........... Benarkah Tun Mahathir Mohon Maaf Kerana Pinda Perlembagaan ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Benarkah Tun Mahathir Mohon Maaf Kerana Pinda Perlembagaan ?

Monday, August 29, 20164comments

Kali ini saya ulas sedikit apa yang ramai baca sebagai Tun Minta Maaf kerana meminda perlembagaan seterusnya mengekang kuasa YDP Agong. Kelakar bila baca para balaci dan macai Najib menyindir2 kenyataan maaf Tun itu sepertimana tajuk artikel Chedet 4 hari lepas ( Apology ).

Contohnya Teuku Adnan yang dilaporkan Mkini -

"Saya pun tak faham Dr Mahathir.

"Dulu dia buat (pinda perlembagaan untuk hadkan kuasa sultan), dia juga suruh kita sokong.

"Sekarang ni bila dia tengok benda ini tak memihak kepada dia, dia kata dia salah," katanya kepada media di Putrajaya hari ini.

Kononnya Teuku Adnan nak kata yang Tun Mahathir ni jenis yang flip flop macam Najib, sering ubah2 kenyataan mengikut kepentingan diri. 

Begitu juga balaci2 dan cai2 Najib yang lain, riuh rendah menyindir Tun yang dikatakan telah meminta maaf, seolah menyesal tindakannya dahulu itu.

Terlebih dahulu saya nak tanya - Anda dah baca ke belum artikel Chedet berkenaan ? Ada dua versi Melayu dan Omputih. Faham tak apa yang Tun tulis itu ?

Ahli2 Umno memang semua sedia maklum mereka agak kurang membaca sebab itu amat mudah nak diheret ke mana2 saja contohnya kumpulan yang sokong Baju Merah mahu lawan Bersih, padahal ramai yang hadir tidak tahu apa2 pun isu sebenar berkaitan DOJ atau 1MDB ( KLiK )

Otak beku belaka. Sebab itu senang sangat diperdaya oleh kepimpinan Umno kononnya DOJ juga turut berkomplot nak tumbangkan kerajaan Melayu, nak bunuh Melayu.

Samalah dengan tafsiran mereka mengenai artikel Apology Chedet. Saya percaya mereka hanya baca tajuk saja dan bila lihat artikel itu panjang, terus otak beku mereka jadi kejang. Tak boleh nak baca apatah lagi cuba memahami apa yang Tun cuba sampaikan.

Saya boleh bayangkan Tun Mahathir tersenyum melihatkan para balaci Najib melompat2 dek kerana perkataan Mohon Maaf yang dijadikan tajuk artikel itu.


Cuba fahami perenggan pertama artikel Tun itu -

1. Saya ingin memohon maaf kerana pindaan perlembagaan yang menyebabkan kelulusan dan tandatangan Yang di-Pertuan Agong tidak lagi menjadi keperluan untuk menjadikan suatu Akta Parlimen sebagai undang-undang. Kononnya disebabkan pindaan ini, maka Akta Majlis Keselamatan Negara yang baru telah dapat dikuatkuasakan walaupun tidak mendapat tandatangan persetujuan Yang di-Pertuan Agong.

KONONNYA .... ? Baca pula perenggan terakhir ....


23. Saya dengan penuh ikhlas memohon maaf kerana membuat pindaan tersebut yang terbuka kepada tafsiran yang berbeza. Pindaan tersebut tidak melucutkan lebih 30 perkara lain dibawah kuasa Yang di-Pertuan Agong.


Tun sebenarnya bukan meminta maaf kerana tindakannya membuat pindaan perlembagaan tersebut tapi Tun mohon maaf kerana membiarkan tindakan itu terbuka kepada tafsiran berbeza !


Selain dari dua perenggan itu, keseluruhan artikel Apology merupakan SATU PENJELASAN kepada tindakan beliau meminda perlembagaan itu. Tun menjelaskan pindaan yang beliau buat itu TIDAK TERMASUK 30 perkara yang tersenarai dalam Perlembagaan yang memerlukan persetujuan Yang di-Pertuan Agong sebahagian darinya tanpa mendapatkan nasihat Perdana Menteri.


Maknanya BUKAN SEMUA perkara PM dan kerajaan boleh redah begitu saja tanpa memohon persetujuan dari YDP Agong.

Ini termasuk kuasa mengisytiharkan darurat sepertimana yang cuba dirampas oleh Najib melalui Akta MKN 2016


7. Selain tidak menjadi keperluan, Akta Majlis Keselamatan Negara yang baru yang memindahkan kuasa Yang di-Pertuan Agong kepada Perdana Menteri menghina peruntukan Perkara 38 (4) yang menyatakan “Tiada undang-undang yang secara langsung menyentuh keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-Raja boleh diluluskan tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja.”

8. Jelas sekali Akta Majlis Keselamatan Negara ini, menceroboh kedudukan istimewa Majlis Raja-Raja dan bertentangan dengan hak Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytihar darurat.Untuk Akta ini diluluskan sebagai undang-undang persetujuan dan tandatangan Yang di-Pertuan Agong masih diperlukan.

11. Apabila Kerajaan mengenepikan permintaan Raja-Raja dan Yang di-Pertuan Agong supaya Akta Majlis Keselamatan Negara diperhalusi dan disemak semula, maka jelas sekali pindaaan tersebut tidak mematuhi Perlembagaan. Oleh itu Akta Majlis Keselamatan Negara tidak boleh dimeterai sebagai undang-undang.

BUKAN SEMUA perkara YDP Agong perlu mendapat persetujuan atau nasihat daripada PM. Perkara2 itu adalah HAK MUTLAK YDP Agong dan untuk kerajaan mengambilalih hak ke atas perkara2 tersebut, persetujuan dari Majlis Raja2 dan YDP Agong perlua diperolehi terlebih dahulu.

Dan perkara2 itu TIDAK terangkum dalam apa yang dipinda oleh Tun Mahathir sebelum ini.

Begitu juga dengan hak YDP Agong untuk melantik Perdana Menteri atas budi bicaranya. 

16. Yang di-Pertuan Agong jelas sekali mempunyai hak untuk melantik Perdana Menteri atas budi bicara. Jika semasa persidangan, Dewan Rakyat menolak lantikan Yang di-Pertuan Agong, maka calon tersebut terpaksa berhenti daripada menjadi Perdana Menteri. Yang di-Pertuan Agong akan menamakan calon yang baru.

Tun Mahathir turut menyebut soal Laporan Ketua Audit yang mana mengikut perlembagaan -

(1) Ketua Audit Negara hendaklah mengemukakan laporan- laporannya kepada Yang di-Pertuan Agong yang hendaklah menyebabkan laporan itu dibentangkan di hadapan Dewan Rakyat.


bacalah artikel Chedet itu perlahan2 dan saya percaya, anda juga akan turut bersetuju bahawa Tun Mahathir sebenarnya BUKAN memohon maaf kerana tindakannya dulu yang telah meminta perlembagaan TAPI Tun mohon maaf kerana tindakannya itu terbuka kepada SALAH TAFSIRAN  seperti yang sedang dilakukan oleh Najib.


21. Seperti yang saya katakan dari awal lagi, pindaan kepada Perlembagaan yang menyebabkan persetujuan serta tandatangan Yang di-Pertuan Agong tidak lagi diperlukan bukanlah secara menyeluruh. Persetujuan dan tandatangan Yang di-Pertuan Agong masih lagi diperlukan jika Akta yang dicadangkan menyentuh kuasa serta kedudukan Yang di-Pertuan Agong. Dan Akta Majlis Keselamatan Negara jelas memberi kesan ke atas kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytihar darurat, yang mana kuasa tersebut tidak lagi bermakna. Untuk Akta ini, persetujuan serta tandatangan Yang di-Pertuan Agong masih diperlukan.


                                        ******************************

Najib ada berikan responnya kepada kritikan Tun Mahathir -

"Saya telah tegaskan bahawa keputusan yang saya ambil ketika memperkenalkan Akta Majlis Keselamatan Negara 2016 adalah demi keselamatan negara," katanya dalam catatan terbaharunya di laman Facebook dan Twitter hari ini.

"Ada yang tuduh saya ingin guna kuasa dan Akta ini untuk kepentingan diri.

"Namun rakyat perlu ingat, setiap keputusan yang dibuat kerajaan tidak pernah bersifat peribadi.

"Apa yang lebih penting adalah melindungi rakyat serta kedaulatan negara daripada sebarang ancaman," kata beliau. ( Sinar )


Tapi Najib tidak terang dari segi mana yang Akta MKN itu digubal dengan meletakkan hak mengisytiharkan darurat kepada PM sebagai 'atas kepentingan negara' ?

Najib hanya mahu rakyat TERIMA BODOH apa saja tindakannya. Jangan banyak tanya, ikut saja !

Dengan ahli2 Umno bolehlah tapi dengan rakyat yang semakin cerdik dan pandai menilai, mereka mahukan penjelasan.

Dan bab beri penjelasan ini Najib ternyata lemah .... kenapa ek ?

Share this article :

+ comments + 4 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 29, 2016 at 5:28 AM

Macai UMNO biasanya mmg macam ni .. patut diaorang susah sangat nak teka siapa MO1.. sebab ramai sangat MO1 (MACAI OFFICIAL 1) semua berebut rebut nak jadi macai

aku kelako tengok hisamudin husin bagi kenyataan kata tun tak konsistan dan tak ikhlas

hisam ko tau apa itu tak konsistan... bila ko cabut keris lepas tu mintak maap. ITU LAGI MANGKUK PUNYA TAK KONSISTAN.

KAH KAH KAH

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 29, 2016 at 7:24 AM

Itulah bezanya untuk bangsa, agama dan negara DAN untuk SAYA, HARTA DAN KUASA.

Hanya masa menentukan

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 29, 2016 at 1:54 PM

Bila dibaca tulisan tdm, memang tak sama dgn ulasan macai. Jauh berbeza. Benarlah daya berfikir amat jauh dan malu kita dengan orang tua 91 tahun. Kesian kat macai kerana otak mereka diselaputi keuntungan wang sahaja. Tak mampu berfikir secara kritis.
Sejak dulu lagi tdm kata bila parlimen buat undang2, maka hakim dan peguam akan tafsir secara berlawanan dengan tafsiran parlimen. Maka undang2 akan digubal lagi. Begitu juga dgn perlembagaan berkaitan imuniti raja2. Tafsiran lebih kepada tindakan raja kpd rakyat, dan undang2 biasa tanpa sentuh kekuasaan raja. Tapi yg buat mkn ni pun tak faham juga. Tdm juga dah beri cadangan penyelesaian. Terpulang kpd raja2 pulak utk bertindak.
Tdm memang seorang yg teliti dan berpandangan jauh. Tindakan bersebab dan mengikut peraturan. Hanya yg jauh dari peraturan sahaja yg takut. Semak la siapa yg sign surat untuk tangkapan isa. Jangan setakat nak gertak sahaja. Masa operasi lalang mungkin tdm.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 29, 2016 at 3:26 PM

macai cari makan bro..bab pikir2 ni malaslah..sokong ja walaupun tak yahu apa..yg penting dedak masuk

Post a Comment