........... Mukhriz - Najib Sendiri Yang Sebenarnya Telah Melemahkan Parti dan Kerajaan ( video ) | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Mukhriz - Najib Sendiri Yang Sebenarnya Telah Melemahkan Parti dan Kerajaan ( video )

Monday, August 29, 20165comments



Berikut adalah respon terbaru dari Mukhriz terhadap kenyataan Najib yang membingungkan rakyat baru2 ini yang mencabar pengkritik supaya melawan beliau dalam pemilihan Umno, melabel pengkritik beliau sebagai pengkhianat parti dan mengungkit jasa2 lama Umno.



KLiK untuk ke Youtube

- Semua pemimpin2 Umno yang kritikal terhadap Presiden telah diambil tindakan

- Bagaimana Najib boleh cabar sesiapa pun untuk tanding lawan Presiden walhal semua pihak yang kritikal terhadap salahlakunya telah dibuang

- Najib gambarkan mereka yang mengkritik beliau sebagai mengkhianati parti. 

- Ini menunjukkan Presiden Umno telah menggunakan parti sebagai perisai, melindungi dirinya daripada sebarang siasatan ataupun tindakan undang2 kerana salahlaku dan penyelewengan yang jelas dilakukan oleh beliau sendiri

- Apabila seseorang itu mengkritik Presiden, tak semestinya dia mengkhianati parti malah sebaliknya ini semua dilakukan untuk menyelamatkan parti

- bagaimana nak memperkuatkan kedudukan parti sekiranya presiden sendiri menimbulkan masalah dan ditolak oleh rakyat ?

- Najib tuduh kita sengaja hilang nilai persahabatan dalam perjuangan dan tidak mempertahankan parti ... Kenyataan tak masuk akal

- Sebenarnya Najib sendiri yang telah melemahkan Umno

- Najib tuduh kita mengkhianati Umno dengan menubuhkan parti baru .... semua yang terlibat dalam penubuhan parti baru adalah mereka yang telah dipecat oleh Najib.

Tidak timbul isu menubuhkan parti baru ketika kami masih menjadi ahli Umno sebaliknya akibat tindakan Najiblah maka parti baru mahu ditubuhkan

- Najib mengungkit jasa2 Umno kepada negara dan seharusnya rakyat terus menyokong Umno ...

- Apa yang dimaksudkan sebagai jasa Umno itu adalah ketika sebelum Najib jadi Presiden. 

- Hasil wawasan kepimpinan Umno dulu .. dari Dato Onn hinggalah Paklah termasuk Tun Mahathir, Muhyiddin dan Mukhriz sendiri ... 

- Najib seolah menidakkan sumbangan dan gerakerja yang telah dilakukan. Rakyat sedia maklum mereka yang telah berjasa melalui Umno ini telah dipecat atau keluar dan mereka ini ingin terus berkhidmat di bawah gagasan baru yang diberi nama Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

                             **************************

Cuba kita imbas kembali semua isu2 yang ditimbulkan rakyat ketika ini ..... hampir SEMUANYA adalah berkaitan dengan tindakan peribadi Najib. Yang dipecat dan keluar parti pun disebabkan mereka menegur Najib.

Semua masalah ditimbulkan oleh Najib dan Rosmah tapi dikaitkan dengan parti dan baru2 ini dikaitkan dengan maruah bangsa dan negara. Habis porak peranda dibuatnya Umno dan agensi2 kerajaan dan pihak berkuasa juga turut dilibatkan ... sehinggakan kredibiliti pelbagai pihak rosak akibat Najib dan Rosmah.

Seperti kata Mukhriz di atas - 

Ini menunjukkan Presiden Umno telah menggunakan parti sebagai perisai, melindungi dirinya daripada sebarang siasatan ataupun tindakan undang2 kerana salahlaku dan penyelewengan yang jelas dilakukan oleh beliau sendiri

Malangnyalah nasib parti yang sekian lama dipandang tinggi oleh rakyat, hanya menunggu masa saja untuk ditolak oleh rakyat ..... Semuanya kerana Najib, 1MDB dan Jho Low.

Itulah jasa dan legasi Najib yang akan dikenang oleh generasi akan datang ... menjadi case study pelbagai pihak di seluruh dunia sebagai contoh yang harus dijauhi.

Kita beruntung (?) kerana menjadi saksi ketika sejarah diukir.

Share this article :

+ comments + 5 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 29, 2016 at 8:15 PM

Najib memomokkan orang orang Melayu denfan kenyataan yang kononnya DAP RASIS. Najib cuba menanamkan sifat kebencian orang2 Mdlayu terutamanya ahli2 UMNO terhsdap orang2 Cina.

Tetapi Najib dibelakang tabir bersekongkol ddngan Jho Low untuk metompak wang negara.

ADAKAH JHO LOW BRTBANGSA MELAYU. HAYAT POLITIK NAJIB MESTI DAN WAJIB DIKUBURKAN. WALAU TERPAKSA MENGHUKUM UMNO KERANA DIPIMPIN OLEH ORANG2 YANG BODOH. NAJIB ADALAH PETUALANG BANGSA DAN TANAH AIR MALAYSIA.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 29, 2016 at 9:03 PM

Pihak yang berkenaan wajar mengambil tanggung jawab untuk memastikan jenama 1MDB menjadi hak eksklusif dan terpelihara hakciptanya kepada negara Malaysia.

Ini kerana tidak lama lagi kes ini pasti akan dapat diselesaikan dengan bantuan penyiasatan dan tindakan yang bakal dilakukan oleh negara-negara yang terlibat daripada seluruh dunia.

Selepas itu pasti kes 1MDB akan menjadi satu bahan karya untuk filem dan sebagainya yang pasti punya harga.

Sekurang-kurangnya boleh juga buat bantu bayar balik hutang syarikat ini yang berbillion-billion kecualilah tindakan undang2 dalam merampas segala harta si pelaku iaitu ketua lanun Jibon Sengal dapat dilakukan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 29, 2016 at 9:33 PM

But when history is written, it is not just those two names which shall be mentioned for bringing down everything of value in the country. In other words, there are those around them plus a section of the rakyat or voters who should also be named... Yes, we shall erect the Hall of Infamous somewhere for generations to come to see the photographs and read their legacies of those Malaysians who have truly betrayed Malaysia and the rest of the country.

....................
Reply To This Comment ...................
August 30, 2016 at 8:29 AM

Najib wajib berundur jika masih ada lagi seorang yang seperti Saidina Umar Ibni Alkhattab maka dari awal Najib dah kena terajang jauh-jauh......!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 31, 2016 at 3:34 PM

UMNO sudah jadi parti ekslusif aljib wajib sokong aljib lebih dulu baru dikira sah ianya ahli UMNO yang tak sokong aljib yang tak sehaluan dengan aljib akan dipecat dibuang atau diminta keluar dari UMNO kerana dianggap pembelot & tak layak jadi ahli UMNO.. gilaa tak gila itulah law ciptaan baru parti aljib secara kuku besi orang tidak siuman saja terima peraturan gila aljib... gila memang gila.

Post a Comment