........... Kes DOJ Beri Maklumat Baru , AG kena buka balik siasatan - Hanif Khatri | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Kes DOJ Beri Maklumat Baru , AG kena buka balik siasatan - Hanif Khatri

Monday, August 1, 20163comments


Secara ringkas, tidak ada peruntukan perlembagaan atau pun mana2 akta di Malaysia yang menghalang Peguam Negara daripada membuka semula kertas siasatan berhubung dengan 1MDB. Walaupun secara resminya pada bulan Januari tahun ini, Peguam Negara telah mengumumkan berhubung dengan kertas siasatan SPRM bahawa kononnya tidak ada mana2 jenayah yang ditampilkan melalui siasatan tersebut terhadap YB Perdana Menteri.

Itu bulan satu 2016.



 KLiK untuk ke Youtube


Apabila keluarnya kertas kausa ( Cause papers ) , pengumuman agensi kerajaan Amerika Syarikat maka pejabat peguam negara bertanggungjawab sebagai satu pejabat peguam negara yang efisien dan professional untuk mengarahkan pembukaan semula kertas siasatan untuk mengkaji samada ada apa2 maklumat baru, bukti baru yang mungkin tidak terdedah kepada agensi kerajaan Malaysia yang wujud di dalam dokumen Amerika Syarikat.

Untuk perkara ini, saya percaya pejabat peguam negara sepatutnya dengan sendirinya berhubung terus dengan pejabat peguam negara Amerika Syarikat.untuk bekerjasama memperolehi maklumat tersebut.

Kita tak perlu kata bahawa masih belum ada permintaan daripada Amerika Syarikat untuk bekerjasama dengan kita. Soalnya bukan pasal Amerika Syarikat nak bekerjasama dengan kita atau tidak. Soalnya adakah kita nak bekerjasama dengan Amerika Syarikat untuk menyiasat isu 1MDB ni ?

 Apakah rakyat Malaysia mempunyai maklumat secara resmi daripada agensi Malaysia berhubung dengan kemelut 1MDB ? Mana dia ?

Satu2nya sekarang yang kita ada, adalah dokumen dari negara luar. Jadi, salahkah rakyat Malaysia untuk mengetahui masalah negaranya sendiri, merujuk kepada dokumen2 ini yang disahkan sebagai dokumen sah oleh pihak jabatan kehakiman negara tersebut ? Untuk mengelakkan kerunsingan rakyat Malaysia

Itu sebab saya maklumkan tadi menjadi tanggungjawab peguam negara Malaysia untuk menulis, menghubungi atau menalipon  rakan sejawat daripada Amerika Syarikat untuk bekerjasama buka balik fail siasatan.

PS - Tonton juga Bahagian 1 -  
 

Hanif Khatri - Definasi2 Malaysian Official 1 Jelas Merujuk Kepada Najib !


Bahagian 2 - 

Jika MO1 Tidak DiDakwa Di Amerika, Tidak Bermakna MO1 Tidak Terbabit Kesalahan - Hanif Khatri


Share this article :

+ comments + 3 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 1, 2016 at 11:19 PM

Takpa 1mdb sudah ada calon loyar terbaik dari brisbane ostalia si quintin rozario dia pun dah promote diri tujuan supaya 1mdb cepat2 rebut dia setakat ini dalam ramai2 loyar dari dalam & luar negara hanya quintin rozario sahaja yang berani pertikai pihak ag & doj telah menyalahi undang2.

Boleh lah pihak 1mdb lantik dia sebagai loyar mewakili 1mdb untuk saman balik usa ag & doj takan berterusan duk berteriak dalam kain pastu putar dalam tv3 ribu kali salahkan doj takda guna bukan pihak doj dengar pun lawan saman lah cukuplah bagi alasan berbelit belit hanya buat rakyat menyampah bila nak saman doj ni.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 2, 2016 at 7:26 AM

Saya terbaca komen harussaini mufti perak viz 1MDB

Rasa hormat saya keatas beliau KOSONG. Dari dulu lagi saya ragui ilmunya. Saya dah tak percaya pada apa beliau kata waima hal agama sekalipun.

Premise that peguam dari australia mempertikaikan AG US dan ketetapan Apandi yang mengatakan tiada kesalahan atas kes 1MDB bukti orang berlatarbelakang agama belum mencapai status orang berilmu. Tak pandai distinguish between fakta dari auta, realiti dari fantasi dan kebenaran dari kepalsuan. Jelas majlis fatwa adalah satu pembaziran.

Sekarang saya fahami mengapa melayu yang kononnya beragama islam selalu nampak bodoh, ketinggalan zaman dan tiada daya kreativiti dan kepelbagaian kepandaian. Mereka hanya tahu easy money, rasuah, seks, bidadari syurga dan merekalah layak ke syurga.....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 2, 2016 at 10:37 AM

sekarang pun jasa dah buat perjumpaan menjelaskan isu-isu semasa. isu yang dijelaskan secara perjumpaan dengan kakitangan macam paksa untuk dengar mereka sahaja yang betul. tak berani la kakitangan nak tanya lebih.
ada sorang member tu kata, dah baca web 1mdb, dan kata tak ada salah laku dan kehilangan wang. kita pulak kena menyakinkan kawan untuk baca maklumat lain sebelum percaya sebelah pihak. kita kena tanya dan buat soalan beranalisa untuk dia faham. memang dah sarat dah, kerana maklumat sebelah pihak sahaja dan sebelah lagi terasing dan dimaklumkan salah dan jangan percaya. patutnya dengar dan fikir sendiri segala maklumat. patut la ada yang ketinggalan jauh dalam isu 1mdb ni. ada yang seiring, ada yang belum naik lagi, ada yang baru nak gerak, dan ada yang jauh daripada pintu 1mdb. jadi tak salah la kalu bn atau umno nampak masih kukuh sebab kita dok berada dalam kumpulan yang sama, maka cerita jadi kuat. tapi bila berada dalam kumpulan luar isu, cerita tak mula lagi.

Post a Comment