........... Jangan Hipokrit - Depan Laung Untukmu Malaysia, Belakang Kebas Duit Negara ! - Mukhriz | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Jangan Hipokrit - Depan Laung Untukmu Malaysia, Belakang Kebas Duit Negara ! - Mukhriz

Tuesday, August 16, 20164comments


BERSATU juga komited untuk memperkasa agenda memerangi rasuah dan salah guna kuasa untuk mewujudkan amalan tadbir urus yang baik dan pemerintahan yang bersih, beramanah dan berintegriti. Ini adalah kelemahan utama pentadbiran Najib. Rasuah bermaharajalela, penyelewengan berleluasa dan pecah amanah menjadi amalan biasa.


Inilah yang menyebabkan kerajaan pimpinan beliau tidak popular dan amat tidak disenangi oleh rakyat. Jadi, untuk menutup segala kerosakan yang telah dilakukan oleh beliau, maka Najib memainkan sentimen anti-DAP dengan harapan orang Melayu akan berasa takut untuk menyokong parti selain daripada UMNO, dan menerima kepimpinan beliau yang terpalit dengan skandal rasuah.

Sudah-sudahlah. Saya yakin orang Melayu tidak mudah terpengaruh dengan tipu daya Najib dan konco-konconya. Saya tahu orang Melayu walaupun mereka diam, tetapi mereka bijaksana. Masakan mereka boleh menerima dengan hati terbuka sejumlah RM4 billion wang negara dileburkan oleh orang-orang yang rapat dengan Najib, termasuk anak tirinya sendiri, di Amerika Syarikat. Malah seorang yang dinamakan “Malaysian Official Number One” yang gambarannya tidak ubah seperti Najib terlibat secara langsung dalam kecurian wang negara berjumlah berbillion ringgit yang digunakan untuk membeli hartanah mewah dan membiayai gaya hidup berfoya-foya orang-orang tertentu, termasuk membayar hutang judi. Jumlah RM4 bilion ini hanyalah sebahagian daripada RM14 bilion (USD 3.5 bilion) wang 1MDB yang dilaporkan hilang oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat.

Apa yang telah terjadi dengan wang sebanyak ini? Adakah ia diterima oleh orang Melayu? Jawapannya sama sekali tidak! Sebaliknya, ia telah dibelanjakan sesuka hati oleh Jho Low, Riza Aziz (anak tiri Najib) dan kawan-kawannya untuk membiayai gaya hidup mewah mereka, termasuk menaja pembikinan sebuah filem Hollywood. Malah menurut laporan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat, sejumlah RM2.6 billion dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib!

Jika Najib seorang yang berani dan ingin membersihkan namanya, beliau seharusnya menyahut cabaran Tun Dr Mahathir untuk berdebat. Tidak perlulah Najib cuba mengalih perhatian rakyat dengan menyalahkan pihak lain. Usah berselindung dan berdolak dalih lagi.

Kenyataan penuh Muhyiddin -


BERSATU MENGANGKAT MARUAH MELAYU

Tidak sampai seminggu saya mengemukakan permohonan kepada Pejabat Pendaftaran Pertubuhan Malaysia untuk menubuhkan BERSATU, serangan terhadap parti yang belum lagi ditubuhkan ini datang bertalu-talu daripada pemimpin UMNO. Terbaharu ialah daripada Presiden UMNO sendiri, Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak.

Ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kota Tinggi, Najib mempersoalkan keupayaan BERSATU untuk membela nasib orang Melayu kerana hubungan parti ini dengan DAP. Katanya, kerjasama BERSATU dengan DAP tidak akan memberi manfaat kepada orang Melayu.
Aneh juga sebuah parti yang belum lahir ini mendapat perhatian dari Najib. Parti ini belum ada ahli dan tidak ada cawangan. Ia hanyalah parti serpihan umpama parti nyamuk.

Belum apa-apa lagi Najib telah melompat. Orang putih kata “jump the gun”. Bagimana Najib boleh bercakap mengenai kerjasama antara sebuah parti yang belum ditubuhkan dengan DAP? Malah dia mengandaikan bahawa kerjasama itu tidak akan menguntungkan orang Melayu. Ini adalah satu kenyataan yang amat tidak bertanggungjawab dan pra-matang.

Namun, saya sedia maklum bahawa inilah taktik kotor yang akan digunakan oleh Najib dan konco-konconya untuk menakut-nakutkan orang Melayu. DAP bakal dijadikan “hantu” yang paling menggerunkan orang Melayu untuk mengalihkan perhatian orang Melayu daripada segala kesalahan dan kemungkaran Najib. Mereka akan terus berkata bahawa DAP adalah musuh utama orang Melayu sambil mengajak orang Melayu untuk terus mempertahankan Najib yang terpalit dengan skandal kewangan paling buruk dalam sejarah bangsa Melayu!

Jika Najib ragu-ragu dengan perjuangan BERSATU untuk membela orang Melayu, saya cadangkan supaya beliau berhubung dengan pejabat Pendaftaran Pertubuhan Malaysia untuk mendapatkan senaskhah Perlembagaan BERSATU yang telah kami serahkan semasa proses permohonan pendaftaran parti ini. Daripada 13 matlamat dan tujuan BERSATU, tiga yang teratas ialah menegakkan Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan menghormati hak orang bukan Islam untuk menganut dan mengamalkan agama masing-masing secara aman dan harmoni; menjunjung kemuliaan dan kedaulatan institusi Raja-Raja Melayu; dan mempertahankan kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak dan hak-hak yang sah untuk semua kaum.

BERSATU juga komited untuk memperkasa agenda memerangi rasuah dan salah guna kuasa untuk mewujudkan amalan tadbir urus yang baik dan pemerintahan yang bersih, beramanah dan berintegriti. Ini adalah kelemahan utama pentadbiran Najib. Rasuah bermaharajalela, penyelewengan berleluasa dan pecah amanah menjadi amalan biasa.

Inilah yang menyebabkan kerajaan pimpinan beliau tidak popular dan amat tidak disenangi oleh rakyat. Jadi, untuk menutup segala kerosakan yang telah dilakukan oleh beliau, maka Najib memainkan sentimen anti-DAP dengan harapan orang Melayu akan berasa takut untuk menyokong parti selain daripada UMNO, dan menerima kepimpinan beliau yang terpalit dengan skandal rasuah.

Sudah-sudahlah. Saya yakin orang Melayu tidak mudah terpengaruh dengan tipu daya Najib dan konco-konconya. Saya tahu orang Melayu walaupun mereka diam, tetapi mereka bijaksana. Masakan mereka boleh menerima dengan hati terbuka sejumlah RM4 billion wang negara dileburkan oleh orang-orang yang rapat dengan Najib, termasuk anak tirinya sendiri, di Amerika Syarikat. Malah seorang yang dinamakan “Malaysian Official Number One” yang gambarannya tidak ubah seperti Najib terlibat secara langsung dalam kecurian wang negara berjumlah berbillion ringgit yang digunakan untuk membeli hartanah mewah dan membiayai gaya hidup berfoya-foya orang-orang tertentu, termasuk membayar hutang judi. Jumlah RM4 bilion ini hanyalah sebahagian daripada RM14 bilion (USD 3.5 bilion) wang 1MDB yang dilaporkan hilang oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat.

Apa yang telah terjadi dengan wang sebanyak ini? Adakah ia diterima oleh orang Melayu? Jawapannya sama sekali tidak! Sebaliknya, ia telah dibelanjakan sesuka hati oleh Jho Low, Riza Aziz (anak tiri Najib) dan kawan-kawannya untuk membiayai gaya hidup mewah mereka, termasuk menaja pembikinan sebuah filem Hollywood. Malah menurut laporan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat, sejumlah RM2.6 billion dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib!

Ini hanyalah secebis daripada wang 1MDB yang asalnya berjumlah RM42 bilion yang dipinjam daripada pelbagai institusi kewangan dalam dan luar negara. Jumlah tanggungan 1MDB kini meningkat kepada lebih RM50 bilion. Sebahagian besar wang ini tidak dapat dikesan dan kemungkinan juga telah lesap.

Adakah orang Melayu akan melupakan semua ini dan memaafkan Najib dan konco-konconya? Tentu sekali tidak. Amat malang jika Najib berfikiran begitu. Beliau sebenarnya memandang rendah nilai, budaya dan maruah orang Melayu. 

Jika Najib seorang yang berani dan ingin membersihkan namanya, beliau seharusnya menyahut cabaran Tun Dr Mahathir untuk berdebat. Tidak perlulah Najib cuba mengalih perhatian rakyat dengan menyalahkan pihak lain. Usah berselindung dan berdolak dalih lagi.

Saya yakin orang Melayu yang tinggi adab dan tatasusilanya akan bangkit bersatu secara terhormat untuk menentang kemungkaran Najib dan pentadbirannya yang telah merosakkan maruah bangsa dan negara. Saya percaya masa untuk mengembalikan maruah bangsa dan negara yang kian tercalar telah tiba. Masanya ialah sekarang!

Bersatulah demi menyelamatkan Malaysia!


YB TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
Presiden Penaja
BERSATU



Jangan hipokrit, laungkan "Untukmu Malaysia" tapi curi duit negara - Mukhriz


7) Adakah skandal 1MDB ini berpunca daripada bekas-bekas pemimpin UMNO yang dikatakan kecewa itu? Tidak! Skandal ini muncul apabila Najib sendiri membuat keputusan-keputusan mengenai pelaburan 1MDB berjumlah puluhan bilion ringgit, yang kini didakwa oleh penyiasat-penyiasat agensi kerajaan asing seperti Singapura, Switzerland, Amerika Syarikat, Hong Kong, United Kingdom dan lain-lain sebagai skim pengubahan wang haram terbesar di dunia. Sudah terang, masakan mahu bersuluh. Najib sendiri yang mengaibkan negara, bukan Tun Mahathir atau Tan Sri Muhyiddin.

9) Memang kita selalu mengharapkan Rakyat bersatu tetapi kebersatuan itu mestilah untuk kebaikan, bukannya untuk kemungkaran. Adakah kita kena bersatu untuk menghalalkan jenayah? Adakah kita perlu bersatu dan terus menyokong pemimpin secara buta tuli jika dia disyaki pecah amanah dan menyeleweng harta Rakyat? Adakah kita perlu berpegang kepada prinsip bahawa kepentingan Melayu mengatasi segalanya termasuk apabila pemimpin Melayu melakukan kesalahan yang memalukan bangsanya sendiri?  

14) Rakyat meluat dengan komen-komen tidak masuk akal kononnya tindakan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat menyiasat 1MDB itu satu usaha untuk membunuh Melayu. Siapa sebenarnya yang begitu akrab dengan Presiden Amerika? Siapa yang berselfie dengan Presiden Obama dan bermain golf dengannya kalau tidak Najib Razak? Hentikan semua ungkapan-ungkapan yang memperbodohkan Rakyat.

Kenyataan penuh Mukhriz 16/8/2016

1) Di musim Mesyuarat Agung Tahunan UMNO Bahagian serata negara, macam-macam perkara diperkatakan oleh pemimpin-pemimpin UMNO sewaktu merasmikan mesyuarat. Ada yang berpesan supaya ahli-ahli UMNO terus taat dan setia kepada pemimpin, mesti kukuhkan perpaduan antara ahli, wajib pertahankan pemimpin dan parti daripada anasir yang berusaha untuk menjatuhkan Perdana Menteri "yang dipilih secara demokratik".

2) Tidak kurang juga yang menyatakan bahawa tanpa UMNO dan pemimpinnya maka negara ini akan hancur, Melayu akan ditindas, Malaysia tidak lagi akan dihormati seantero dunia.

3) Pihak yang menentang Najib Razak dianggap pengkhianat yang ingin menghancurkan UMNO, cuba membawa campur tangan asing dalam urusan domestik, dan sanggup menggadai masa depan negara "yang dikagumi orang asing".

4) Parti baharu, Bersatu, didakwa diketuai oleh pemimpin-pemimpin UMNO yang kecewa. Maka dengan itu, dikatakan Bersatu akan menjejaki nasib Semangat 46. Bersatu dikatakan rasis kerana hanya terbuka keahliannya kepada masyarakat Pribumi, tetapi pada masa yang sama ianya juga dituduh sanggup "bersekongkol dengan musuh Melayu" iaitu DAP yang dituduh anti-Islam. Yang mana satu?

5) Yang perlu disedari ialah bukankah Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri, Najib Razak, yang mengakui menerima duit berjumlah RM2,600 juta bagi pihak UMNO kononnya dari Putera Raja Arab Saudi? Tidakkah tindakan ini yang perlu dianggap sebagai campur tangan asing? Tidakkah perkara ini yang menjejas imej UMNO dari aspek integriti?

6) Bukankah 1MDB, anak syarikat Kementerian Kewangan cetusan idea Najib, yang melesapkan puluhan ribu juta ringgit - duit pinjaman yang asalnya dijamin oleh Kerajaan BN yang bebanan hutang itu kini diambilalih dari 1MDB oleh Kementerian Kewangan? Dari mana sumber kewangan Kerajaan untuk membayar hutang puluhan bilion ringgit ini kalau tidak antara lain dari cukai GST yg dikutip daripada Rakyat?

7) Adakah skandal 1MDB ini berpunca daripada bekas-bekas pemimpin UMNO yang dikatakan kecewa itu? Tidak! Skandal ini muncul apabila Najib sendiri membuat keputusan-keputusan mengenai pelaburan 1MDB berjumlah puluhan bilion ringgit, yang kini didakwa oleh penyiasat-penyiasat agensi kerajaan asing seperti Singapura, Switzerland, Amerika Syarikat, Hong Kong, United Kingdom dan lain-lain sebagai skim pengubahan wang haram terbesar di dunia. Sudah terang, masakan mahu bersuluh. Najib sendiri yang mengaibkan negara, bukan Tun Mahathir atau Tan Sri Muhyiddin.

8) Kes dan pendedahan inilah yang menghakis kepercayaan Rakyat terhadap Kerajaan BN. Orang Melayu semakin meluat dengan penipuan demi penipuan serta putar-belit dalam propaganda yang dicanang agensi-agensi BN seperti JASA, tim cytro Pejabat Perdana Menteri dan lain-lain wakil NGO upahan mereka. Masyarakat dunia terkejut dengan kemerosotan kewibawaan dan kehebatan Malaysia yang dahulunya dikagumi ramai. Ini semua bukan salah golongan yang menentang Najib dan konco-konconya. Tiada sesiapa melainkan Najib yang perlu dipersalahkan.

9) Memang kita selalu mengharapkan Rakyat bersatu tetapi kebersatuan itu mestilah untuk kebaikan, bukannya untuk kemungkaran. Adakah kita kena bersatu untuk menghalalkan jenayah? Adakah kita perlu bersatu dan terus menyokong pemimpin secara buta tuli jika dia disyaki pecah amanah dan menyeleweng harta Rakyat? Adakah kita perlu berpegang kepada prinsip bahawa kepentingan Melayu mengatasi segalanya termasuk apabila pemimpin Melayu melakukan kesalahan yang memalukan bangsanya sendiri? Adakah permusuhan UMNO terhadap DAP itu menjadi pegangan hidup kita walaupun seringkali parti-parti komponen BN seperti MCA dan Gerakan juga berpendirian sama dengan DAP mengenai isu-isu yang sensitif kepada Melayu dan Muslim?

10) Rakyat menjadi saksi bagaimana seorang Timbalan Presiden UMNO yang telah dipilih secara sah oleh perwakilan parti telah digugurkan jawatan tanpa mengikut proses yang termaktub dalam perlembagaan parti. Najib menganggap dirinya dipilih sebagai Presiden parti dan Perdana Menteri melalui proses demokrasi, walhal tiada yang bertanding melawannya dalam pemilihan UMNO, dan dia diangkat sebagai PM atas jawatannya sebagai Presiden parti yang memenangi kerusi Parlimen yang terbanyak. Rakyat tidak memilihnya secara langsung seperti yang berlaku bagi pemilihan Presiden di Filipina dan Amerika Syarikat.

11) Namun, Najib tetap menuduh pemimpin-pemimpin penaja Bersatu cuba menjatuhkannya secara tidak demokratik. Malah pemimpin muda yang tiada apa bakti terhadap Rakyat tergamak mendakwa tiga Tan Sri bekas-bekas ketua agensi penting Kerajaan berkomplot untuk menjatuhkan Najib. Tetapi pada waktu yang sama, Najib sendiri yang ambil tindakan memecat pemimpin Kerajaan, buang dari parti, lumpuhkan siasatan terhadapnya, buang saya sebagai Menteri Besar, dan lain-lain lagi. Adakah itu demokrasi namanya?

12) Sebenarnya saya sangat rela melepaskan jawatan dalam UMNO dan Kerajaan kerana tidak sanggup dilihat bersekongkol dan mendokong kebathilan yg dilakukan oleh Najib. Malu..Malu...Malu yg teramat sangat saya rasai bila satu dunia ini menonton sidang akhbar Peguam Negara Amerika Syarikat mengaitkan Najib dengan kes pengubahan wang haram pada skala yang belum pernah berlaku di dunia - dan kita semua bagaikan tergamam dan tidak terdaya untuk melakukan sesuatu untuk menyelamatkan keadaan. Tidak sesiapa yang mengkagumi Malaysia ketika ini seperti yang didakwa sesetengah pemimpin UMNO.

13) Cukuplah dengan penipuan. Sudah-sudahlah dengan tindakan-tindakan untuk melumpuhkan kewibawaan jabatan-jabatan dan agensi-agensi Kerajaan. Hentikan serta-merta semua penyelewengan oleh anak tiri Najib, Riza Aziz dan rakan karib Najib, Jho Low, yang menyalahgunakan duit pinjaman tanggungan Kerajaan untuk berjudi, beli rumah mewah di merata tempat, dan hidup berfoya-foya membelanjakan wang Rakyat dengan boros ketika Rakyat terpaksa menanggung GST untuk beli lampin pakai buang dewasa. Cukuplah dengan kenyataan-kenyataan bodoh sombong melabel sesiapa juga yang mengkritik Najib sebagai gunting dalam lipatan yang patut tinggalkan UMNO.

14) Rakyat meluat dengan komen-komen tidak masuk akal kononnya tindakan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat menyiasat 1MDB itu satu usaha untuk membunuh Melayu. Siapa sebenarnya yang begitu akrab dengan Presiden Amerika? Siapa yang berselfie dengan Presiden Obama dan bermain golf dengannya kalau tidak Najib Razak? Hentikan semua ungkapan-ungkapan yang memperbodohkan Rakyat.

15) Sempena bulan Merdeka ini, saya harap semua pihak bertekad untuk lakukan yang baik demi negara. Jangan hipokrit, laungkan "Untukmu Malaysia" tapi curi duit negara. Kalau kita sayangkan negara, bersamalah dengan kami dalam Bersatu setelah ianya diluluskan pendaftarannya oleh pihak Pendaftar Pertubuhan. Buanglah sifat taksub kepada pemimpin yang terbukti tidak amanah. Selamatkan Malaysia sebelum terlambat. Jangan biarkan kemungkaran berleluasa. Jangan benarkan rasuah menjadi budaya. Kita semua berhak ke atas keadaan yang jauh lebih baik dari apa yang kita hadapi sekarang. Yang diperlukan ialah langkah pertama ke arah kejayaan yang membawa berkat, Insha'Allah.

Share this article :

+ comments + 4 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 16, 2016 at 4:43 PM

Bravo DS Mukhriz, belajarlah ilmu agama dan politik sebaik-baiknya daripada Ayahanda Tun Mahathir moga legasi kecemerlangan iman dalam mentadbir negara dapat diteruskan. Jangan jadi cam nasib Tun Razak yang mana segala kebaikan yang telah beliau lakukan semasa hayatnya akhirnya tercemar oleh nafsu serakah anak sendiri.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 16, 2016 at 7:15 PM

TMY 2.6b tu najib dpt dermalah..hahaha
Bkn pak arab bg tp 1mdb derma..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 16, 2016 at 7:32 PM

Pokok utama buang najib dulu baru nak pikir pasal dap ke apa, selagi najib duk atas umno tak yah sembang retorik lah sekarang kerana seorang yang bergelar najib seluruh bangsa melayu di pandang hina dina sudah mula kedengaran melayu itu perasuah perompak pembohong pengecut dan bermacam2 gelaran burok lagi diberi keatas bangsa melayu semuanya gara2 dia, kenapalah dia ni bergelar melayu? merosakkan nama bangsa saja.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 16, 2016 at 8:24 PM

Menadah tangan berdoa selamatkan Malaysia - but at the same time do just about anything to lead Malaysia to armageddon!

These are shameless people.

What have we done O Allah swt to have them as our leaders?

And these very people are also the ones who behave as if they can never be patriots like them in the country! And on August 31st you can see them shouting the loudest about Malaysia, Malaysia, Malaysia the land they love so very much and for which they are ever willing to die for.

Munafik, they are.

Post a Comment