........... Jika MO1 Tidak DiDakwa Di Amerika, Tidak Bermakna MO1 Tidak Terbabit Kesalahan - Hanif Khatri | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Jika MO1 Tidak DiDakwa Di Amerika, Tidak Bermakna MO1 Tidak Terbabit Kesalahan - Hanif Khatri

Monday, August 1, 20162comments



Adakah akan adanya tindakan jenayah yang menyusul daripada tindakan sitaan DOJ ?

Kalau kita melihat kepada dokumen atau Kertas Kausa yang telah difailkan, jelas bahawa pihak siasatan Amerika Syarikat telah melakukan siasatan yang rapi. Dan berpandukan kepada apa yang mereka akan ada atau telah ada, boleh dikatakan tindakan jenayah akan menyusul.

Tapi soalannya adalah - Terhadap siapa ?

Perkara ini masih sukar untuk dijawab oleh kita yang membaca cuma kertas kausa. Sebab ini sajalah dokumen resmi walaupun daripada negara luar tapi daripada agensi siasatan negara luar yang disahkan sebagai sah oleh agensi tersebut.

Kita tidak ada kertas2 siasatan mahupun laporan daripada agensi siasatan negara kita.untuk dibandingkan. Kertas2 siasatan SPRM telah dimajukan kepada TS Apandi Ali yang pada bulan satu tahun ini teah memaklumkan dalam pendapat kebijaksanaan beliau, tiada apa2 unsur2 jenayah  daripada kertas2 siasatan SPRM.

Kertas2 siasatan tersebut adalah dari segi undang2, -  OSA, jadi kita tak boleh lihat apakah kandungan siasatan SPRM. Keduanya, lapuran audit negara berhubung dengan 1MDB telah diklasifikasikan sebagai OSA. Jadi rakyat Malaysia tidak berpeluang untuk melihat kandungan siasatan agensi Malaysia. Apa yang tinggal adalah daripada agensi yang telah menyediakan laporan yang sah. ( DOJ )



KLiK untuk ke Youtube

Pihak Amerika Syarikat, jika pun meneruskan dengan tindakan jenayah, akan meneruskan tindakan jenayah berhubung dengan pihak2 yang terbabit di dalam money laundering atau penyalahgunaan wang ke dalam negara mereka melalui institusi2 kewangan mereka. Undang2 jenayah adalah berpandukan kepada kesalahan yang berlaku antara lain di dalam bidang kuasa masing2.

Kertas kausa DOJ ini menunjukkan asas jenayah itu adalah satu Fraud ataupun penipuan terhadap entiti 1MDB, tapi entiti 1MDB itu berada di Malaysia. Jadi itu adalah bidangkuasa agensi Malaysia untuk mengambil tindakan ...

Yang keduanya, hasil salahlaku itu telah dialirkan keluar ke pelbagai negara sehinggalah mewujudkan proses sitaan ini di Amerika berhubung dengan hasil penyelewengan yang sampai di Amerika. Tindakan jenayah yang akan diambil di Amerika adalah berhubung dengan penyalahgunaan aliran wang atau money laundering yang merupakan jenayah antarabangsa.

Walaupun ada juga maklumat di dalam kertas kausa ini menyatakan aliran masuk wang ke Malaysia, sebagai kickback ataupun rasuah, corruption ... sekali lagi, itu di dalam bidang kuasa Malaysia. Ia tertakluk kepada agensi penyiasatan kita untuk menentukan samada mana2 pihak telah salahlaku dalam isu rasuah atau kickback dan tindakan untuk diambil terhadap mereka.

Adakah Amerika boleh mengambil tindakan berhubung dengan fraud 1MDB, di Amerika Syarikat ? Bolehkah negara Amerika ambil tindakan tentang corruption dan kickback yang berlaku di Malaysia, di Amerika ? Jawapan ringkas - Tidak.

Berhubung dengan money laundering, Ya. Sesiapa yang dari siasatan mereka dapati terlibat samada secara terus atau membantu dari segi apa cara sekalipun dalam aliran wang salah tersebut, boleh dan akan dituduh oleh pihak agensi kerajaan Amerika Syarikat di Amerika Syarikat. Itu sahaja.

Jadi sekiranya ada mana2 pihak khusus yang dinamakan di dalam kertas kausa DOJ ini, samada 1MDB, Officer 1.2.3 mahupun Malaysian Official 1, tidak dituduh di Amerika Syarikat, itu adalah cuma berhubung dengan Money Laundering exercise, aliran wang salah ke Amerika Syarikat. 

Ini tidak bermaksud bahawa pegawai2 tersebut jika tidak dituduh, tidak terbabit di dalam fraud mahupun kickback. 

Perkara ini harus difahami di tahap ini sebab kita tidak tahu. Kita tidak tahu maklumat lengkap kertas siasatan bebas daripada kertas kausa DOJ ini. Itu terserah kepada budibicara dan kebijaksanaan agensi DOJ dan agensi lain di Amerika.



PS - Baca/tonton juga bahagian pertama - 


Hanif Khatri - Definasi2 Malaysian Official 1 Jelas Merujuk Kepada Najib !


Bahagian Ketiga - 

Kes DOJ Beri Maklumat Baru , AG kena buka balik siasatan - Hanif Khatri

Share this article :

+ comments + 2 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 1, 2016 at 6:53 PM

Betul jugak.. macam mana DOJ nak prosecute bila 1MDB kata takde orang curi harta dia. So DOJ cuma sita harta dan tunggu tindakan dari Malaysian authorities.

Selagi Jibby in power selagi tu kes ni takkan masuk mahkamah Msia. Waiting game.. until Malaysians remove Jibby from power. Hemmm....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 1, 2016 at 8:32 PM

sekarang dah ada perjumpaan untuk pusing fakta kepada kakitangan awam terutama yang berpangkat. ini bertujuan agar kasi tahu anak buah tak ada salah yang jibo buat, semuanya salah faham, rekaan dan fitnah. bukti berdasarkan air liur sahaja.

Post a Comment