........... 3 Tahap Patriotisma Dari MO1 ..... Pertahankan Maruah Negara dan Diri Tak Termasuk Ke ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

3 Tahap Patriotisma Dari MO1 ..... Pertahankan Maruah Negara dan Diri Tak Termasuk Ke ?

Friday, August 19, 20165comments

Mkini

MO1 menggariskan 3 tahap patriotisme kepada rakyat -
- bersama berganding bahu
- membantu yang memerlukan
- usaha serta pengorbanan mempertahankan keharmonian dan kedaulatan hatta pergorbanan nyawa sekalipun.

Yang ketiga itu saya nak komen sikit ....mempertahankan kedaulatan ya ..... lebihkurang macam mempertahankan maruah lah kan ...

Sampai mati ya ......

Hahahahahahahahha ........

Bukan ketawakan kenyataan itu tapi mentertawakan MO1 yang menyebutnya. Banyaklah dia punya pertahankan maruah negara dan rakyat  ....

Ketika ini negara kita ditertawakan seluruh dunia gara2 1MDB dan MO1. Malaysia dikenali sebagai negara Kleptokrasi iaitu sebuah negara yang diperintah oleh pemimpin yang mencuri harta negaranya sendiri !

Apa yang MO1 telah lakukan bagi mempertahankan maruah negara ? Belum kira maruah diri dan keluarganya sendiri ?

KENAPA TIDAK ADA KENYATAAN PROTES RESMI DARI KERAJAAN DI ATAS APA YANG DIDAKWA OLEH DOJ sepertimana yang diucap oleh pemimpin2 Umno kepada ahli2 dan orang kampung ?

Kenapa hanya gah didepan orang kampung dan di depan orang2 Umno saja, berani menyalak menyalahkan tindakan DOJ sebagai satu bentuk campurtangan asing kepada kedaulatan negara tapi di pihak kerajaan langsung tidak ada notis bantahan ?

Apakah pemimpin2 Umno sedang berlatih bagaimana hendak jadi pembangkang di mana mereka hanya tahu menyalak saja seolah2 mereka bukan kerajaan ? Padahal mereka juga yang jadi kerajaan .... kan ?

Malah sehingga kini MO1 tidak pernah komen pun tentang dakwaan DOJ mengenai persekongkolan MO1 dalam skandal haram 1MDB ..... satu dunia kata MO1 adalah adalah MO1 tapi MO1 sendiri TIDAK BERANI @ PENAKUT untuk mengaku apatahlagi menafikan dirinya adalah MO1.

Undang2 SPRM yang jelas ( KLiK ) pun boleh jadi kabur bila kena kes MO1.

Begitu juga maruah dan integriti badan2 berkuasa yang terlibat dalam siasatan 1MDB yang telah menjadi bahan lawak dunia ...... semua negara yang ada kelibat 1MDB sedang menyiasat transaksi2nya yang meragukan dan beberapa negara sudah pun mengumumkan tindakan undang2 berkaitan transaksi2 itu .... TAPI di negara kita di mana berpusatnya 1MDB, Peguam Negara telah menggunakan kuasa vetonya dengan membersihkan 1MDB dari sebarang salah laku !

1MDB semuanya OK !  Tapi laporan ketua audit negara diOSAkan ....... sementara laporan juruaudit luar yang telah diluluskan sebelum ini pula telah ditarik balik atau tak boleh pakai....  Tak ke lawak tu ?

Di mana hormatnya kerajaan MO1 kepada Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang2 Negara ?

Semuanya dilanggar gara2 MO1, 1MDB dan Jho Low....

Korban nyawa konon ..... piiiraaaah ! 

PS - Teringat Nothing To Hide hehehe

                                                **************************

Jangan lupa kes Nawawi yang telah menghina YDP Agong dengan menyamakan baginda dengan MO1. Selain dari repot polis yang dibuat oleh Anina dan beberapa orang lagi, kenyataan paling pedas datang dari Muhyiddin - KLiK FB

Dia tulis omputih la pulak .... terjemahannya boleh dibaca di Umno mesti dikebumikan jika gagal pertahan Raja-raja Melayu.


Di mana suara orang2 Melayu Umno dalam kes Nawawi ini ? Kenapa tidak dipertahankan mamat tu ? Anda setuju atau bantah kebiadaban Nawawi itu ? Nyatakanlah pendirian anda ! Kenapa diam ?


Perkasa turut bertindak menyerahkan memorandum kepada YDP Agong menggesa tindakan diambil ke atas Nawawi dengan menarik balik gelaran datuk beliau. Juga menggesa pihak Polis segera bertindak ke atas laporan2 yang telah dibuat. ( Mkini )


                                             ***********************************

Laporan yang ini saya tidak pasti samada turut ditujukan kepada MO1 dan Nawawi ....

Astroawani

“Rakyat tidak benci pada UMNO tetapi benci pada tingkah laku sesetengah pemimpin UMNO. Sama ada di peringkat Bahagian, Negeri dan atas, kita kena jaga tingkah laku kita.


Ada pembetulan di situ, Zahid ...
 
Itu duluuuuuu ..... ketika kebencian kepada sesetengah pemimpin itu baru bermula. Waktu itu bolehlah dikatakan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. 


Tapi bilamana Umno dilihat mempertahankan pemimpin2 yang rosak itu, rakyat mula membenci Umno kerana bersekongkol.

Sekarang Umno dilihat dah jadi 40 penyamun .... bukan saja Ketua Penyamun bersalah tapi kesemua penyamun turut bersalah kerana bersekongkol menyamun.

Share this article :

+ comments + 5 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 19, 2016 at 6:48 PM

Tahniah Brother Din, sekarang satu dunia boleh gelar si Najibon ini dengan kod nama MO1.... jeng...jeng Sikit hari pasti ada filem Hollywood yang terhasil mengikut skrip perjalanan penipuan dalam kerajaan Malaysia melalui 1MDB...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 19, 2016 at 9:33 PM

tak yah takut nak sebut Najib adalah Mo1. tak perlu berbelit-belit. tak perlu ulas dari segi teknikal atau perlembagaan. Setiap kali orang tanya siapa MO1 secara automatik ia adalah merujuk kepada laporan DOJ.

Jika anda (orang UMNO) cakap tak tahu, anda bodoh (sila rujuk kenyataan rahman dahlan)

Tapi bila anda menuduh dia adalah Agong. Ini adalah kenyataan yang sangat melampau. Malah dengan yakin anda memepertahankan bawaha YDPA adalah MO1 jika dilihat dari definisi perlembagaan Malaysia. HUH, Berani sungguh ko MP langkawi.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 19, 2016 at 11:27 PM

terbaik din..yg bengong dan yg dok cari makan ja yg dok sokong lagi

....................
Reply To This Comment ...................
Axe umno
August 20, 2016 at 12:58 AM

Dulu... YB umno --- Yang Berhormat.

Kini...Yb umno.... Yang Bodoh, Yang Bangang, Yang Barua, Yang Bangsat...
Sorry, bahasa kasar tapi tak ada lagi bahasa yg sesuai pada mereka ini, paling bangang sehingga sanggup sentuh Yang dipertuan agong demi politik...kalau nak belit pun perlukah libatkn YDP Agong. YBodo kini dan selamanya.
Jgn lagi kita terpedaya dgn pemimpin umno. Ubah...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 20, 2016 at 7:27 PM

Ya setuju untuk mempertahankan keharmonian & kedaulatan negara memerlukan satu pengorbanan hatta pengorbanan nyawa sekalipun yakni dengan menurunkan najib dari kedudukan perdana menteri kerana suasana tidak harmoni serta imej kedaulatan negara telah tercabar didalam & luar negara semua berpunca dari najib tidak pernah terjadi dalam sejarah sejak merdeka keadaan kalut yang melanda negara sebegini rupa maka adalah satu hal yang 'WAJIB' bagi rakyat mendesak najib letak jawatan supaya keadaan dalam negara kembali harmoni & berdaulat.

Post a Comment