........... Wartawan Terlepas Soalan Cepumas - Adakah Najib Kenal Dan Punya Pertalian Dengan Malaysian Official 1 ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Wartawan Terlepas Soalan Cepumas - Adakah Najib Kenal Dan Punya Pertalian Dengan Malaysian Official 1 ?

Saturday, July 30, 20169comments


Berita terhangat semalam sudah pastinya sidang media Najib mengenai tindakan DOJ, selepas Mesyuarat MT Umno. ( Oya, Mesyuarat MT Umno nampaknya sudah tidak ada masalah tunda-tunda lagi dah )

Tidak pasti kenapa kenyataan Najib jadi perhatian kerana Najib tidak beri sebarang input baru pun. Najib hanya sekadar mengulangi apa yang dinyatakan oleh Menteri2nya sebelum ini. Hmmm .... ternyata kenyataan2 yang dibuat oleh Salleh Keruak dan Rahman Dahlan sebelum ini adalah sebagai test market sebelum Najib sendiri sebut perkara yang sama. 

OK .... apa yang Najib cakap semalam -

- Hanya mereka tertentu yang ternama dalam laporan tersebut sahaja disebut dalam laporan itu
ini bererti bahawa, secara langsung 1MDB tidak terlibat dalam laporan tersebut dalam ertikata tidak ada aset 1MDB di Amerika Syarikat, bererti bahawa secara langsung 1MDB tidak ternama dalam senarai tersebut. Kita juga telah ambil maklum bahawa 1MDB tidak diminta apa-apa maklumat bererti bahawa DOJ tidak merujuk kepada 1MDB jadi laporan tersebut tidak mengandungi apa-apa penjelasan dari 1MDB - dari video Astroawani.

Sebiji macam kenyataan Rahman Dahlan. Kita semua sedia maklum yang 1MDB memang tidak terlibat dalam kes DOJ. 1MDB adalah mangsa curi kepada empat nama yang disebut. Aset2 yang dirampas bukan milik 1MDB tapi milik 4 orang itu yang dibeli dengan wang rompakan 1MDB.

Wartawan sepatutnya tanya - Tapi 1MDB kata tidak ada wangnya yang lesap atau dicuri ? Kita nak tengok apa Najib jawab. Apakah kerajaan akan hantar notis protes kepada DOJ ?

Takkan Najib mahu biarkan anak tirinya dimalukan dengan tuduhan membelanjakan wang curi di Amerika ? Rosmah tak malu sama ? Bila tidak ada kecurian, maka tidak akan adalah dakwaan mencuri atau membelanjakan wang haram hasil curian .... kan ? 


- Dalam pada itu, perdana menteri turut mempertikai cara laporan itu dikendalikan yang diberikan publisiti secara besar-besaran kerana ia bukan 'precedent case' (kes duluan) dan biasanya saman sivil ia tidak menonjol.

Pulak..... Biarlah mereka nak publisitikan. 1MDB tidak ada kaitan pun. Pihak berkuasa Amerika pun juga tonjolkan kerja2 yang telah mereka buat sama seperti pihak berkuasa kita atau mana2 negara pun. Apalagi bila melibatkan satu amaun rampasan yang paling besar dalam sejarah DOJ.

Ingat .... jangan campurtangan dalam hal ehwal negara lain ....


- "Secara luaran, ia dilihat datang dari sumber tertentu, tapi kami akan pantau prosiding yang akan diikuti saman, kerana saya tidak boleh kata ia datang dari mana, tetapi sudah pasti ia bukan dari 1MDB, Peguam Negara atau kerajaan Malaysia," katanya. - Mkini.

OK, sekali lagi menyentuh persoalan kenapa DOJ tidak menghubungi 1MDB atau pihak berkuasa kita. Meh saya tolong jawabkan .......

Sebab kes itu ada kaitan dengan Malaysian Official 1 yang disebut sebanyak 36 kali dalam writ saman DOJ ! Bukankah dinyatakan yang Malaysian Official 1 itu punya pertalian dengan salah sorang tertuduh iaitu Reza Aziz, anak tiri Najib ? DAN Malaysian Official 1 itu juga merupakan seorang penjawat awam peringkat tinggi dan juga orang yang berkuasa dalam 1MDB.

Nah .... kalau DOJ menghubungi 1MDB atau mana2 pihak berkuasa kita, bukankah itu akan memberi satu amaran awal kepada Malaysian Official 1 akan siasatan ke atas Reza Aziz, yang punya pertalian dengannya ? 

DOJ nak rampas harta Reza Aziz dan rakan2 seperdosaannya, kalau Malaysian Official 1 sudah lebih awal beri amaran kepada Reza Aziz, kemungkinan besar usaha itu akan gagal kerana Reza Aziz dan rakan2nya akan lebih awal bawa lari aset2 itu ( atau mencairkan/menjual/.tukar nama ) dan segera lari keluar dari Amerika !

Begitu juga dengan Jho Low ..... kerana melalui siasatan DOJ, mereka sudah pasti tahu yang Jho Low punya hubungan akrab dengan 1MDB. Jho Low juga akan diberi amaran awal akan tindakan sitaan ke atas aset2nya jika DOJ menghubungi 1MDB.

Walaupun 1MDB hanyalah mangsa kecurian dalam kes DOJ, namun suspek pencurinya punya hubungan rapat dengan 1MDB. 

Makanya  DOJ tidak menghubungi 1MDB atau mana2 pihak berkuasa kita dalam siasatan mereka. Logik kan ?


Mengenai persoalan Malaysian Official 1 dibangkitkan dalam Mesyuarat MT, Najib berkata - "Kami maklum perkara itu dan ia telah jelaskan kepada orang ramai," - Mkini.

Hahahaha ..... APA YANG TELAH DIJELASKAN MENGENAI MALAYSIAN OFFICIAL 1 ...... Selain dari menyatakan nama Najib tidak disebut ?

Sepatutnya wartawan tanya - Adakah Datuk Seri kenal dan punya pertalian dengan Malaysian Official 1 ? Yalah, kalau Reza Aziz punya pertalian dengan Malaysian Official 1, seharusnya Najib selaku bapa tiri Reza, juga punya hubungan rapat yang sama ..... kan ?

Share this article :

+ comments + 9 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 30, 2016 at 5:30 AM

dah agak kenyataan macam ni akan terus diberikan sehinggalah kantoi sekantoi kantoinya.. kalau tak jangan harap kita dapat jawapan yang memuaskan hati.

Pasal MO1, memang rakyat dah sedia maklum tiada nama Najib disebut. Tapi semua orang tahu siapa dia. :)

Yang aku pelik kenyataan yang ni.. pelik betul ni

"Secara luaran, ia dilihat datang dari sumber tertentu, tapi kami akan pantau prosiding yang akan diikuti saman, kerana saya tidak boleh kata ia datang dari mana, tetapi sudah pasti ia bukan dari 1MDB, Peguam Negara atau kerajaan Malaysia,"

hey mangkuk.. DOJ cakap duit kita kena curi.. PATUTNYA MARAH LAH BODOH.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 30, 2016 at 9:45 AM

Do we have to be concern with the integrity of Malaysia newspaper reporters?. If a newspaper company behave in such way is understandable because of permits and self censorship.. But when the majority of the reporters here themself cannot put two and two together and too lazy to connect the dots and what lies in between, Whereas the public on whole can already guess about tomorrow headlines sprawling on the editorial room unprinted. What pride there is for them to called themself reporters? This issues can be as big as 'Watergate' and a 'Pulitzer' for their credentials..to bad they squandered it..Maybe they really are just a bunches of honey bees content with the nectar of street level journalism..Maybe for us Malaysian..their so called TRUTH is always bend to hid a LIE..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 30, 2016 at 10:42 AM

Sangat sangat sedih! Kerajaan Malaysia sudah jadi sandiwara! Main wayang! Semua dari Najib ke bawah bukan menteri tetapi pelakon-pelakon. Kerajaan wayang!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 30, 2016 at 11:11 AM

Based on past track record, why should FBI waste its time & resources to liaise & contact 1MDB for assistance & info. It can't even supply our Auditors General it's bank statement after numerous follow up. Mr. Arul himself who declared to be an international banker didn't know what the bank statement is.... ha ha. Might as well the FBI obtained the info from the source i.e the banks for the money trails.

If waited for 1MDB until 'kucing bertandok pun' & all the assets have been liquidated, they won't get it & cannot finalize their findings. Just look at the AG Report where it has to be a disclaimer because not adequate info / documents can be obtained from 1MDB.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 30, 2016 at 12:48 PM

1mdb tidak terlibat sebab 1mdb sebuah entiti yang mewakili pihak kerajaan & rakyat malaysia takan abis semua nak sumbat masuk dalam tong najis.

Pihak yang terlibat adalah penama2 yang disenaraikan dalam laporan doj merekalah secara berkumpulan bergilir2 merogol 1mdb hingga lunyai, perogol2 ini lah yang patut di telanjangkan & di sula di khalayak ramai.

Tak perlulah aljib & macai nak buang masa pertikaikan soal teknik samada waktu kejadian 1mdb pakai seluar atau pakai kain yang terbukti 1mdb telah dirogol secara beramai ramai bukti forensic ada dalam laporan doj berkali kali peguam negara usa & pegawai2 doj jelaskan 'this is a crime' ini bukan kesalahan berkhalwat ini satu kesalahan jenayah tak kira siapa kamu pasti akan diheret kemahkamah dan dihukum.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 30, 2016 at 6:48 PM

Kalaulah ada wartawan Malaysia yang berani pi Tanya Rosmah,

1) datin sri.... apa perasaan datin sri mendengar anak datin sri disebut sebagai pencuri harta Negara?

2) datin sri.... apa tindakan datin sri sekarang? adakah datin sri akan ke US untuk bersama Riza menghadapi tuduhan ini?

3) Siapakah MO1 yang bersaudara dengan Riza? Adakah MO1 juga mempunyai hubungan keluarga dengan Datin Sri?


....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 30, 2016 at 7:08 PM

Memanglah takde duit dia yang dicuri sbb yg running 1mdb niat nak bagi percuma duit 1mdb kat pencuri2 tu..

Kalau kita yg jd boss 1mdb mesti kita happy sebab pencuri-pencuri tu dah dikenalpasti. Tp boss 1mdb ni pelik bin biol. Org tolong cari jembalang yg tipu dia pulak dia questionkan.

Kita rakyat malaysia yg tuan punya sebenar duit 1mdb ni mahukan semua yg terlibat dalam rompakan terbesar alaf ini kena tangkap dan dimalukan.

Ini termasuklah sedara pencuri, kawan pencuri dan pegawai2 yg mkn gaji yg dibyr dgn duit 1mdb.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 31, 2016 at 11:05 PM

IMDB is a victim? Are you kidding?

IMDB or to be more exact the top powerful individuals in the organization are in collusion with those outside!

IMDB is thus a perpetrator to a financial crime against Malaysia and Malaysians.

The victims all along are Malaysia and Malaysians.

Never once the 1MDB is a victim over what is happening. The best that one can say is that it is a vehicle for corrupt practices by those inside and outside.

But I would rather say that is nothing more than a perpetrator of a crime like so many other cases in the past and present coming from the so called God's gifts to Malaysians.

Yes, you've got it right - did I hear MAS, Felda, MARA and numerous others mentioned. And we have not yet gone to similar cases coming from the God’s gifts from the state and other level of governments!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 1, 2016 at 7:12 AM

wartawan pun dah faham dah karenah jip ni,bila dia dah x bole jawab, dia pastinya akan jawab 'tak tahu menahu'.

Post a Comment