan jawatan hingga terlupa hari akhirat yang abadi...
Semoga Allah masih memberi negara ini sisa-sisa RahmatNya hinggalah kami pejuang kebenaran berjaya memerangi kezaliman segerombalan manusia jijik ini.


....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 21, 2016 at 11:50 AM

Semasa dalam UMNO TSMY banyak kali tegur tak lah serang terang2an kerana percaya UMNO masih boleh di selamatkan selagi TSMY Safie Afdal & MM masih di dalam UMNO tekanan di buat secara dalaman melalui kaedah parti, tapi setelah tidak lagi bersama UMNO maka mereka sudah tidak terikat lagi dengan segala terma parti & mereka boleh bertindak secara lebih bebas & terang2an.

....................
Reply To This Comment ...................
August 22, 2016 at 12:15 PM

Sedara.
TSMY bukan play safe.. sedara tau x kenapa dia dibuang UMNO?.. sebab bercakap benar walaupun pahit..

Lain kali pahamkan betul2

....................
Reply To This Comment ...................
August 23, 2016 at 9:46 AM

TSMY cuba selesaikan secara close door tetapi gagal jadi akhirnya secara terbuka dan di buang jawatan kerana tak sanggup untuk berdepan dengan mahkamah akhirat nanti.

Post a Comment