........... DOJ US Vs AG Malaysia - FAKTA Lawan CAKAP KOSONG | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

DOJ US Vs AG Malaysia - FAKTA Lawan CAKAP KOSONG

Wednesday, August 3, 20165comments

Pejabat Peguam Negara ( AG ) ada mengeluarkan senarai 17 soalan di dalam laman webnya ( KLiK ) bagi menjelaskan isu DOJ. Saya copypaste kan soalan dan jawapan no 17 yang pihak AG berikan. Kalau baca sepintas lalu pun kita dapat rasakan yang pejabat AG menjawab bagi pihak Najib.




Dakwaan dari DOJ cuma menyebut Malaysian Official 1 tapi kenapa pihak AG dalam jawapannya merujuk kepada Akaun Peribadi Najib ? Akaun Khas Presiden ? Tujuan politik ? 

Bersungguh benar pejabat AG menjawab bagi pihak Najib dalam jawapan di atas ..... Adakah AG tanpa sedar telah mengaitkan Malaysian Official 1 dengan Najib ?

Di bawah turut diperincikan 3 pemindahan wang yang disebut oleh DOJ serta penjelasan dari pihak AG ..... Jawapan2 AG semuanya merujuk kepada akaun Najib !

Walaupun nama Najib tidak disebut tapi SIAPA LAGI KALAU BUKAN NAJIB ?





Melalui jawapan di atas, kita dapat rumuskan bahawa bukti yang dipegang oleh AG bagi mempertahankan Najib adalah -

1 - Surat dari penderma

Wow ! Penyata2 Bank dan segala dokumen transaksi  VS  Surat dari Penderma dan pada AG, Surat Penderma itu mengatasi segala bukti2 lain !

Bagaimana kalau Surat Penderma itu adalah surat palsu ? Yang sengaja direka untuk menunjukkan kononnya wang yang diterima itu adalah derma ? 

2 - Pertemuan SPRM dengan keluarga penderma ( kerabat diraja Arab )

Yang ini saya harap pihak SPRM dapat tampil beri penjelasan tentang pertemuan itu. 

Mengambilkira apa yang didedahkan oleh pihak DOJ tentang pergerakan dana yang berasal dari 1MDB hingga masuk ke akaun Najib, adalah penting untuk diyakin kepada rakyat Malaysia bahawa semua itu tidak benar. Rakyat Malaysia perlu yakin bahawa Penderma itu WUJUD dan lebih baik kalau dapat ditunjukkan pula aliran wang dari pihak penderma kepada akaun Najib untuk dibandingkan dengan aliran wang yang ditunjukkan oleh DOJ.

Dari situ kita dapat pastikan SUMBER ASAL wang itu .... adakah dari 1MDB atau dari akaun Penderma.

Mengambilkira apa yang telah didedahkan DOJ, tidak cukup dengan hanya kenyataan bahawa SPRM telah berjumpa Penderma. Mungkin saja Penderma itu seorang Penipu yang berlakon sebagai Penderma. 

Rakyat perlu diyakinkan dengan Bukti Kukuh ( Hard Evidence ) bukan sekadar cerita tanpa bukti.


Dakwaan DOJ bahawa duit itu berasal dari 1MDB adalah berlawanan sama sekali dengan kewujudan penderma. Salah satu pihak telah bercakap tidak benar. DOJ atau SPRM / AG ?



2 - Kenyataan Menteri Luar Arab

Menteri Luar Arab TIDAK ADA beri sebarang kenyataan yang jelas tentang kewujudan penderma itu. Kenyataan beliau terbuka kepada pelbagai tafsiran pro dan con. 

Apakata kita minta Menteri Luar Arab itu atau mana2 pegawai resmi bagi mewakili kerajaan Arab supaya mengeluarkan satu kenyataan yang JELAS DAN TANPA BOLEH DIRAGUI akan kewujudan Penderma dan sumber dana dari Arab itu.

Contohnya - Ya, kami sahkan Penderma itu wujud dan namanya ...... dan kami sahkan dana itu merupakan derma.

Kerajaan Arab Saudi turut dilibatkan dalam jawapan AG di atas seperti tertulis - Pengetahuannya adalah berdasarkan kepada aturan tahun-tahun sebelum itu yang dibuat dengan kerajaan Arab Saudi di mana derma politik disalurkan ke akaunnya untuk kegunaan parti.


3 - Derma politik 

Setakat ini TIDAK ADA BUKTI ditunjukkan yang dana2 itu diberikan untuk tujuan politik. Apa yang ada cuma CAKAP2 KOSONG. 

Malah akaun Umno sendiri tidak ada menunjukkan sebarang pemindahan masuk wang dari sumbangan Presiden.

So, mana buktinya yang dana yang telah digunakan itu sebenarnya digunakan bagi tujuan politik ?

Apa yang tersebar dalam media hanyalah perbelanjaan mewah melampau kedua pasangan Najib Rosmah dan anak mereka Reza.

Rakyat perlukan BUKTI KUKUH ( Hard Evidence ) bukan cakap2 kosong.


Dakwaan DOJ bahawa duit itu berasal dari 1MDB adalah berlawanan sama sekali dengan kewujudan penderma. Salah satu pihak telah bercakap tidak benar. Wang Songlap atau Derma Politik ?



Satu lagi yang tidak disebut adalah pengakuan dari Zahid Hamidi yang berkata beliau ada menemui keluarga penderma. Tapi kenapa setelah 2 minggu berlalu sejak kes DOJ ini, Zahid langsung tidak tampil untuk mempertahankan cerita pertemuannya dengan keluarga penderma ?

Dakwaan DOJ bahawa duit itu berasal dari 1MDB adalah berlawanan sama sekali dengan kewujudan penderma. Salah satu pihak telah bercakap tidak benar. DOJ atau Zahid ?


Kerajaan tidak boleh salahkan rakyat yang buat pebagai tafsiran negatif susulan pendedahan DOJ itu. Di satu pihak ( DOJ ), dakwaan mereka disertakan dengan bukti2 kukuh serta jelas didedahkan pengaliran dana ( money trail ) sementara di satu pihak lagi ( pro Najib ), apa yang diberikan cuma CAKAP2 KOSONG yang tidak disertakan sebarang bukti kukuh.

Hanya satu saja cara untuk menangani isu ini iaitu dengan FAKTA.

Biarlah FAKTA LAWAN FAKTA ...... bukannya FAKTA LAWAN CAKAP KOSONG.

Share this article :

+ comments + 5 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Sokong Najib
August 3, 2016 at 2:29 PM

Bang Din.

Zagid diam sebab dia pun nak konflik ini dapat jatuhkan najib. Sapa tak mau oiii jadi PM, tambah pula Zahid Komedi...

Bertambah ramai la Bangla kat Malaysia... entab2 menantu baru dia pun org bangla juga nanti..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 3, 2016 at 2:31 PM

dalam isu ini, pihak ag telah menggunakan cara orang melayu dahulu iaitu menggunakan rujukan sastera sejarah melayu. bukti tak perlu, air liur dah cukup bagus. bukti hanya untuk sejarah orang maju, sastera untuk malaysia dan rakyatnya terutama ahli umno.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 3, 2016 at 2:59 PM

Zahid mmg penipu. Sebab tu takleh carimakan dlm pkr dulu. Then masuk umno, tipu sana tipu sini last2 bleh jd org nom dua sebelah ketuanya juga seorang penipu besar. Jadi tak salahlah kalau org kata umno ni dipenuhi org yg penipu. Imdb jadi perungkai satu persatu dosa tersimpan. Tp masih jugak ada penipu yg tgh ambik kesempatan mengisi karung sendiri.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 3, 2016 at 4:08 PM

Ini FAKTA Lawan AUTA lar.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 3, 2016 at 5:01 PM

AG bagi bukti berdasarkan hearsay mahkamah pasir berdengung pun akan tolak bukti berdasarkan cakap dengar yang sewenang wenang berubah2 sesedap rasa manakala bukti pihak doj siap dengan bank statement butiran money trail dari satu akaun ke akaun bank yang lain. Kerana itu ag & pihak kerajaan najib tidak berani pertikai bukti di pihak doj sebaliknya mereka lebih gemar kondem doj kenapa sibuk dengan urusan hal malaysia.

Bro din turtle ulas sikit tentang saman arbitration ipic terhadap 1mdb dato jo cakap dia yakin 1mdb boleh menang kes tu hahahaha

Post a Comment