........... MO1 Adalah Agong ! - Nawawi Langkawi | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

MO1 Adalah Agong ! - Nawawi Langkawi

Tuesday, August 16, 201616comments


Cuba anda baca penjelasan dari salah sorang ahli parlimen Umno bila ditanya siapa dia Malaysia Official 1 ( MO1 ) -
 
KLiK
Hebat tahap bodek Najib yang dimiliki oleh MP Langkawi Nawawi Ahmad ini ! Boleh dia cuba spin dari Najib dengan melibatkan Yang DiPertuan Agong ! ? ?

Jawab saja lah MO1 itu adalah Najib ! Apa yang payah sangat ? Bukannya MO1 yang disaman atau yang hartanya dirampas oleh DOJ.  Kenapa yang susah sangat nak sebut tu ? Adakah kerana pemimpin2 Umno sendiri merasakan MO1 itu telah melakukan satu dosa besar mengikut dakwaan DOJ makanya mereka jadi serbasalah nak jawab siapa itu MO1 ?

DOJ tidak sebut MO1 itu sebagai pegawai Malaysia yang TERTINGGI atau pegawai Malaysia pangkat nombor 1. Nombor 1 itu disebut sebagai pengenalan saja .... mungkin nanti akan ada pula MO2, MO3 dan seterusnya .... Sama seperti 1MDB Officer 1, 2 dan 3 .... adakah nombor itu menunjukkan heirarki orng berkenaan dalam struktur organisasi 1MDB ? Tidak .... nombor2 itu hanya sebagai pengenalan.

Jadi kenapa Nawawi merujuk nombor 1 dalam MO1 sebagai merujuk kepada pegawai Malaysia yang tertinggi ? Dan seterusnya dengan sengaja mengaitkan YDP Agong dalam kemelut 1MDB @ DOJ ?

Tidakkah itu boleh dianggap sebagai satu cubaan menghina institusi diRaja khususnya YDP Agong ?

OK... KATAKANLAH kita layan argumen Nawawi bahawa no 1 dalam gelaran MO1 itu merujuk kepada pegawai Malaysia tertinggi ...... bagaimana pula dengan gelaran First Lady of Malaysia yang disebat oleh Rosmah ?

Kalau First Lady itu adalah Rosmah, takkan First Man adalah .....erk.

Apakah Nawawi mahu dianggap sebagai menghina Rosmah pula ? ?

Tak payahlah berbelit2 .... mengaku sajalah bahawa MO1 itu adalah Najib. Don't be very the stupid, ok.

 

Share this article :

+ comments + 16 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 16, 2016 at 8:32 PM

Bangang punya makhluk pemakan dedak dakwa MO1 itu YDP Agong takda siapa buat report polis ker ni penghinaan tahap tertinggi dengan kaitkan YDP Agong dalam isu saman civil DOJ & pendedahan USD681 juta dalam akaun simpanan peribadi MO1, mana terdapat didalam perlembagaan di tulis MO1 atau Malaysia Official 1 merujuk kepada YDP Agong atau yang bersamaan dengan nya, nawawi patut diseret kemahkamah kerana membuat fitnah & penghinaan keatas institiusi Raja2.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 16, 2016 at 9:40 PM

haha... alahai, kesiannya macai. berbelit-belit jawab. Tak memasal YDPA terlibat.

Takut kat Mangkuk Official 1(Najib) lebih dari takut tuhan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 16, 2016 at 10:24 PM

YDP Agong ada pertalian dgn Reza Aziz ke? Police report should be made for insulting Rulers' Institution.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 17, 2016 at 12:11 AM

Setakat Ini jelah tahap kebolehan pemimpin umno..punyalah nak bodek..sanggup letak otak di kepala lutut. Lu jilatlah sampai licin bro...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 17, 2016 at 2:29 AM

lagi kelakor bila dia still menegakan benang yang basah. Masih taknak mengaku. mmg kelakor dato ni.. dia bantai DOJ sepatutnya letak MO2 ke MO3 ke MO4...

tengok macam mana dia punya bangang.. padahal .. letak la apa pun dah memang najib pun. contoh kalau DOJ letak "BABI 1" ia tetap menjurus kepada NAJIB. Tak kan BABI pulak yang salah

KAH KAH KAH... Memang mangkuk hayun betul.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 17, 2016 at 7:13 AM

kan DOJ kata MO1 adalah orang yang high - ranking official in malaysian government bermaksud orang yang berjawatan tinggi dalam kerajaan malaysia dan x boleh dikaitkan dengan YDPA Agong sebab baginda adalah orang yang berkedudukan TERTINGGI dalam kerajaan malaysia..TINGGI dengan TERTINGGI pun x boleh beza ke?nak bercakap ikut undang2 tapi x faham undang2..orang2 di langkawi,tolonglah jangan pilih pembodek ni sebagai pemimpin anda..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 17, 2016 at 7:21 AM

aku setuju ngn ko bro..suka hati DOJ la nk panggil MO1 ke NJB2 ke 1MDB1 ke..yang tiba2 nak dikaitkan dengan Agong pasal apa?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 17, 2016 at 12:00 PM

BEBAL level berapa ni...buang je la title IR tu.

Joe

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 17, 2016 at 12:08 PM

Saya cabar kalau betul orang2 melayu taat pada raja negara, buatlah laporan polis dengan segera kerana ini satu penghinaan. Jika kamu melayu tak berbuat apa2, jangan harap bangsa lain menghormati kamu.....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 17, 2016 at 2:31 PM

Inilah.pemimpin.umno.yg.bodoh.macam keldai.dia.tak.tahu.undang.undang.what.mean.money.laundring.suroh.baca.buku.law

....................
Reply To This Comment ...................
Axe umno
August 17, 2016 at 3:36 PM

Satu lagi spesis yg setaraf dgn mat cgpa 8.5. Title "ir" tak bagi makna kalau jawab soalan yg begitu jelas, tak boleh jawab dgn betul.
Ataupun buah p*l*r dah kena ikat. Ataupun spesis hampir luput. Spesis yg menghancurkan perjuangan dan umno. Resign ajelah kalau hidup setakat bodek..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 17, 2016 at 4:19 PM

Betul ke roslan dahlan beri kata dua, Apandi dakwa hassan atau dia akan bawa hassan ke mahkamah?

Go roslan go

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 17, 2016 at 4:49 PM

Kalau YDPA adalah penjawat awam mungkin ada sikit terkena definisi dari DOJ.. Masalahnya YDPA bukan penjawat awam.

Jadi bila dia kononya kata dia bagi Definisi dari segi perlembagaan, definisi dia tetap salah. YDPA adalah ketua negara Najib adalah pegawai pegawai dia NO 1.

Ini salah satu masalah DEMOKRASI.. bila kita tersilap pilih Ahli Parlimen kta tak boleh pecat dia.

makna kata kita terpaksa terima dia walaupun dia bodoh tahap gaban.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 17, 2016 at 8:08 PM

YB patut di ambil tindakkan tak kira parti sebagai taladan kepada semua ahli politik

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 17, 2016 at 8:08 PM

Kalau kat facebook kata macam2 kat najib ada report polis tak lama kena angkut, ini YDPA yang tak ada kena mengena langsung dalam soal 1MDB, DOJ, Reza Aziz & USD681 juta dalam akaun peribadi kenapa di heret sama YDPA dalam skandal kotor ni.

Kepada mereka yang ada maklumat kenyataan yb nawawi 'DI MOHON BUAT LAPORAN POLIS' dia nak pusing camna pun biar dia jawab di balai, jangan biarkan penghina Institiusi Raja2 ini sewenang wenangnya membuat fitnah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 17, 2016 at 11:25 PM

This is the same mangkuk yg ckp duit kerajaan bukan duit rakyat kan? Ada jugak intellect yg bangang. Ir dia dpt dr mana? Buat malu org Langkawi. And futhermore Agong is from Kedah.. langkawi tu dkt Pekan ke? Kepala kosong! Pathetic!

Post a Comment