........... Bicara Rakyat Tun Mahathir Di Ketereh Jumaat 26 Ogos ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Bicara Rakyat Tun Mahathir Di Ketereh Jumaat 26 Ogos !

Wednesday, August 24, 20163comments



KHAS buat rakyat Kelantan khususnya disekitar Ketereh, Tun Mahathir akan membuat penampilan pertama selepas lebih 20 tahun tidak menjejakkan kaki di bumi Kelantan ! Tun Mahathir akan ditemani Muhyiddin dan Mukhriz ..... eh, macam team Bersatu jer ...

Ramai yang kecewa bilamana Tun terpaksa batalkan kehadiran di saat akhir semasa majlis Selamatkan Malaysia bulan April lalu. Mungkin ada hikmahnya .... kalau waktu itu begitu ramai yang mahu berucap dan waktu yang diberikan kepada Tun tidak lama, kali ini masa yang lebih panjang diperuntukkan untuk Tun menyampaikan amanatnya.





Bercakap dengan penganjur yang menamakan kumpulan mereka GMB ( Gerakan Melayu BerMaruah ) , Ayah Pa dan Tuan Mat, sokongan dan kerjasama diberikan oleh pelbagai pihak dalam menjayakan majlis ini dan mereka yakin ramai yang akan hadir. Mereka mewakili rakyat Kelantan yang mahu bertemu dengan Tun Mahathir dan mendengar sendiri penjelasan dari Tun dan pemimpin2 lain mengenai isu2 semasa yang hangat dibicarakan rakyat ketika ini.

                       ****************************

Side story - Usaha2 membawa bekas2 pemimpin Umno ke Kelantan ini sebenarnya memberi faedah yang banyak kepada rakyat Kelantan ! Secara tiba2, muncul pelbagai program rakyat anjuran Umno yang dijadualkan pada hari yang sama di sekitar lokasi yang sama juga.  Setiap kali !

Contohnya persembahan dikir barat yang biasanya dikenakan caj, tetiba diadakan secara percuma ... peeergh ! Bantuan2 pun turun mencurah2 kepada rakyat... Umno Bahagian pun ikut sama jadi aktif dengan aktiviti2 rakyat dan ahli.

Apakata majlis seumpama ini diadakan setiap bulan di sekitar negeri Kelantan, untunglah seluruh rakyat Kelantan kan ....

Siapa kata Umno tak gentar dengan pengaruh pemimpin2 Bersatu ? Hampir setiap program yang dihadiri mereka, Umno setempat akan jadi kelam kabut. Tapi kalau pihak lain contohnya Pas atau Pkr yang buat majlis, tidak ada pula reaksi yang sama pada Umno.

Umno gentar dengan Bersatu ? Gentleman lah sikit ... berjiwa besar lah ... seperti kata bakal pekebun yang mahu bercucuk tanam selepas bersara jadi PM kelak. 

Hentikanlah perangai budak2 tu ... contohnya cabut banner majlis orang lain atau apajua tindakan sabotaj pada hari majlis. Anggota RELA yang mahu berkhidmat membantu masyarakat pun turut dipanggil balik pada hari majlis sepertimana berlaku di Jerantut baru ni ... majlis kenduri kahwin pakai RELA jaga trafik takde apapun ?


Memalukan Umno !

Diharap Umno Ketereh di bawah Annuar Musa akan lebih bersikap Gentleman.

Share this article :

+ comments + 3 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 24, 2016 at 2:42 PM

Dulu....
Ikan membusuk dari kepala.
Kini
Org(tak layak dipanggil manusia) membusuk dari ketua. Budaya yg telah menjadi ancaman kpd maruah serta jati diri seseorang. Kesannya seperti teori domino. Membawa rebah kpd semua yg menyokong budaya membodohkan diri sendiri.
BERKATA BENAR LAH MESKI PUN PAHIT,NAMUN AMAT BERHARGA!

Di harap usaha murni rakyat kelantan yg bermaruah akan membuahkan hasil. Beranilah apabila anda benar. Jgn lah kita berserta bersubahat menghancurkan maruah negara secara diam. Bangunlah tentang kemungkaran yg dilakukan oleh pengkhianat bangsa walau sebaris ayat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 24, 2016 at 10:36 PM

Bangun rakyat kelantan KITA perlu bangkit KITA takbolih diperbodahkan olih lanun lanun in jangan lambat bangkit nobady can change only us

....................
Reply To This Comment ...................
August 25, 2016 at 1:04 AM

Apa nak buat Encik Din Turtle,,Negara ini kan sedang dijajah oleh Mafia,,apa saja cara halal bagi mereka..............!!!

Post a Comment