........... Shafie Apdal Meletup - SABAH .... UBAH ! ! ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Shafie Apdal Meletup - SABAH .... UBAH ! ! !

Sunday, July 31, 20163comments


Sepanjang mengikuti ucapan Shafie Apdal semalam, hati saya berdetik mengatakan yang Umno sudah melakukan kesilapan besar kerana telah mengejutkan harimau yang bakal memakan diri. 

Sambutan rakyat di kawasan Kemabung di Parlimen Tenom semalam mengesahkan lagi betapa rakyat Sabah menerima Shafie sebagai pemimpin mereka. KDM atau Kadazan Dusun Murut, sebuah Ngo yang berpengaruh di kalangan etnik yang wakili menganjurkan majlis IRAU RAKYAT buat pertama kalinya, iaitu satu majlis di mana rakyat dari pelbagai etnik dikumpulkan untuk berpesta rakyat, khas buat menyambut kehadiran Datuk Seri Panglima Haji Shafie Apdal.

Ribuan yang hadir memeriahkan majlis, dan sekitar 5 ribu memenuhi khemah ketika Shafie berucap.  Sambutan yang sama hangat diberikan sepertimana ketika Shafie pulang ke Semporna beberapahari sebelum Raya lalu di mana beliau mengumumkan keluar parti Umno ( KLiK )

Berlainan sekali pengisian ucapan Shafie kali ini. Kalau sebelum ini ramai yang menganggap Shafie terlalu playsafe, tidak tegas, tidak nampak hala tuju  .... tapi kali ini Shafie menunjukkan ketegasan, semangat juang yang tinggi dan kelibat seorang pemimpin yang jelas arah perjuangannya ..... iaitu demi Sabah dan rakyat Sabah !

Ya, perjuangan yang lebih banyak menumpukan kepada kemakmuran dan hak rakyat Sabah. Saya percaya, tidak lama lagi Shafie akan menubuhkan sebuah parti baru untuk rakyat Sabah.

Layan sedutan video yang saya rakam semalam -


SABAH  UBAH  !  !



KLiK untuk ke Youtube

- Kalau rakyat bersatu, berpadu,  Kuala Lumpur boleh melantik orang menjadi Ketua Menteri tapi yang tentukan kerajaan di Sabah ialah rakyat Sabah itu !

- ... rakyat tentukan siapa YB, siapa kerajaan di Sabah ini

- Sabah negeri paling kaya - hasil minyak, kelapa sawit dan pelancungan ... tapi rakyatnya miskin. Tapi pemimpinnya jutawan ! SABAH UBAH !

- Selama ini dari tahun 1976, perjanjian minyak dengan Petronas 95% - 5% kepada Sabah ... Kena Ubah !

- Masakan saya ini bodoh tidak boleh tadbir negeri Sabah


Anifah, Tanya Kau Punya Abang, Ketua Menteri Sabah Apa Dia Boleh Buat Tentang Tanah Orang2 Sabah !



KLiK untuk ke Youtube

- Wakil rakyat sebagai jembatan antara rakyat dengan kerajaan. Bantu rakyat .... itu tujuan saya. Apa ertinya menjadi wakil rakyat kalau rakyat miskin tapi kita kaya ?

- Wakil rakyat perlu bersuara.

- Wakil rakyat dinilai berdasarkan khidmat bukan hanya bercakap. Yang penting adalah bela rakyat Sabah

- Itu yang saya tanya kepada Anifah...  Menteri Luar, Don't ask what federal can do for Sabahans, ask your brother, Chief Minister what he can do for the Sabahans ! ..... tanya kau punya abang Ketua Menteri Sabah, apa dia boleh buat tentang tanah orang2 di Tanum ini. Ini bukan kuasa Kuala Lumpur, ini kuasa kita, kuasa kerajaan negeri.

- Community Title ? Takut orang kampung jual tanah yang diberikan, tapi kalau dibagi kepada orang kaya beribu ekar, dijual ... tidak apa ? Kalau kita perintah .... kita akan hapuskan peraturan ini. bagi title kepada orang kampung !


                                               *********************************

Berlangsung juga majlis penyerahan borang keluar parti Umno oleh lebih 2 ribu ahli di kawasan Tenum.

A new Ketua Menteri in the making ......




Share this article :

+ comments + 3 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 31, 2016 at 8:06 AM

tok sah nak berangan lah Din oiiiii..... memang budaya org sana sering meraikan tetamu...ada yg tak tau apapun tapi berhimpun sebab nak rasa seronok perhimpunan.... balik tang pangkah.... mereka lebih Sayang dacing......takat 5000 atau lebih pun biasalah... itu program Masyarakat Tenom.... Masyarakat sana suka perhimpunan Dan bergumbira..... I tell you what..... aku buat programme hanya menjemput Malik noor ajer pun yang datang dah dekat dua ribu..... program kecil... satu kampung sri jaya di sem4na (Farrah kebanggangan DSSA lerrrr) keluar dengar celoteh kami.... tak caya gi tanya Malik Noor.

....................
Reply To This Comment ...................
Otak geliga
July 31, 2016 at 9:01 AM

Kesian melihatkan nasib parti keramat UMNO.

Disebabkan seorang manusia berkomplot dgn kuncu2nya, UMNO hina sehina-hinanya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 1, 2016 at 7:37 PM

Anon 806
kamu menghina rakyat sabah ker???sekadar bertanya....jgn memandang rendah kpd rakyat sabah.....

Post a Comment