........... SR Dedahkan Laporan Ketua Audit Negara ! Apa Yang Kerajaan Nak Sorokkan ?. | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

SR Dedahkan Laporan Ketua Audit Negara ! Apa Yang Kerajaan Nak Sorokkan ?.

Friday, July 8, 20167comments



Mkini

Belum terlambat untuk saya ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua umat Islam khasnya buat pembaca2 dinturtle dan klonnya dinturtleoriginal. 

Dalam kemeriahan dan kesibukan kita melayan hari lebaran ini, dalam diam2 Sarawak Report semalam telah membuat satu pendedahan besar. SR mendakwa mereka punya akses kepada laporan Ketua Audit Negara berkaitan 1MDB yang telah di OSAkan oleh kerajaan tanpa sebarang alasan diberikan.

Ketika laporan itu siap dan diserahkan kepada PAC, kerajaan jadikannya dokumen rahsia atas alasan mahu mengelakkan sebarang kebocoran sementara PAC menyiapkan laporannya. Namun selepas laporan PAC dibentangkan di Parlimen 3 BULAN LALU, laporan JAN ( Jabatan Audit Negara ) itu masih kekal rahsia di bawah OSA tanpa diberikan sebarang alasan.

Pelbagai pihak telah mendesak agar ia dilepaskan untuk tatapan umum. Mungkin saya silap tapi ini merupakan kali pertama laporan Ketua Audit Negara dijadikan satu dokumen rahsia ! Dan ia berkaitan 1MDB ................ dan Jho Low. 

APA SAJA BERKAITAN 1MDB ADALAH PELIK ! Itulah ayat yang sering saya gunakan tiap kali isu 1MDB timbul dan kenyataan2 yang diberikan amat tidak memuaskan. Keputusan kerajaan merahsiakan laporan JAN ini antara yang paling pelik.

Tahun lepas Najib sendiri yang begitu gah mengumumkan kepada rakyat yang beliau dan kabinet telah mengarahkan Ketua Audit Negara supaya melakukan siasatan ke atas 1MDB dek desakan rakyat yang banyak bertanya. Pesalah jika ada, akan dihukum .... tegas Najib ketika itu. Sejak itu, cai2 Najib akan sering berteriak kepada para pengkritik 1MDB - TUNGGU AUDIT! kata mereka.

Sekarang apa sudah jadi ? Mana TUNGGU AUDIT anda, wahai para cai2 Najib ? Soalan yang bermain di fikiran rakyat  - APA YANG NAK DISOROKKAN ? 



1MDB yang diilhamkan Najib telah RUGI BERBILLION2 RINGGIT sejak ditubuhkan. Bukan setakat rugi, malah aset negara juga turut terjual dek kerana hutang keliling pinggang. Terbaru pihak IPIC pula telah ke mahkamah timbangtara antarabangsa kerana mahu menuntut hutang hampir 26 bilion ringgit dari 1MDB dan juga dari kerajaan Malaysia !

Pendek kata - 1MDB langsung tidak berguna kepada negara dan rakyat Malaysia !

Satu dunia memerhati dan hampir semua mengaitkan 1MDB dengan rasuah dan jenayah penggubahan wang haram. Hanya Najib dan cai2nya saja yang masih mempertahankan 1MDB.

Makanya tindakan kerajaan merahsiakan siasatan audit 1MDB langsung tidak membantu usaha membersihkan nama negara. Ia hanya menguatkan persepsi bahawa terlalu banyak skandal penipuan yang mahu disorokkan dari pengetahuan umum.

Laporan Parlimen PAC pula tidak menolak bahawa wujud sebarang salahlaku dalam urusniaga 1MDB malah laporan itu hanya mengesahkan apa yang selama ini didedahkan oleh WSJ dan SR ! Cai2 Najib masih tidak mampu menggunaka sebarang maklumat dari laporan PAC untuk menolak pendedahan2 yang dibuat walaupun selepas 3 bulan ia dibentangkan. Mereka hanya mampu menuduh Fitnah! secara umum tanpa memberikan sebarang bukti sokongan. Dengan katalain, cai2 Najiblah yang sebenarnya menfitnah dalam tuduhan fitnah mereka itu.

Nah, kini SR telah mula mendedahkan sedikit apa yang mereka dapat dari laporan JAN yang dirahsiakan kerajaan. Apakah pendedahan SR itu satu fitnah ? Ayuh buktikan ia sebagai satu fitnah !

Kerana dari apa yang didedahkan itu walaupun hanya sedikit, hanya menguatkan persepsi negatif terhadap 1MDB. Antara lain SR mendakwa, 

- Banyak keputusan2 pelik yang dibuat adalah TANPA pengetahuan lembaga pengarah ..... SIAPA YANG ARAHKAN ?

- Tidak ada bukti2 dikemukakan kepada JAN bagi menyokong transaksi2 pelik tersebut dan ini termasuk transaksi2 pembayaran Option Aabar/IPIC

- Pembayaran melupuskan Option yang MELAMPAU TIDAK MASUK AKAL !

- Tidak ada disebut langsung tentang sebarang keperluan deposit dalam perjanjian ketika Aabar/IPIC menjadi penjamin 1MDB dalam pinjaman dengan Goldman Sachs

- Hasil pelaburan 1MDB dari JV 1MDB-Petrosaudi tidak dapat disahkan ( hasil yang amat dibangga2kan oleh cai2 Najib konon pelaburan itu menguntungkan sebanyak beratus juta dolar .... tapi langsung tidak dapat disahkan oleh para juruodit luar dan juga JAN )

- Pembayaran USD1.330 bilion kepada Goodstar tidak dapat disahkan

Jumlah yang tidak dapat disahkan adalah USD6.87 bilion  ( SR )

Jika benar apa yang didakwa oleh SR itu, ini bermakna pihak 1MDB dan Kerajaan Malaysia langsung tidak punya kes untuk dibawa ke Mahkamah Timbangtara dalam tuntutan IPIC !


Rakyat hanya mahukan Kebenaran. Rakyat juga mahu isu 1MDB ini diselesaikan seberapa segera. Tidak ada keperluan untuk menjaga kepentingan sebarang individu waima Perdana Menteri sekalipun. Bukankah PM sendiri yang kata sesiapa yang bersalah akan dihukum ? 

Apakah alasan untuk terus menyembunyikan apajua maklumat sekiranya tidak ada sebarang salahlaku ? Bukankah dengan ketelusan akan mendedahkan segalanya ? 

DEDAHKAN SEMUANYA ! 

Seperti kata Timbalan PM - Berani Kerana Benar, Takut Kerana Salah.

Share this article :

+ comments + 7 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 8, 2016 at 5:57 PM

CASH dah tukar jadi Just Units..

Just Unit dah tukar jadi habuk pun takda..

Wang masuk akaun peribadi dah tukar jadi derma..

Wang SRC yang najip tak tahu dah bertukar jadi barangan mewah dan enjoy oversea...

Tunggu audit dah tukar jadi OSA...

Bla bla bla...

Semuanya pelik sebab itu TIPU belaka.

Macai bangang pemakan dedak tahu itu semua tipu tapi lebih rela sokong...sebab syok makan wang haram.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 8, 2016 at 10:13 PM

Ni bukan setakat RM4.2b yg kita ketahui masuk dalam poket Sapuman malah saya rasa lebih dari tu.

....................
Reply To This Comment ...................
Pemerhati babi
July 9, 2016 at 12:08 AM

Raya kelima..
Berita dr mahkamah timbangtara antarabangsa..
Kita tengok bala apa dan pekong mana bakal terburai.

....................
Reply To This Comment ...................
July 9, 2016 at 1:46 AM

Najib confirm cekek duit rakyat dan Negara, kita semua tidak dapat menafikan nya..!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 9, 2016 at 2:44 AM

Najib & macai pemakan dedak bakal di telanjangkan ipic di mahkamah timbang tara berikutan peguam2 ipic sudah perolehi bukti dengan kebocoran laporan audit negara yang turut di sokong oleh laporan pac yang lalu sudah pasti akan memihak fakta kes makanya 1mdb & kem kewangan malaysia tiada hujah kukuh untuk mempertahankan diri kerana kemenangan kes sudah pun berpihak 100% kepada ipic.

Kepada macai pemakan dedak yang menyokong perbuatan korupsi hina ini ketahui lah kamu sudah tiada bezanya dengan golongan orang2 kafir yang melakukan perbuatan bertentangan dengan hukum hakam taubat kamu takan lengkap selagi rakyat teraniaya tidak memaafkan perbuatan kamu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 9, 2016 at 9:22 AM

Org sg. Besar & kuala kangsar x tau psl ni...
Dpt peti ais, dpt brg dapur da hepi mcm anjing dpt tulang cukuplah...
Apa kaitan 1mdb dgn depa pon

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 11, 2016 at 12:54 AM

Hasan cari makan kata laporan audit di osa buat sementara sehingga laporan pac selesai di bentang & sudah pun selesai bentang kenapa osa lagi apa hak kerajaan najib osa kan laporan audit boleh macai pemakan dedak jelaskan dibawah peraturan apa laporan audit boleh di osakan ini jelas perlanggaran undang2.

Terbaru bila sr dedah laporan audit saleh keruk kata laporan ketua audit tidak menyeluruh laporan menyeluruh adalah laporan pac mamat ni sekolah sampai darjah berapa adakah semua syarikat glc badan kerajaan syarikat kepentingan awam dll di buat laporan audit oleh pac tak ker nampak bodoh nak pertahankan najib sekalipun agak2 lah jangan lah nampak bangang sangat.

Post a Comment