........... Apakah Pengurusan 1MDB MangkukHayun Atau Mereka Terpaksa Jadi MangkukHayun ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Apakah Pengurusan 1MDB MangkukHayun Atau Mereka Terpaksa Jadi MangkukHayun ?

Tuesday, August 23, 20167comments

Sinar
Pengurusan 1MDB mangkuk hayun ? Hahahahaha .....Rakyat yang faham tentang skandal 1MDB dah lama sebut, malah lebih teruk dari mangkuk hayun lagi.  Kerana 1MDB tak berguna satu sen pun kepada rakyat dan negara ! 1MDB HAMPEH !

Cuma bila seorang Menteri sendiri yang sebut, apatah lagi Menteri yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga 1MDB juga memangkukhayunkan 1MDB, kenyataan itu pastinya menarik perhatian rakyat.

"Yang sebenarnya, semua yang di dalam pengurusan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah mereka yang tidak bertanggungjawab. Semuanya mangkuk hayun. Ini sebenarnya berkaitan bisnes dan apabila dalam bisnes, sudah tentulah ada jawatan-jawatan penting untuk menggerakkan bisnes tersebut.

"Mereka semua dibayar gaji yang besar dan sepatutnya tahu menjalankan operasi bisnes seperti yang diharapkan.

Adakah Johari nak katakan yang pihak pengurusan yang sebelum ini dijulang sebagai yang terbaik untuk mengemudi 1MDB sebenarnya tidak layak ? Tapi ...... SIAPA YANG LANTIK MEREKA ?

Sekarang kita dah tahu banyak cerita tentang 1MDB ( walaupun masih banyak yang disorokkan ) dan kita tahu bagaimana pihak pengurusan telah BERULANGKALI melanggar arahan pihak lembaga pengarah ( KLIK ) dan kesemuanya melibatkan transaksi2 yang akhirnya menjadi isu2 utama skandal 1MDB, contohnya kerjasama 1MDB-Petrosaudi, berkaitan pembelian IPP, Goldman Sachs, berkaitan Aabar BVI, berkaitan penggunaan dana tidak mengikut tujuan pinjaman dibuat ....  BERULANGKALI berlaku .... tidakkah itu suatu yang pelik ?

Dah nampak kemangkukhayunannya pengurusan yang ada, tapi dikekalkan juga ? Kemudian diulang lagi, dan lagi ... so siapa yang periuk hayun ?

KECUALI sememangnya ditagih kemangkukhayunan itu ada pada pengurusan 1MDB ? Kerana dari awal lagi 1MDB ini sudah ditarget untuk menjadi lubuk emas kepada pihak2 yang tidak bertanggungjawab.

Makanya, MangkukHayun itu adalah satu kriteria utama untuk berada dalam pengurusan 1MDB.


"Kalau bisnes bagus, sudah pastilah orang-orang berjawatan ini akan mendabik dada tetapi bila dah lingkup, tak ada pula yang nak bertanggungjawab sehingga Najib yang terpaksa menghadapi semua permasalahan,"


Well .... apakah Johari dah lupa perkara 117 ? ( di mana setiap transaksi besar perlu mendapatkan kelulusan Pengerusi Penasihat @ Menteri Kewangan @ PM )

Sebaik mana pun pengurusan tapi dengan adanya kuasa veto 117, mereka terikat. Tidak timbul soal keuntugan bisnes atau adakah satu2 keputusan itu sudah melalui due diligence, semuanya kena akur kepada 117.

So .... nampak bijak kan Johari dengan kenyataannya di atas ..... Dalam menghentam pengurusan 1MDB, yakni mengikut arus pendirian rakyat, waktu sama Johari melencongkan tumpuan kemarahan rakyat daripada Najib, orang yang seharusnya bertanggungjawab penuh dalam skandal 1MDB.


"Saya tahu Najib tak bersalah selagi belum ada bukti yang mengatakan beliau bersalah.

"Bukan sebab beliau Perdana Menteri tetapi saya tahu apa yang dilakukan oleh beliau semuanya benar belaka dan saya dan semua ahli Umno wajar mempertahankan beliau,"
Nampak kan ? 

Tapi untuk memangkukhayunkan pengurusan 1MDB, adakah Johari ada bukti ? Jika ada, maka selidiklah siapa sebenarnya yang menjadi dalang atau siapa sebenarnya yang menjadi perencana skandal 1MDB itu.

Kalau dalam urusan duit ada money trail ( jejak wang )nya, begitu juga dalam urustadbir sesebuah organisasi atau syarikat, akan ada jejak authority nya.

Siasatlah kenapa pengurusan 1MDB itu boleh jadi mangkukhayun ? Kemungkinan besar mereka terpaksa jadi mangkukhayun sebab ada periuk hayun yang mengarahkan mereka !

Bijak Johari ni .....

Share this article :

+ comments + 7 comments

....................
Reply To This Comment ...................
arizmaya
August 23, 2016 at 6:55 PM

En Jo lupa bahawa seorang Pengerusi BOD 1MDB dan seorang ahli lembaga telah meletak jawatan sebagai protest bila banyak keputusan dan arahan Lembaga Pengarah tidak diendahkan dan ditongsampahkan kerana ada arahan yang lebih supreme dari seorang manusia yang diberi kuasa oleh artikel 117 M&A 1MDB

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 23, 2016 at 7:14 PM

Najib tak melakukan kesalahan. Ok betul la tu..johari !
Habis kalau najib tak melakukan kesalahan, bertindak la buat report polis ke supaya boleh siasat..
Kesalahan memang jelas kan ? Patut bayar jv company tapi dah bayar jho low goodstar..pergi la tangkap shahtol halmi tu. Kan ke dia pun tahu (menurut rakaman telefon dalam filing DOJ la..DOJ tipu kot..konspirasi kot !)
2 BOD 1mdb letak jawatan. Apa makna nya ni ? Najib tak buat, memang betul. Tapi dia chairman board of advisors..kita tunggu dia bertindak..dia buat tak tau aje..

Sekali seleweng phase goodstar terlepas pandang
Dua kali seleweng phase aabar terlepas pandang lagi ?
Tiga kali seleweng phase tanore..tak guna sesen pun la ada menteri kewangan serupa ni..
Berbilion bilion tu..tak kesah la..janji semua ahli umno tak jumpa kesalahan/kelalaian/kelemahan menteri kewangan..
Rakyat lain dia mana peduli..
Dia peduli umno aje
Bagus la..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 23, 2016 at 7:16 PM

Intelek Melayu sudah turun ke tapak kaki! Kalau bijak sedikit akan kata semua masalah adalah perbuatan tuhan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 23, 2016 at 10:08 PM

Encik Jo ini ada pertalian darah dengan Mr Jho Low jadi masing2 tengah cari jalan untuk memangkuk hayun orang lain bagi melepaskan tengkuk bos mereka dan periuk hayun simpanan dedak mereka juga...Ini dikatakan Sesuai ngan slogan 1 Malaysia ciptaan Najib.. Melayu Cina dan India bersatu hati membolot kekayaan negara secara salah lalu menjahanamkan negara buat selama-lamanya. Cepatlah Mampuoos mereka dan sekutu mereka hendaknya..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 23, 2016 at 11:09 PM

Bodoh punya taraf menteri big boss syarikat tak salah yang salah pekerja bahagian pengurusan syarikat hahaha cakap lah mau kambing hitamkan orang lain kerana nak selamatkan big boss cakaplah terang2 kan senang.

Laporan ketua audit negara taruk mana kenapa kasi osa dalam laporan audit boleh buktikan siapa yang arahkan siapa kalau mau backup boss sekalipun bentanglah laporan ketua audit negara kalau cakap tanpa sebarang laporan berfakta orang akan kata menteri sudah mabuk, rakyat sudah tengok laporan pac sekarang rakyat mau tengok pula laporan ketua audit kenapa yang takut sangat mau bentang sudah jelas takut kerana salah.

Sorok lah macam mana sekalipun lambat laun tetap juga terdedah lagi lambat terdedah akibatnya lagi parah apa2 hal berkaitan urusan dunia jika lambat terdedah confirm parahnya berganda2 waktu tu nanti menteri hadaplah rakyat rasa2 sudah cukup kebal ker?.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 24, 2016 at 12:57 AM

tak kena gaya dato jo ni tak lama lagi akan jadi MACAI OFFICIAL(MO) juga, MO yang keberapa tak dapat dipastikan lg..

ok je ko nak pertahankan Najib tapi mitak bagi hujah2 yang bernas sikit.

Aku cuma tak faham ko boleh mangkuk hayunkan pihak pengurusan 1MDB tp masih pertahan Najib.

Sedangkan orang yang paling berkuasa dalam 1mdb adalah Najib.

Harap ko dapat kemukakan hujah ko kenapa najib tak bersalah selain dari menyalahkan Mangkuk hayun dalam 1mdb..

kalau ikutkan sepatunya Najib sekarang sedang duk dalam kandang mahkamah mempertahankan diri atas skandal 1mdb

TQ

....................
Reply To This Comment ...................
August 24, 2016 at 7:37 AM

Mantan timb. menteri kewangan cabut kerana tak sanggup jadi begini.

Post a Comment