........... Semua Isu Dalam 1MDB Punya Persamaan Iaitu Tidak Ikut SOP. Bukti Wujudnya Satu Kuasa Yang Buat 1MDB Macam Bapak Dia Punya ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Semua Isu Dalam 1MDB Punya Persamaan Iaitu Tidak Ikut SOP. Bukti Wujudnya Satu Kuasa Yang Buat 1MDB Macam Bapak Dia Punya !

Wednesday, July 13, 201613comments

Secara kasarnya, skandal 1MDB ini boleh berlaku kerana wujudnya SATU KUASA dibelakang tabir pengurusan syarikat yang begitu besar pengaruhnya sehingga segala check and balance yang diwujudkan, langsung tidak diperdulikan oleh pihak yang menjalankan tugas mengikut telunjuk KUASA itu.

Semua masalah yang berkaitan dengan 1MDB berlaku bila keputusan dibuat tanpa diberitahu atau tanpa mendapat persetujuan dari pihak ahli lembaga pengarah sebagaimana yang sepatutnya. Kalaupun diberitahu kepada lembaga pengarah, ianya adalah selepas berlakunya transaksi itu.

Dan berlaku juga kes di mana pihak pengurusan langsung tidak mengendahkan arahan yang diberikan oleh lembaga pengarah.

Pendek kata - Ada SATU KUASA yang berikan arahan seolah2 dana 1MDB itu bapak dia yang punya !

Terbitan bon yang pertama semasa 1MDB masih dikenali sebagai TIA berlaku tanpa kelulusan lembaga pengarah. KUASA itu perlukan satu dana yang besar untuk dibelanjakan, maka si balaci yang menurut perintahnya itu, berusaha ligat supaya pinjaman bon RM5 bilion yang pertama itu diluluskan juga.

Projek kontroversi usahasama 1MDB-Petrosaudi yang menelan modal awal USD1 bilion di pihak 1MDB di'paksa jadi' walaupun keseluruhan proses sehingga perjanjian usahama ditandatangani hanya mengambil masa 8 hari ! 

Samada pihak lembaga pengarah setuju atau tidak, ada bantahan atau tidak, semuanya tidak relevan. Yang penting, duit modal dipam keluar dari 1MDB seberapa segera dan mengikut perancangan yang sudah diatur. 

Seolah ada satu KUASA yang mendorong si balacinya supaya bertindak merempuh apa jua yang menghalang. Buat dulu, cerita kemudian.

Begitu juga dengan pinjaman melalui bank Yahudi Goldman Sachs ..... Semuanya dibuat tanpa terlebih dahulu mendapat persetujuan dari lembaga pengarah.

Langsung tidak ada sebarang prosedur sebagaimana lazimnya perlu dipatuhi dalam mana2 syarikat milik kerajaan maupun swasta. 1MDB dibuat macam milik bapak orang yang memegang KUASA itu. 

Serius beb .... kajilah balik apajua skandal yang kita tahu berlaku dalam 1MDB..... SEMUANYA ada satu persamaan iaitu TIDAK MENGIKUT PROSEDUR.

Prosedur2 itu pula bukannya prosedur2 khas yang dicipta untuk 1MDB tapi merupakan SOP yang umum untuk mana2 syarikat apalagi milik kerajaan bilamana mahu berurusan dalam perniagaan. Kenapa perlu dipatuhi prosedur2 itu ? Untuk menjaga kepentingan pemilik/pemegang saham ( iaitu rakyat ), supaya sebarang risiko diambilkira, supaya perniagaan untung, supaya tidak ditipu baik oleh pihak luar mahupun pihak dalaman sendiri.

Jadi kenapa tidak dipatuhi prosedur2 umum itu ? Kenapa main redah jer ? 

Kerana memang dari awal niatnya sudah tidak betul ! Kalau diikut prosedur2 yang ada, segala perancangan sulit yang diatur tidak akan terlaksana. Duit rakyat melalui 1MDB tidak akan boleh disonglap sebegitu mudah sebagaimana yang kita tahu sekarang selepas terbongkar.

Tanyalah diri anda sendiri ..... kenapa banyak sangat masalah dengan 1MDB ? Kenapa begitu payah sekali pihak 1MDB mahu menjelaskan ke mana perginya dana berpuluh2 bilion ringgit yang konon dilaburnya ?

Kenapa pelbagai kemelut berlaku contohnya dana dibayar kepada kepada syarikat palsu, dokumen pengesahan tidak ada,  Bank Negara pun ditipunya mereka, penyata bank tidak ada, melabur bilion2 melalui syarikat pelaburan yang baru diwujudkan dan tanpa lesen, kenyataan parlimen pun boleh salah, buat pinjaman dengan bunga yang terlalu tinggi dengan bank Yahudi, beli IPP lama dengan harga mahal  ..... SEMUA itu tidak mungkin berlaku sekiranya 1MDB mengikut prosedur2 yang ada.

Perniagaan atau transaksi perniagaan 1MDB sebenarnya bukan rumit pun .... tidaklah sebanyak transaksi sebuah supermarket pun. Tapi supermarket yang berlaku berpuluh ribu transaksi setiap hari pun masih boleh kemukakan akaun yang tepat. Penyata Bank siap, akaun tersedia untuk disemak.

Tapi 1MDB ? Boleh hilanglah pulak dokumen2 .... akaun pulak sangkut dan setiap tahun minta tempoh lanjutan untuk dikemukakan.

Terkini, laporan Ketua Audit Negara yang tidak pernah dalam sejarah negara kita dirahsiakan dari pengetahuan umum telah dijadikan dokumen rahsia kerajaan yang kononnya boleh menggugat keselamatan negara ! 

Jelas sekali memang ada yang tidak kena dengan 1MDB ! 

Mustahil seorang CEO sanggup melakukan kesemua pelanggaran prosedur seperti yang berlaku dalam 1MDB tanpa wujudnya satu KUASA yang beri arahan. 

Yang peliknya, selepas segala laporan dibentangkan oleh PAC dan terbukti 1MDB telah rugi berbilion2 ringgit dan berpuluh bilion ringgit lagi tidak dapat dikesan, apakah pihak berkuasa dan pihak kerajaan tunjukkan kesungguhan untuk bertindak ? 

Tidak ada ! Malah segalanya cuba disenyapkan seolah2 tidak ada apa2 yang berlaku ........ Mereka yang bertanya pula akan dipandang serong.

Punyalah ramai mereka yang terpelajar dalam Umno dan kerajaan .... SEMUANYA SENYAP dalam kes 1MDB. Semua jadi BODOH. Apa yang mereka pelajari sehingga peringkat Universiti jadi sampah bila kena dengan isu 1MDB. Semua jadi BISU.

Memang tepat sangatlah apa yang ditulis oleh Tun Mahathir dalam artikel terbarunya - The Dumb People atau versi Melayunya  - ORANG BODOH.

Dek sebab 1MDB, bukan saja negara menganggung hutang dan malu yang besar, malah begitu ramai sekali dalam kerajaan dan Umno dah jadi ORANG BODOH. Dan mereka pula cuba memperBODOHkan seluruh rakyat Malaysia supaya akur dengan keBODOHan mereka dan supaya rela dijadikan bahan ketawa masyarakat dunia yang nampak dengan jelas apa2 kemungkaran yang berlaku dalam 1MDB.

Semuanya jadi BODOH kerana Najib, Jho Low dan 1MDB.

Share this article :

+ comments + 13 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 13, 2016 at 2:17 AM

Persepsi negatif tentang 1mdb sebenarnya adalah BENAR. Cubaan utk membodohkan rakyat ternyata akhirnya makan tuan. Tak de yg menarik langsung bisnes 1mdb ni,cuma penubuhannya semata2 utk merompak harta negara. Bila terperangkap maka mcm2 versi cerita yg keluar dari pengampu jawatan dan kedudukan hingga terlihatlah kebodohan mereka. Najib mungkin berjaya menipu sebahagian rakyat(kerana masih ada yg menyokong salah lakunya)namun,mampukah beliau menipu ALLAH Yg Maha Berkuasa? Tentu sekali TIDAK. Jadi apa yg sedang beliau lalui ini adalah saat2 kejatuhannya yg penuh dgn kehinaan,akibat perbuatan beliau sendiri...yg jelas maruah najib telah jatuh dan kini sudah tiada lagi nilainya dimata dunia.
Beliau sebenarnya amat tertekan,sbb beliau bukan pejuang tulen. Sumpah keji hari2 beliau terima,mana mungkin ada ketenangan dlm diri beliau.PASTI.
ALLAH MAHA MENGETAHUI WAHAI NAJIB. Anda pemimpin yg sungguh munafik.

....................
Reply To This Comment ...................
July 13, 2016 at 3:23 AM

Din...laaa tak kan baru sedar kot. 1MDB tu memang matlamat awal ditubuhkan oleh jibby dari ilham si rossy yang diformulakan oleh joLo, projek utama depa 3 org ni adalah untuk memperbodohkan rakyat Malaysia termasuklah Raja-raja Melayu kesemuanya secara sikit demi sikit mula dengan Terengganu dan modal pun dari hasil pajak telaga minyak Terengganu jugak. Dinamakan sebagai :

Projek 1MDB = Projek Satu Malaysia Di Bodohkan

Tapi mujurlah Mat Said dengan Sultan Mizan ni sedar awal dan terus tarik diri dari projek 1MDB ni.

Macam ketagihan candu, bila dah berjaya sebat modal mula dari bank unta depa mula jadi ketagihan, nak lagi, nak lagi, nak lagi dan lagi dan lagi dan lagi. Apalagi habis 1 dunia punya bank depa nak sebat buat yg sama dengan cara membodohkan company pak arab pulak....

Tapi depa dah lupa, Bob Marley pun dah pernah pesan dulu sebelum dia mati "U can fool the people sometime but u can't fool all the people everytime "
SELAMAT HARI RAYA

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 13, 2016 at 12:01 PM

Pemimpin yang cerdik pandai belajar tinggi2 sudah jadi bodoh penyokong yang menyokong buta tuli ikut sama jadi bodoh ulamak pas yang membela si penipu bapak dari segala bodoh ada kaa patut minta 4 orang saksi pegi minta kat bank swiss lah mau 4 saksi boleh tengok kena terajang tak.. bodoh.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 13, 2016 at 1:03 PM

And surely the 1MDB is not the only entity thus far where the rakyat has to bear the consequence while a small number of people from inside and outside the government make tonnes of money and go scot free. Today it is 1MDB, yesterday? Tomorrow? Welcome to Malaysia, truly out of this world.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 13, 2016 at 1:43 PM

1MDB
1 MALAYSIA DAH BODOH
1 Malaysian Dumberst Brotherhood

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 13, 2016 at 1:43 PM

memang ahli UMNO dah jadi BODOH kerana mempertahankan ketua party yang bodoh. Bak kata arwah Tun Ghaffar , " sekolah bertingkat-tingkat tapi bodoh berlapis-lapis"

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 13, 2016 at 1:44 PM

Mereka yang ditaja dengan duit rompak dari 1mdb pergi ibadah haji nak kira macam mana pula tahun ni 1000 orang lebih 1mdb taja buat haji pakar pakar agamawan negara tak mau sentuh ker soal ni atau mereka pun ikut sama sudah jadi bodoh pekak dan bisu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 13, 2016 at 1:45 PM

agreed with Nick Bagan

....................
Reply To This Comment ...................
zakir
July 13, 2016 at 3:09 PM

Salam Aidilfitri semua,

Tak tau la nak cakap ape lagi. Sudah terang dan jelas 1MDB bermasalah dan impaknya terpalit kpd kita semua rakyat Malaysia sbb orang2 yg berkepentingan menidakkan segala2nya walhal satu dunia sedang memerhati dan memandang sinis kpd kita. Ini bukan saja isu hutang berbiliion2, ini juga isu integriti dan maruah negara yg melibatkan sistem perundangan dan perlembagaan negara yg sudah pun kucar kacir disebabkan individu2 berkepentingan yg mahu menutup fakta atau perkara sebenar drp masyarakat umum. Laporan audit negara yg sepatutnya dibentangkan di parlimen utk pengetahuan umum diletakkan di bawah akta yg tiada kaitan pun dgn isu sebenar.

Sesiapa saja yg bersuara bakal menghadapi tekanan dan peras ugut serta dilucutkan jawatan. UMNO yg pada asalnya adalah utk perjuangan kaum sudah menjadi wadah perjuangan individu2 tertentu dan disebabkan itu, UMNO sudah tidak lagi relevan utk dijadikan parti naungan org Melayu.

Hanya beberapa pemimpin saja yg perlu disingkirkan drp UMNO utk memulihkan kembali UMNO kpd perjuangan asalnya tetapi individu2 ini mempunyai kuasa dan pangkat yg agak sukar utk digugat buat masa ini. Diharapkan agar org2 Melayu semua sedar akan perkara ini dan bangkit menolak individu2 yg tidak bertanggungjawab ini tidak kira samada ahli UMNO ataupun tidak. Satu gerakan kesedaran mengenai individu2 ini perlu digerakkan supaya org ramai tahu siapa dalang yg membuatkan UMNO menjadi sebuah parti yg dipergunakan utk menghalalkan apa saja individu2 tersebut lakukan.

Time to make a change. Ingatlah firman Allah, 'Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka'. Semoga Allah memberi pertolongan kpd mereka yg mahukan perubahan yg lebih baik. Amiin

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 13, 2016 at 11:50 PM

Tuan Din,
Itu le dia nye yang kita semua cakap..tertib nye tak betul. Tapi yang heran nye apasal sampai hari ni tak ada dakwaan salahlaku koporat pun ! Sekali pun tak ada !
Siasat bagai nak rak, datang "peguam negara" baru kata tak ada salahlaku dan order tutup siasatan. Amacam ?

Nak bayar berjuta juta ni biasanya bertingkat-tingkat approval kena dapat baru boleh bayar. Ini bayar non-party to an agreement, memang sah seleweng.

....................
Reply To This Comment ...................
July 14, 2016 at 12:28 AM

1MDB Auditor General's Report | Sarawak Report
http://www.sarawakreport.org/1mdb-report-summary/

....................
Reply To This Comment ...................
July 14, 2016 at 12:34 AM

a. Dalam tempoh tahun 2009 hingga 2015, beberapa keputusan pelaburan penting dengan nilai pelaburan yang tinggi dibuat melalui resolusi Lembaga Pengarah 1MDB tanpa perbincangan dan penilaian secara terperinci. Beberapa pertimbangan berhubung pelaburan dibuat dalam tempoh yang singkat dan berisiko tinggi. Bagaimanapun, Pengerusi Lembaga Pengarah 1MDB telah memaklumkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kira-kira Wang Negera (PAC) pada 19 Januari 2016 bahawa perbincangan ada dibuat sebelum kelulusan diberi melalui resolusi.

b. Dalam beberapa keadaan, pengurusan 1MDB telah membentangkan maklumat yang tidak lengkap/tidak tepat kepada Lembaga Pengarah 1MDB sebelum sesuatu keputusan penting dibuat malah telah mengambil tindakan tanpa kelulusan Lembaga Pengarah 1MDB.

c. Terdapat juga keadaan di mana pengurusan 1MDB memberikan maklumat yang tidak tepat atau berbeza kepada pihak yang berkepentingan.

d. Pengurusan 1MDB mengambil tindakan yang bertentangan atau tanpa mengikut sepenuhnya keputusan Lembaga Pengarah/pemegang saham dalam beberapa peristiwa berkaitan pelaburan.

e. Pengurusan penyelenggaraan fail dan rekod 1MDB adalah tidak sistematik dan kurang memuaskan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 14, 2016 at 8:15 AM

Ancaman secara halus dan lembut kepada mereka yang nampak kebenaran, berkongsi kebenaran, bercerita kebenaran sedang giat diusahakan.

Sebab itu ada kepimpinan umno yang nampak, tahu, faham dan sedar tentang musibah 1MDB tiba2 berhenti dari semua jawatan dan mendiamkan diri.

Seperti juga blog anda yang disekat untuk akses, begitulah mereka lakukan kepada setiap orang atau kumpulan yang tidak sebulu dengan mereka.

Post a Comment