........... 3 Kesalahan Najib Di Bawah SPRM Yang Sehingga Kini Tidak Dapat DiJelaskan | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

3 Kesalahan Najib Di Bawah SPRM Yang Sehingga Kini Tidak Dapat DiJelaskan

Thursday, August 18, 20166comments

orang UMNO boleh bertempik itu dan ini, tapi mana duit 1MDB?

Bila Idris Haron, KM Melaka yang jelas tidak begitu cerdik, kata Amerika hendak bunuh orang Melayu- kita bukan peduli perkara itu. Kalau Amerika hendak bunuh orang Melayu- istihar  perang lah.

Hantar tentera, askar dan soldadu kita yang dipimpin oleh PAT yang gendut dan bersambungan kontrak itu ke Amerika. Serang Amerika dengan pesawat kita. MIG, Sukhoi dan lain2. Serang Amerika dengan kapal selam. Bot laju. Frigate kita.

Cerdik mana sangatlah Idris Haron sehingga tidak boleh diajar? Inilah yang dikatakan peribahasa Melayu, sudahlah bodoh, sombong pula.

Bila Najib kata dia tidak akan undur biar pun halilintar membelah bumi, kita peduli apa.
  • Kita hanya mahukan dia pulang USD1.83 billion yang hilang dari 1MDB.
  • Kita mahu dia pulangkan USD1.4 billion yang disalurkan kepada Aabar BVI.
  • Kita mahu dia pulangkan USD 1.2 billion yang disalurkan kepada Tanore Finance. Itu duit 1MDB.
  • beritahu rakyat, USD3.5 billion bayaran kepada Aabar ,  boleh dikembalikan.
Kita peduli apa dia tidak undur atau tidak. Cakaplah apa yang dia hendak cakap. Lagi pun cakap depan perwakilan UMNO. Tapi pulangkan semua duit tersebut.

Halilintar atau tidak, yang kita peduli ialah mengapa Najib terima USD681 juta masuk kedalam akaun nya dan pulangkan USD620 juta kepada Tanore Finance? Duit itu 1MDB punya!

Jadi sebelum kamu jerit terpekik terlolong dan air liur meleleh tepi mulut, mengenai tidak berganjak lah, penjajahan baru lah, tidak mahu tunduk lah kepada Mahathir dan banyak cerita nenek kebayan yang lain, pulangkan duit 1MDB dahulu.

Haji hadi dan ustaz2 lain dalam pas boleh bersyarah dari pagi hingga pagi esok nya, sampai urat leher jadi biru, lembu, kerbau, kambing dan itik serta ayam pulang petang- kita don’t give a damn really. Kita hanya mahu wang yang disonglap dipulangkan. Persetankan syarahan dan tazkirah kamu mengenai dosa, halal haram, morality dan sebagainya.

Just give us back the damn money.

Jangan hendak alih pandangan rakyat. Kenapa Najib terima USD20 juta dari putera Arab? Jika derma kenapa tidak beritahu kerajaan? Jika Najib penjual air batu tepi jalan, mahukah putera Arab derma kepada nya?

Kerana dia pegang jawatan awam lah maka, putera Arab derma. Jawatan awam/public itu ialah jawatan PM. Menerima imbuhan atau faedah peribadi atas sebab ada jawatan awam ialah rasuah. Faham? Rasuah.

Kenapa Najib ambil USD30 juta dari blackstone bin Aabar BVI? Adakah Blackstone bin Aabar BVI bin 1MDB mahu beri Najib jika Najib seorang penjual keropok lekor di Losong? Sekali lagi, jika dia dapat faedah peribadi disebabkan jawatan awam nya, maka itu nama nya rasuah. Faham? RASUAH.


Kenapa Najib ambil USD61juta dari Tanore dan pulangkan USD620juta? Dan dalam proses tersebut,Najib mencipta suatu jenis kewangan Islam baru yang dipanggil Najibah.

Jangan berkhutbah kepada kita mengenai penjajahan baru, Amerika hendak bunuh Melayu, tidak mahu tunduk kepada Mahathir atau cakap besar tidak mahu berundur walaupun halilintar membelah bumi.

Semua dunia tahu, Najib disergah dek ketua kampong pun sudah  takut.

Tidak ada perkara yang paling bodoh dari memberi amanah kepada orang yang pecah amanah dan pelakunya tidak dipertanggung-jawabkan kerana berpecah amanah.

Tidak ada kah suatu pun nilai pembetulan dalam budaya Melayu?

Copypaste dari Senapang sakti 
 
                              ********************

3 poster yang kita boleh lihat di laman web SPRM. Selain yang di atas, ni ada dua lagi yang kena tepat kepada Najib !



Berbilion ringgit masuk akaun peribadi Najib. Walaupun telah dipulangkan kepada Tanore Finance sebahagiannya.beberapa ratus juta ringgit telah dibelanjakan oleh Najib.

Dana itu bukan dari emolumen atau gaji Najib atau dari harta pusaka keluarga Najib atau Rosmah. Maka boleh ditakrifkan sebagai LEBIHAN HARTA.

Apakah penjelasan Najib mengenai lebihan harta itu ?

Apakah alasan yang Najib tidak tahu dari mana datangnya duit itu sudah memuaskan hati Peguam Negara untuk bersihkan nama Najib dan mengarahkan kes ditutup ?

Bagaimana jika penjawat awam lain yang dituduh rasuah berikan alasan yang sama, apakah Peguam Negara akan buang kes ?


Apakah Najib ada melaporkan penerimaan segala duit itu kepada pihak berkuasa ?

Dalam kes RM2.6 bilion yang didakwa sebagai derma, apakah itu satu alasan yang munasabah yang boleh diterima akal yang waras ? Siapakah pihak berkuasa yang patut menerima laporan sebegitu ? Hanya Bank Negara Malaysia sajakah  ?

Bagaimana dengan penerimaan wang dari sumber SRC ? Najib dikatakan tidak tahu dari mana datangnya duit itu, dia hanya tahu membelanjakannya saja .... tapi apakah penerimaan duit itu dilaporkan kepada pihak berkuasa ?

Apakah ketiga2 persoalan di atas telah dijawab dengan memuaskan oleh Peguam Negara ketika membersihkan Najib ? Rasanya tidak ..... sebab itu rakyat bising !

Dan sebab itu jugalah maka sekarang pemimpin2 Umno sibuk melalak dengan pelbagai spin supaya rakyat menolak saman pihak DOJ kerana di dalam saman itu terkandung bukti pergerakan wang haram yang masuk ke akaun Najib.

Dilaporkan Jho Low dan anak tiri Najib, Reza Aziz dipanggil untuk bela diri kes saman DOJ pada 22 Ogos ini (FMT), kita nantikan apakah mereka akan tampil mempertahankan harta mereka yang bakal dirampas DOJ itu atau memang harta2 itu diperolehi dari duit haram hasil songlapan dana 1MDB sebagaimana terkandung dalam writ saman DOJ ?

Jika dakwaan tidak dilawan, apakah segala bukti yang dikemukakan oleh DOJ, termasuk pergerakan wang haram ke dalam akaun MO1 atau Najib itu BENAR belaka ?

Share this article :

+ comments + 6 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 18, 2016 at 11:31 AM

Amerika nak bunuh melayu hahaha brapa buah kapal perang amerika ada kat laut malaysia brapa puloh buat jet perang amerika berlegar di ruang udara malaysia brapa puloh ribu tentera amerika menganas di jalanraya malaysia wahai ketua menteri kelabu asap patut lah negeri melaka mundur tak maju berketua menterikan manusia lemah akal buta mata telingga kalau bagi 100 tahun lagi pun macam tu lah nasib negeri melaka ni.

Mengikut sejarah melayu negeri melaka adalah negeri tersohor termaju terkaya di nusantara gah terkenal sampai ke negara china tapi hari ini melaka negeri paling mundur miskin papa kedana tiap2 tahun duk menagih bantuan ehsan dari kerajaan persekutuan tak ubah negeri peminta sedekah malulah jadi pemimpin melaka tak ada keupayaan untuk memajukan negeri lagi mau sembang tinggi cermin diri sendiri dulu lah puiiii.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 18, 2016 at 11:33 AM

memang ada rasuah la kalu ikut apa yang sprm citer. tapi kalu kena kat big bos bukan rasuah la kerana sprm punya tafsiran undang2 berbeza kot antara rakyat kat mesia ini. undang2 untuk rakyat bawah, rakyat atas mungkin tak kena dan mungkin kena. ikut nasib la. datuk2 yang kena tangkap tu dah lama mengamalkan rasuah, sekarang baru kena tangkap. patutnya bila ada keta mewah dan rumah mewah jer atau kat tempat mewah, sprm dah boleh buat siasatan, tak perlu la tunggu aduan kerana pegawai tu mungkin sedang membina harta hasil daripada rasuah la tu. rega rumah juta, keta ratus ribu, bayar pun ribu riban juga tu.

tapi kalu ikut apa yang tdm citer, kita kena cukai kalu ada duit masuk banyak dalam akaun.jibo kena cukai tak kerana terbukti jibo dah berbelanja mewah terutama kat luar negara. lagi pun memang itu adalah rasuah kerana jibo tak tahu duit masuk akaun tapi belanja mewah gila. Duit RM42 juta masuk akaun peribadi bukan rasuah atau salah guna kuasa kerana jibo tak tahu. biar betul ag dan sprm ni. mereka dah kena rasuah atau jibo memang penerima rasuah. mana satu yang betul ni.

ag dan sprm tak kaji ke gambar atas kapal mewah tu. gambar itu menunjukkan kemungkinan jibo dah dirasuah, atau membuat perancangan bersama, atau ketua perancang atau ketua kumpulan. ini kerana orang yang berada dalam gambar itu namanya disebut oleh doj amerika, pendakwaraya singapura, pendakwaraya swiss dan sebagainya. nama mereka bertiga disebut sebagai tuan punya syarikat di mana wang 1mdb masuk ke akaun syarikat milik mereka ini sebelum akhirnya masuk ke akaun jibo dan juga akaun syarikat anak tiri jibo. itu pun cai tak mampu nak jawab selain alih tiang gol dan menjawab dengan perkataan fitnah.

saya katakan kepada rakan bahawa datuk yang kena tangkap itu mungkin bebas jika mereka dapat memaklumkan semua wang itu adalah derma untuk hari keluarga pejabat dan duit dalam akaun itu tidak diketahui kemasukkannya. penderma pulak malu dan perahsia. penderma ingin sangat memasukkan duit ke adalam akaun dan tidak meminta sebarang pulangan atau faedah. duit itu ikut pandai datuk la nak guna. pastikan timbalan ketua dapat memberi maklumat bahawa telah berjumpa penderma dan dah tengok sendiri cek tersebut.

kita pun nak tengok apakah tindakan yang akan diambil ke atas pegawai atasan yang terlibat dalam salah tadbir urus ini.

....................
Reply To This Comment ...................
August 18, 2016 at 11:38 AM

Dicadangkan satu akta baru diperkenalkan..

Akta Pelupusan Jenayah atau
Akta Pensucian Rasuah

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 18, 2016 at 12:15 PM

tak tahu lah macamana nak tafsir bodohnya UMNO ni. Seluruh jentera, pemimpin dan ahli dikerah untuk pertahan 1MDB sedangkan Jho Lo, Casey Tang, Riza Aziz dan kafirun yang lain rilek je. Tak muncul pun untuk pertahan diri sendiri. Dan negara nak dikerah pertahan mereka. Bodoh tahap apa ini ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 18, 2016 at 3:07 PM

@ Akta Pencebokkan Wang Haram Yang Telah Digubah

hahahaha

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 18, 2016 at 3:10 PM

bilo2 maso yo kalau Thaek Jho Lo nak buat sidang akhbar mempertahankan diri TV3 Hilang Akal akan bagi slot pertama dalam Buletin (Penipu) Utama

Post a Comment