........... Dialog Yang Tak Ingin Kita Dengar Dari Anak2 ..... Angkara Najib, 1MDB dan Jho Low | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Dialog Yang Tak Ingin Kita Dengar Dari Anak2 ..... Angkara Najib, 1MDB dan Jho Low

Thursday, August 4, 201610comments

Waaaahhh ... sedapnyaaaa ..... cokelat mahaaaaal.... nak sikit
Nah, ambillah... banyak lagi aku ada.

Hei, mana ko dapat duit banyak ? Ko biasa mana ada duit
Eleh, aku balik sekolah tadi aku jumpa duit atas jalan. Aku ambillah

Fuyooooooo ... berapa ?
100

Waaaaah ....... Banyaknya ! Kat mana ? Kat mana ?
Kat parking cikgu

Entah2 duit cikgu mana2 yang jatuh tak ? Salah tu ... berdosaaaa ....
Sapa kata salah ? Mana ada berdosa ?

Cikgu cakap, kalau jumpa duit, kita kena tanya dulu siapa yang ada hilang duit. Mana boleh pakai ambil terus. Entah2 duit cikgu tercicir tak ? Salah ko ambik. Polis boleh tangkap tau !
Apa pulak polis tangkap ? Hari tu aku dengar Cikgu Bijan cakap kat Cikgu Asmah kat bilik guru, dia kata AG kata kalau kita jumpa duit, kalau kita tak tahu siapa punya atau siapa yang bagi, kita boleh belanja. Tak salah.

Tapi ko kena cari dulu kot2 ada sapa2 yang hilang duit....
Tak payah susah2 tanya .... cikgu Bijan cakap AG cakap kita boleh belanja duit tu. Tak payah tanya siapa punya. Tak payah bayar balik pun !

E-eh, siapa AG ?
Entah .... monster kot

Tapi .... kan Ustaz ada kata, kalau kita ambil duit yang bukan kita punya, hukumnya haram
Apa pulak ? Kalau aku jumpa maknanya dah jadi duit aku la. Kenapa haram pulak ?

Tapi Ustaz kata haram !
Tapi Cikgu Bijan kata Mufti kata kalau AG kata tak salah, Mufti pun kata tak salah

Tapi .....
Sapa lagi besar ....  Ustaz ke Mufti ?

Mufti lah ..... aaa....Mufti tu sapa ?
Tu ... yang sebut bila nak Raya tu ....

Ooooo .... Mufti la lagi besar sebab dia boleh cakap bila nak Raya. Ustaz tak boleh
Ustaz kalau nak jadi Mufti, Ustaz kena ambil periksa dulu. Kalau pass baru boleh jadi Mufti. Mufti lah lagi besar !

Ustaz tipu lah ....
Isssh tak baik cakap Ustaz tipu. Ustaz tak tahu kot. Belum ambil periksa

Meh aku satu coklat .... hmmm .... Maknanya kalau aku jumpa duit kat rumah, maknanya aku bolehlah ambil ?
Bolehlah kot .. Cikgi Bijan kata AG kata kalau jumpa duit, tak perlu tanya siapa punya atau siapa bagi. Kita jumpa makna kita punya lah !

Ehhh ... tu Cikgu Asmah datang kan ?
Eh, kenapa muka cikgu Asmah cantiklah ... biasa hodoh tak berapa cantik

Cikgu Bijan kata Cikgu Asmah kata semalam dia ambil Nyut Nyut
Oooooo..... Cantik nya .....

Share this article :

+ comments + 10 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 4, 2016 at 3:18 AM

different outlook bro din, but u still make your way home.. nice read..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 4, 2016 at 3:25 AM

Tak cukup pedas dan tidak panas...apa lagi bau hanyir....sebab apa yang aku nampak keturunan lanun-bugis dia dah lali buat bodoh selamber-badak..tuh yang mujarab sangat pakai nyut nyut kelihatan sangat muka seposen!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 4, 2016 at 7:53 AM

Salam hari khamis dan 1 dzulqaidah.

Ustaz saya sekolahkan saya erti fitnah apabila menerima, membaca satu satu maklumat, baik bertulis, perkhabaran dsbnya. Dalam ertikata lain khususperiksa kesahihannya, bukan terima bulat2 walaupun yang punya berita atau perkhabatan itu seorang profesor, ulamak, pihak berkuasa dan lain2.

Perbualan rekaan diatas telahmenyedarkan saya betapa lemahnya dan bodohnya manusia walaupun bertaraf mufti.

Terkini, harussaini telah memperlekehkan rintihan rakyat mengenai keperluan "fatwa" bagi kes 1MDB (heist of the century). Beliau dengan confident srkali katakan peguam dari australia itu mengatakan DOJ salah dan mengiyakan keputusan dibuat oleh Apandi Ali as qutanic truth. Saya amat yakin 100% harussaini ini langsung tak faham perkhabaran atau berita ini namun berani mengiyakannya. Bukan fitnahkah?

Sebab itu dari dulu lagi saya memang tak yakin dengan 2 individu yang kononnya ulama...harussaini dan fathul bari. Ingatlah nasib kita umat melayu islam di makaysia bukan bergantung atas budibicara harussaini atau fathul bari. Allah swt maha mengetahui dan maha kuasa.

Kita tunggu dan lihat apa akan terjadi atas

1. Tindakkan DOJ
2. Kes mahkamah yang challenging the powers and decisions of Apandi Ali viz all 1MDB related issues.

Laillahailla anta subhanakainni kuntuminazzalimiin

....................
Reply To This Comment ...................
Man dego
August 4, 2016 at 8:09 AM

... tapi kat austolian ... amoi tu jumpa duit dlm ac dia
... lain ceritanya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 4, 2016 at 10:29 AM

Kawan aku kena aritu dia cek duit gaji dia dlm akaun tengok2 ada duit lebih masuk 3 ribu dia draw beli iphone baru beberapa hari lepas tu pihak bank call minta dia pulangkan balik duit 3 ribu dia bilang duit sudah habis belanja pihak bank bilang duit tu bukan dia punya kawan aku cakap nanti cukup bulan masuk gaji dia bayar pihak bank desak juga kena ganti balik dalam masa 3 hari jika tidak report polis tangkap masuk lokap dia naik kalut terus jual motor untuk bayar balik duit tu sekarang dia naik bas pergi kerja silap besar sepatutnya dia jumpa AG tentu AG akan kata dia tak salah tak perlu lah dia pulangkan balik duit 3 ribu tu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 4, 2016 at 11:00 AM

Tak salah sebab dia tak tau, lepas ni siapa2 yang terima duit kasi belanja saja tak apa jangan takut AG pun kata tak salah sebab tak tau, kalau ada pihak yang tuntut jangan di layan minta call AG saja

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 4, 2016 at 11:38 AM

orang kaya ambik nyut nyut sebab nak jaga imej .. orang miskin kampung minum ketum sebab nak cari rezeki.

persoalanya bukan sebab halal haramnya.. sebab pastinya kebnyakan orang faham. Tapi kenapa selalu ada dua pandangan untuk isu yang sebenarnya sama je.

kalau orang miskin kampung/ atau orang yang tak ternama nada keras selalu digunakan.. kalau depan orang kaya / pemimpin nada macam tak ada bunyi.. sayup sayup je dengar :)

tak kira la ustaz ke mufti ka...

Tapi macam biasala Ahli sunah patuh pemimpin.. Halal haram belakang cerita.

hilang terus amal maruf nahi mungkar :)

saya bukan nak kondem ustaz atau para agamawan.. siapalah saya. cuma tolonglah berkata benar sahaja.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 4, 2016 at 5:10 PM

Nama saja ulamak/mufti tapi suka harta dunia dan pangkat, bersekongkol dgn pemimpin yg penipu, langsung tak takut Allah tapi dia suka takut2 kan kita utk takut dgn Allah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 4, 2016 at 5:27 PM

Pergghhh...menikam kalbu btul cita ko ni din...xsabor aku nak tgk jiyboon-jiyboon bijan nak spin ape lak pasni...

tapi rasenya xdekot jiboon yang nk komen...kali ikut logic dah checkmate dah...

....................
Reply To This Comment ...................
August 4, 2016 at 6:51 PM

Inilah sandiwara dunia
Kehidupan di dunia yang penuh dengan segala tipu daya....,..!!!!

Post a Comment