........... Camputangan Luar ? Satu Malaysia Cuba DiPerbodohkan ... | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Camputangan Luar ? Satu Malaysia Cuba DiPerbodohkan ...

Friday, August 12, 20168comments



Kalau tak silap, baru ni ada Najib melancarkan sesuatu berkaitan dengan pendidikan rakyat, begitu juga dengan program Permata Rosmah yang kekadang mucul dengan pujian2 yang diterima. Semuanya bagus kerana menampakkan kesungguhan di pihak kerajaan mahu meningkatkan taraf pendidikan negara. 

Pendek kata - kerajaan mahu rakyat Malaysia supaya lebih cerdik.

TAPI kenapa bila saja isu 1MDB timbul, keadaan sebaliknya pula yang berlaku iaitu kerajaan dilihat bersungguh2 mahu rakyat Malaysia jadi bodoh ? 

Tak matching beb .... rakyat dididik supaya lebih cerdik. Bila rakyat semakin cerdik dan makin bijak menggunakan akal, mereka melihat dengan jelas bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan 1MDB ..... itu rumusan bilamana rakyat semakin bijak menggunakan akal, tapi kerajaan pula dilihat berusaha memperbodohkan rakyat.

Sepatutnya kerajaan yang lebih di depan, menjadi contoh bagaimana sebuah kerajaan yang bijak menangani isu2 seperti 1MDB.

Sudah terlalu banyak contoh2 kenyataan2 bengong yang dikeluarkan oleh pemimpin2 kita sejak akhir2 ini yang menunjukkan kepimpinan kerajaan sudah jauh ketinggalan dibelakang rakyat dalam konteks kebijaksanaan dalam menggunakan akal.

Saya ambil beberapa contoh yang baru -

Mkini
Huh ? Mamat ni cakap apa ? 

OKlah, Rakyat tidak bodoh  ok. Nyatakan dengan jelas bahawa MO1 itu adalah Najib.  Tak perlu nak berbelit2 lidah bermain dengan ayat2 'macam dia tapi bukan dia'. 

Serius beb, anda kelihatan macam badut di mata rakyat bila anda cuba bermain dengan cara ' macam dia tapi bukan dia' !

Semua bukti2 yang ada dalam dokumen DOJ begitu jelas menunjukkan bahawa MO1 itu adalah Najib. So .... just say it lah. Ni dah berminggu2 duk bermain isu Siapa MO1? .... BODOHNYALAH !

Bab samada Najib terlibat atau tidak akan disentuh kejap lagi

Mkini
Rakyat sepakat tidak berbelah bahagi dan langsung tidak ada pertikaian mengatakan MO1 itu adalah Najib. Tapi pemimpin2 Umno pula yang sengaja beri gambaran kononnya identiti MO1 itu satu misteri ..... memanglah MO1 itu satu misteri kepada orang2 yang tidak pandai menggunakan akal !

Yang bijak menggunakan akal hasil usaha kerajaan sendiri dah lama nampak dengan jelas siapa MO1.


Mkini
Huh ? Tingkat kebodohan kepimpinan Umno naik 3 takuk lagi ..... Ni semua berakar umbi dari point utama yang telah dipersetujui oleh pemimpin2 Umno dalam menangani isu DOJ iaitu - Gambarkan tindakan DOJ sebagai satu campurtangan asing.

Ingat lagi tahun lepas, waktu2nya lebihkurang sekarang iaitu ketika bahagian2 Umno memulakan sesi sidang mereka. Ketika itu isu RM2.6 bil begitu panas dan pemimpin2 Umno perlu mencari satu alasan yang boleh disogokkan ke dalam kepala otak para perwakilan mesyuarat bahagian2  .... Selepas berbincang, mereka sepakat menggunakan alasan Derma Islam. 

Biasalah, orang Melayu ni sensitif sikit bab ugama. Apasaja berkaitan dengan Islam, kita agak lebih mudah menerima biarpun tidak masuk akal.

Maka keluarlah pelbagai alasan ... menentang ISIS la ( padahal ISIS tak wujud lagi waktu derma diterima ), menentang pengaruh Ikhwanul Muslimin yang di bawa oleh PAS la ( sekarang tak disebut dah sebab Umno cuba menagih simpati Pas ) ... pokoknya, gunakan alasan Derma Islam supaya isu RM2.6 bilion itu dapat diterima oleh ahli2 Umno.

Itu tahun lepas ..... tahun ini sempena menjelangnya mesyuarat bahagian2 Umno, maka sekali lagi pemimpin2 Umno berkumpul dan mencari satu lagi alasan untuk disogokkan ke dalam kerongkong ahli2 parti dalam menangani tindakan DOJ.

Dan mereka sepakat menggunakan line ini - Beri gambaran tindakan DOJ itu sebagai satu campurtangan asing.

Bijak .... secara tak langsung, jika ahli2 Umno terima tindakan DOJ sebagai satu bentuk campurtangan asing, dengan sendirinya mereka akan menolak semua dakwaan itu sebagai fitnah terhadap kepimpinan Melayu Islam yang diterajui oleh Umno Najib.

Oklah, saya tarik balik.... pemimpin2 Umno dan kerajaan bukan bodoh, Mereka bijak sebenarnya. Tapi kebijakan mereka digunakan untuk memperbodohkan rakyat terutamanya ahli2 Umno.

Untuk menjawab dakwaan 'campurtangan asing' perlukan satu lagi artikel tapi secara ringkasnya apa yang boleh saya jawab adalah -

1 - DOJ tidak sentuh pun 1MDB atau negara kita. DOJ hanya mahu dakwa mereka yang telah merompak wang 1MDB dan membelanjakan hasil rompakan itu di negara Amerika. DOJ tidak mahu negara Amerika dijadikan tempat lambakan hasil rompakan pencuri2 dunia. Sebab itu kesemua aset2 yang disenaraikan oleh DOJ adalah aset2 yang berada di negara Amerika saja. 

DOJ tidak sentuh langsung aset negara Malaysia malahan DOJ akan kembalikan harta rompakan yang dirampas itu kepada tuanpunya iaitu rakyat Malaysia !

2 - DOJ kata 4 orang yang dinamakan itu merompak duit 1MDB sedangkan 1MDB kata tidak ada duitnya yang dirompak. 

1MDB kata 1MDB dah bayar kepada pihak2 yang sepatutnya terima duit, dan apa yang berlaku kepada duit itu selepas dibayar bukan lagi masalah 1MDB. Maknanya, kalau duit itu dicuri dari Aabar BVI, maka itu masalah Aabar BVI lah.

Kelakarnya AG boleh pula kata dia nak ke Amerika semasa prosiding kes sebab pihak Amerika nak bagi duit ( pulangkan hasil rampasan ) .... pulak ? Mana satu ni ? 

Sepatutnya pihak kerajaan kena bertegas dan tetap dengan pendirian. Katakan bahawa itu bukan duit 1MDB sebab 1MDB tidak ada kecurian. Kalau DOJ nak pulangkan pun, maka pulangkanlah kepada Aabar BVI sebab duit itu dicuri dari Aabar BVI !

Adakah AG muka tak malu ada hati nak dapatkan balik harta rampasan yang bukan milik kita ?


Pihak kerajaan berulang2 kata yang pelbagai pihak dah siasat 1MDB dan semua kata 1MDB OK. Jangan lupa ..... semua pihak yang siasat itu juga ada berkata yang mereka tidak dapat akses kepada dokumen2 kewangan 1MDB yang berada di luar negara.

Dan siasatan DOJ pula banyak berkaitan dengan akaun2 di luar negara Malaysia .... o-oh...

3 - Dalam laporan DOJ ditunjukkan dengan jelas pergerakan wang yang dicuri itu, bagaimana wang2 itu boleh masuk ke akaun2 tertuduh termasuk ke akaun 4 orang yang nama mereka tidak disebut terutamanya akaun MO1 atau Najib.

ITU ISU SEBENARNYA yang kerajaan Umno bersungguh2 nak tolak !

Kerana jika dakwaan DOJ itu diterima, maka secara otomatik Najib terbabit dalam perompakan terbesar dalam sejarah dunia korporat. Semua alasan yang diberikan mengenai derma pak Arab lah, derma ketua kabilah lah ... semuanya itu satu PEMBOHONGAN. 

Jadi bagaimana cara kerajaan yang bijak menangani masalah ini tanpa memperbodohkan rakyat ? Caranya ialah melawan fakta/bukti dengan fakta/bukti sebelah kita. Bukannya melawan fakta dengan cakap kosong !

Mana bukti2nya yang menyokong duit yang diterima oleh Najib itu merupakan derma dari pak Arab ? Kalau DOJ boleh tunjukkan pergerakan wang ( money trail ) kenapa pihak kerajaan tidak boleh tunjukkan kepada rakyat pergerakan wang versi Najib pula ?

Lawanlah fakta DOJ itu dengan fakta Najib. 

Barulah menunjukkan yang kerajaan tidak cuba memperbodohkan rakyat. 

1MDB diilhamkan oleh Najib. Sepanjang 1MDB aktif meminjam dan membelanjakan wang, tidak ada siapa di pihak luar 1MDB termasuk kabinet, diberikan maklumat. Hanya setelah sarat dengan hutang dan tidak ada tempat lain lagi nak pinjam, barulah kabinet diberitahu.

Ingat lagi bulan Mac tahun lepas ketika pihak 1MDB dan juruodit Deloitte dipanggil untuk beri taklimat ? Selepas taklimat itu, kabinet telah beritahu kepada rakyat yang mereka berpuashati dengan penjelasan Deloitte yang menyatakan semuanya berkaitan 1MDB adalah OK.

( Sekarang Deloitte telah tarik balik laporan audit mereka ke atas 1MDB ekorang tindakan DOJ ..... kenapa kabinet yang sama langsung tidak bersuara ? Adakah pihak Deloitte dan KPMG dan Ersnt and Young yang ketiga2nya merupakan juruodit terbesar dunia juga bersekongkol dalam 'campurtangan asing' ? Akaun 1MDB banyak yang tidak kena - Itu adalah FAKTA ! )

Setakat itu .... adakah sebarang campurtangan luar ? Tidak ada kan ......

Jadi yang membangkrapkan 1MDB sehingga tidak mampu lagi nak bayar bukan saja hutang tapi bunga hutang adalah pihak dalam 1MDB sendiri.  

Yang terpaksa jual aset2 negara kepada pihak luar hanya untuk bayar hutang 1MDB adalah angkara pihak dalam 1MDB sendiri .... tidak ada kaitan dengan campurtangan luar.


SKANDAL 1MDB ADALAH ANGKARA RAKYAT MALAYSIA SENDIRI.

Ketika ini pelbagai pihak berkuasa luar sedang menyiasat skandal 1MDB kerana urusniaga 1MDB turut melibatkan negara2 luar. Negara2 luar hanya menyiasat apa yang berlaku dalam negara mereka saja. 

Siapa yang campurtangan dalam urusan negara lain ?

Isu IPIC-1MDB ..... Pihak mana yang 'menyusahkan' ? IPIC dilihat banyak membantu 1MDB. Bermula dengan menjadi penjamin kepada 1MDB, mengambilalih hutang 1MDB ( sudah tentu semuanya ada pulangan yang lumayan buat IPIC ) ... tapi yang bikin masalah adalah 1MDB.


1MDB yang tidak melakukan 'due diligence' sebelum membuat pembayaran kepada Aabar BVI yang diwakili oleh dua orang penipu yang juga merupakan eksekutif IPIC. 

Duit siapa yang kena tipu ? 1MDB.

Jadi siapa yang kena tipu ? 1MDB lah ..

1MDB yang kena tipu berbilion2 ringgit tapi 1MDB mahu letakkan tanggungan penipuan itu ke atas IPIC ! ?

OK, kes tipu Aabar BVI ini bolehlah kita katakan satu campurtangan luar yang mungkin ya atau tidak, turut mengaitkan pihak 1MDB yang bersekongkol sama.

Tapi kenapa kerajaan Umno langsung tidak bersuara marahkan pak2 Arab sebagai orang luar yang disyaki telah menipu duit 1MDB ? Ada bunyi ? Tidak ada kan .....

Begitu juga dengan Jho Low .... yang ini amatlah menghairankan. Langsung tidak ada suara bantahan atau amarah dari kerajaan Najib terhadap perbuatan Jho Low menipu duit 1MDB ! 

Ooooops... lupa, duit 1MDB tak kena curi.  

Tapi kenapa dalam jawapan dalam kes timbang tara IPIC-1MDB, pihak 1MDB seolah cuba mengaitkan IPIC sama sebagai bertanggung jawab dalam 'kehilangan' 26 bilion ringgit duit 1MDB ?

Mana satu ni .... HILANG ATAU TIDAK HILANG DUIT 1MDB  ? Jika tidak hilang, adakah 1MDB mahu tuduh IPIC sebagai menipu ? 

Banyak kait mengait sebenarnya isu DOJ ni ..... ia tidak semudah itu mahu mendakwa semuanya sebagai campurtangan asing. Masih banyak yang belum didedahkan lagi. Jaga2lah pemimpin2 Umno .... masa akan menjerut leher anda dengan segala alasan2 dangkal yang cuba anda bodohkan rakyat ketika ini.

Oya, adakah MO1 atau Najib terlibat ?

Dalam kes DOJ memanglah Najib tidak didakwa, hanya anak tirinya saja yang didakwa sebab yang dituduh belanjakan hasil rompakan 1MDB itu di Amerika adalah antara lainnya Reza Aziz.  

Tapi kenapa DOJ susah payah nak juga sebut pergerakan wang ke dalam akaun MO1 atau Najib ?  Sebab ia juga merupakan sebahagian dari kes yang DOJ siasat. Pergerakan wang itu ada dalam dokumen2 yang ada pada DOJ. 

Lapuran DOJ cuma menjelaskan apa yang berlaku. Begitu peranan orang dalam 1MDB yang memungkinkan skandal pencurian itu berlaku, 

Makanya Najib kena jelaskan KENAPA nombor akaunnya ada dalam repot DOJ dan KENAPA dia terima wang haram yang begitu banyak ...... sama dengan nilai wang yang didakwa sebagai derma pak Arab.

Itu yang Najib kena tampil perjelaskan..... bukannya buat bodoh dan menuduh semuanya sebagai campurtangan asing. 

                                                         ************************

Terbaru Bank BSI yang nak jual sahamnya terpaksa menanggung kerugian RM577 juta bila harga sahamnya jatuh ..... gara2 terlibat dengan 1MDB.

Mkini

Adakah pakar2 ekonomu dan perbankan negara maju juga akan dituduh sebagai bodoh kerana percaya kepada dakyah pihak luar terhadap 1MDB ?

Yalah ... hanya pemimpin2 Umno saja yang bijak sebab masih percayakan Najib, 1MDB dan Jho Low. Orang lain diseluruh dunia semua bodoh ... baik pakar2 ekonomi, pihak berkuasa negara luar, 3 syarikat juruodit gergasi dunia,  semuanya bodoh kerana percaya dakyah yang disebarkan. 

                                                         ****************************

Ini yang terbaru dari MO1 -

Mkini
“Walau apapun tohmahan yang dilemparkan kepada beliau dahulu, bangunan serta infrastruktur tetap dibangunkan, negara tetap dapat melalui proses transformasi walaupun musuh politik dahulu yang kini beliau bersubahat dengan, menuduh beliau sebagai pemberi rasuah, salah guna kuasa dan kepala perompak.

Tiada bezanya apa yang dilalui oleh saya dan beliau.


Hahahaha .....BEZANYA BESAR lah ..... disebalik tohmahan kepada pemimpin lama ( Tun Mahathir ) itu banyak infrastruktu dibina tapi disebalik tohmahan kepada Najib - TIDAK ADA SATU APAPUN YANG DIBINA !

                                 *********************

Akhir kata, meminjam dari kata2 dari blog rakan -


Bila Dato Najib kata kepada ahli UMNO, ianya benar- jangan lindungi dia, lindungi UMNO daripada orang seperti nya. Jika UMNO itu terdiri dari orang Melayu dan agama mereka Islam, mereka tidak boleh menyokong pencuri, tidak boleh mempertahankan pemimpin yang sentiasa berbohong, yang pecah amanah, yang rasuah dan pemimpin yang jahat dan buruk. Parti seperti ini tidak boleh mewakili bangsa Melayu. Kerana bangsa Melayu bukan bangsa yang mencuri, tidak amanah, sentiasa berbohong dan seumpamanya. ( senapangsakti )

Share this article :

+ comments + 8 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 12, 2016 at 6:13 PM

yang mampu berfikir pastinya akan mengatakan ada yang tak kena dengan 1mdb, derma 2.6 dan kaitan jow lho.

kenyataan yang selalu tidak konsistan..
takut nak lakukan sisasatan..
Salah gunakan undang-undang
cara hidup mewah Rosmah

Sebab-sebab itu menyebabkan ramai yang susah nak terima penjelasan dari najib dan macainya

Kata tak salah tapi "berlakon" macam bersalah.

Kan senang kalau anda kata anda tak salah, buatlah seperti anda tidak bersalah, nampak tidak bersalah dan dibuktikan tidak bersalah

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 12, 2016 at 8:44 PM

Apabila rakyat australia, new zealand, afrika, usa dll seludup dadah masuk kedalam negara pihak berkuasa malaysia tangkap bawah akta dadah merbahaya mahkamah putuskan hukuman gantung sampai mati sudah brapa ramai rakyat asing yang dah kena hukuman mati macai pemakan dedak tolong jawab adakah kerajaan negara pesalah tersebut pernah tuduh campurtangan malaysia dalam hal ehwal negara mereka?.

Dalam soal 1mdb kesalahan dilakukan dalam negara amerika itu hak amerika lah nak siasat & hukum itu soal hak ehwal dalam negara mereka, sekarang sudah terbalik dalam isu 1mdb & doj kerajaan malaysia lah yang sebenarnya takda rasa malu cuba mencampuri urusan hal ehwal dalam negara amerika bangang ke haper.

1mdb bilang duit dia tak hilang kalau tak hilang duduk diam2 lah nak takut haper, kenapa bila doj bekukan aset2 tersebut najib & pemimpin umno marah bukan ker 1mdb dah umum mereka tiada aset di amerika habis nak susah2 buat apa atau adakah jho low & reza hanyalah sebagai proxy yang memegang sebahagian besar aset milik jibby & nekmah?.

Tunggu lah kes dibicarakan di mahkamah amerika akan terburai lah pecahan2 siapa pemilik sebenar aset2 tersebut.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 12, 2016 at 11:37 PM

Selagi Najib TIDAK dihalau turun oleh orang Melayu, orang lain boleh kata, "Memang orang Melayu berjiwa pencuri, perasuah dan perompak."

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 13, 2016 at 9:13 AM

Rakyat tak bodoh tapi Mentri dan Ahli UMNO yang bangang!!

Lanun Bugis berjaya memperbodohkan mereka!!!

Semoga kejayaan di tangan Bersatu!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Axe umno
August 13, 2016 at 10:41 AM

Takkan najib sorang aje. Yang lain2 macamana. MT, ketua bahagian yang tumpang sekaki tak kan lepas. "First lady" camana. Takkan masa senang, semua tumpang, tapi bila susah najib sorang... Kalau semua sekandang diturunkan, apa pulak jadi pada Umno...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 13, 2016 at 6:34 PM

Bro 10:40

Kesemua sekali patut kena halau. Toksah pilih pilih. Padamkan terus umno ni. Aku dulu pun automatik conteng dacing bila pegang pensel. PRU12 aku pangkah DAP. PRU14 gerenti BERSATU sebab yang lain nya pun kong kali kong jugak.

Entah bila aku jadi ahli umno jln stesen klang pun aku tak boleh ingat. Nak bukak cawangan main bom aje. Ada cawangan ada peruntukan kan !. 5 sen yuran pun aku tak pernah bayar. Ada kawan lama yang sekarang dah jadi pengurusi badan kerajaan punya kerja kot. Nama toksah cakap la nanti tak elok.

Lapon semua nya sekali sebaik baik nya. Tak AMANAH.Tak BERSIH dan tak CEKAP macam dulu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 13, 2016 at 6:37 PM

Din,

Mu toksah post gambar bangsat bangsat ni lagi la. Nak muntah..
Cakap macam orang tak berilmu langsung. Menteri apa bagai nya ni ? Kalau tak tengok gambar kurang sikit sakit hati.

Boleh kan, Din ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 14, 2016 at 10:30 AM

Najib banyak auta takde fakta pun nak diketengahkan. Bapak klepet MALAYSIA

Post a Comment