........... Definasi2 Malaysian Official 1 Jelas Merujuk Kepada Najib ! - Hanif Khatri | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Definasi2 Malaysian Official 1 Jelas Merujuk Kepada Najib ! - Hanif Khatri

Monday, August 1, 20161comments




1 - Kenapa mereka tidak dinamakan secara khusus nama peribadi ? Kerana proceeding atau bentuk ciri permohonan yang diwujudkan adalah berbentuk quasi civil.... yakni sitaan aset yang dipercayai daripada hasil haram, penyelewengan entiti 1MDB.

Atas nama siapakah aset2 itu dibeli ? Nama2 yang didaftarkan sebagai pemilik sajalah yang akan dinamakan. 

Tidak ada aset tersebut yang dimiliki oleh 1MDB, Officer 1,2,3 atau Malaysian Official 1. Oleh itulah nama mereka tidak disebut.


2 - Walaupun nama mereka tidak disebut, definasi frasa tersebut dinyatakan dengan jelas. Perenggan 24-27 memberi definasi Officer 1.2.3 1MDB. Kalau kita baca kita tahu siapa mereka.

Begitu Malaysian Official 1. yang digunapakai frasa tersebut, pelbagai ataupun banyak kali dalam lapuran DOJ ini. Didefinasikan dalam perenggan 28, 29 dan pelbagai perenggan lain sebagai merujuk tidak lain dan tidak bukan kepada Datuk Seri Najib.




KLiK untuk ke Youtube.


3 - Terdapat satu konvensyen antarabangsa, apabila siasatan dilakukan dan jika ianya membabitkan mana2 pemimpin negara lain, selagi pemimpin itu masih memegang kerusi yang dijawatnya ..... maka konvensyen ( adab ) antarabangsa - Nama tidak akan disebut.

Kita janganlah terkejut atau mengatakan kalau nama tidak disebut maka dia tidak terbabit. Kenyataan2 seperti itu yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan atau wakil2 yang mengatakan tidak ada sangkut paut laporan DOJ dengan Malaysian Official 1 sebagai Najib Razak, bagi saya adalah satu penyelewengan fakta.

Dan kita tidak boleh berlaku tidak adil kepada rakyat dengan menyembunyikan fakta yang sebenarnya terkandung dalam DOJ report.

Isunya lain samada kita setuju dengan laporan ini ataupun tidak,. Kalau kerajaan Malaysia tidak bersetuju, maka tindakan boleh diambil terhadap DOJ. Kalau kita hendak kata siasatan itu tidak sah, maka kita boleh lakukan siasatan kita.

Dan dedahkan siasatan yang pernah dibuat sebelum ini tentang perkara tersebut.

                                          
                                                    ***************************

Pelbagai usaha sedang dilakukan oleh cai2 Najib supaya rakyat tidak sabitkan Najib dengan Malaysian Officer 1 atau memperlekehkan tindakan DOJ. 

Jika merasakan tindakan DOJ itu tidak adil, kenapa kerajaan Malaysia tidak protes kepada kerajaan Amerika ?

Kenapa perlu berusaha menafikan identiti Malaysia Official 1 adalah Najib kalau waktu sama mereka mendakwa Najib tidak terlibat pun dalam siasatan DOJ ? Mengaku sajalah sebab bukannya ada kesan pun kepada siasatan yang sedang dijalankan DOJ kalau Najib atau kerajaan mengaku Najib adalah Malaysian Official 1. 

Definasi2 yang diberikan Malaysian Official 1 itu sangat jelas dan tidak mungkin dapat dinafikan lagi bahawa orangnya adalah Najib. Cubaan menafikan Malaysia Official 1 itu adalah Najib akan hanya buat rakyat mengesyaki wujud perkara negatif yang cuba disorokkan.  

Lagi pun JELAS SEJELAS2NYA orang itu adalah Najib ! Janganlah memperbodohkan diri sendiri. 

Apa salahnya kalau mengaku pun ? Bukannya Najib yang disiasat pun. 

PS - Ada 3 segmen video Hanif Khatri yang dirakam semalam berkaitan isu DOJ ini. Dua lagi segmen bakal menyusul ... 

PS-Bahagian Kedua -  
 

Jika MO1 Tidak DiDakwa Di Amerika, Tidak Bermakna MO1 Tidak Terbabit Kesalahan - Hanif Khatri

 

Bahagian Ketiga - 


Kes DOJ Beri Maklumat Baru , AG kena buka balik siasatan - Hanif Khatri

Share this article :

+ comments + 1 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 1, 2016 at 3:18 PM

Kalau cai2 Jibby kata MO1 bukan Jibby... jadi pada pendapat mereka MO1 tu siapa? Kak Ros ke? Hahaha..

Post a Comment