........... Seminggu Berlalu Sejak Isu DOJ .... Sepatutnya MO1 Sudah DiPanggil Untuk Siasatan ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Seminggu Berlalu Sejak Isu DOJ .... Sepatutnya MO1 Sudah DiPanggil Untuk Siasatan !

Friday, July 29, 20166comments

Writ saman DOJ US dengan jelas memperincikan jejak wang ( money trail ) 1MDB, dari mula 1MDB terima, masuk ke bank mana, keluar ke akaun mana di bank lain dan dari situ ke syarikat lain dan seterusnya kepada akaun2 milik mereka yang dinamakan dalam tuduhan termasuk akaun2 Malaysian Official 1 dan pegawai2 1MDB.

Dari akaun2 itu pula ditunjukkan apa yang dibeli dengan harga yang dibayar. Semuanya jelas ... kerana pergerakan wang dalam amaun yang besar tidak mungkin dilakukan melalui tunai. Samada menggunakan cek atau transfer dan transaksi2 itu dinyatakan dengan terperinci melalui penyata bank. Bank2 simpan rekod transaksi pelanggan, kalau cai2 Najib tidak tahu.

Arul Kanda sudah pasti tahu bahawa bank simpan rekod dan semua transaksi dapat dijejak melalui penyata bank. Mungkin sebab itu 1MDB tidak dapat serahkan penyata2 akaun bank2 1MDB luar negara walaupun beberapa kali diminta oleh Ketua Audit Negara. Berbulan2 menunggu, tak juga diserahkan.

Tapi senang pula DOJ dapatkan salinan penyata2 bank itu ...... heran kan ?

Money trail itu tidak 100% lengkap, maknanya tidaklah setiap sen dapat dijejak tapi cukup untuk DOJ menjejak hampir USD 1 bilion yang dibelanjakan untuk pembelian aset2 di US dan perbelanjaan mewah Reza Aziz, Jho Low, AlHusseiny dan AlQubaisyi.

Adakah penyata2 bank itu PALSU ?

Sudah seminggu berlalu sejak DOJ buat sidang akhbarnya tapi belum sekali pun kita dengar kenyataan dari pihak kerajaan Najib atau 1MDB meminta untuk menyemak data2 yang ada pada DOJ untuk dibandingkan dengan data2 yang disimpan oleh 1MDB.

Apakah kerajaan Najib tidak mahu cek apakah data2 DOJ itu benar atau tidak ? Kenapa langsung tidak berdetik di hati Menteri2 Najib untuk membuat perbandingan antara data2 DOJ dengan data2 1MDB ...... sebelum mereka melompat meroyan membuat pelbagai tuduhan terhadap DOJ ?

Kenapa perlu satu minggu dihabiskan dengan membuat pelbagai kenyataan yang memperlihatkan kebodohan diri sendiri padahal waktu itu boleh digunakan dengan lebih efektif dalam mencari Kebenaran ?

Rakyat terkejut dengan pendedahan yang dibuat oleh DOJ. Rakyat tertanya2 ...... ni apa citer ni ? 1MDB cakap semua ok tapi DOJ cakap duit 1MDB kena curi.

Cai2 Najib cakap, 1MDB tidak bertanggungjawab kepada caramana wang itu dibelanjakan selepas pembayaran dibuat. Betul lah tu .... Selepas di bayar, apa nak jadi kepada wang itu bukan masalah 1MDB lagi. Dibelanjakan kah atau dicuri kah .... not our problem.

Itu pandangan dangkal yang cuba disogokkan oleh cai2 Najib kepada rakyat. Tapi hujah bodoh sebegitu hanya bertahan sekejap saja.Sebab setiap pergerakan wang ada rekodnya. SiPenerima akan rekod setiap pembayaran yang dibuat oleh 1MDB.

Contoh, 1MDB bayar  3.5 bilion kepada Aabar..... apakah Aabar terima duit itu ? Ada tak direkodkan dalam akaun Aabar ? TIDAK ADA.

Habis tu, 1MDB bayar kepada siapa ? Kepada syarikat palsu ..... Maknanya 1MDB telah ditipu !

Adakah penipu itu bertindak sendirian atau menerima bantuan dari orang dalam 1MDB sendiri ? Haaaa..... itu persoalan sebenarnya !

Orang menipu pasti ada pulangannya. Seorang itu tidak menipu wang syarikat kerana hobi dia suka menipu. Dia dapat duit yang ditipunya.

Kalau penipu itu bersyubahat dengan penipu lain, mereka akan dapat bahagian masing2. Orang DALAM yang bersyubahat dengan penipu dari luar juga akan dapat bahagiannya hasil persekongkolan itu. 

Jadi kalau nak tahu siapa orang dalam yang turut terlibat dalam penipuan duit 1MDB, kita cuma perlu lihat siapa yang ada menerima duit yang tidak dijelaskan dari mana datangnya. Mudah kan ?

Lebih mudah lagi jika ADA dinyatakan dengan jelas melalui penyata bank pembahagian hasil rompakan itu. 

Makanya, kalau dilihat pada writ saman DOJ, jelas ditunjukkan pembahagian harta rompakan. DOJ hanya sebut nama 4 orang sementara nama2 lain terutama penerima paling besar hasil rompakan diberikan nama samaran iaitu Malaysian Official 1.

Walaupun pelbagai petanda ( hint ) diberikan, contohnya mamat itu merupakan orang yang berkuasa dalam 1MDB dan kerajaan, punya pertalian dengan Riza Aziz dan ada terima USD681 juta dalam akaun peribadinya, namun malangnya ramai pak2 Menteri kita yang bengap, masih tidak dapat baca petanda2 yang diberikan. Mereka masih berkeras kata - Nama orang itu tidak disebut pun !

OK, takper .... dah memang namanya bangang pun. 

Kenapa tidak hubungi saja DOJ untuk dapatkan maklumat itu ? Takkanlah dalam fail kes DOJ pun nama Malaysian Official 1 itu tidak ada langsung ? DOJ hanya sebut Malaysian Official 1 itu dalam writ saman dan dalam kenyataan media mereka. Tapi mereka TAHU siapa dia Malaysian Official 1 dan mereka punya bukti yang cukup.

Nombor akaun mamat tu kan ada ...... 

Pendek kata - TAK BOLEH LARI !

USD20 juta + USD30 juta + USD681 juta .....  dinyatakan dengan jelas melalui penyata bank telah masuk ke dalam akaun Malaysian Official 1. 



Kenapa tidak ada seorang pun pak2 Menteri kita berminat nak tahu apakah maklumat itu benar atau salah ? 

Eleh ... itu baru tuduhan jer, Belum terbukti lagi.  Hadooooi.... apalah bangangnya menteri2 kita ni !

Pergilah cek dengan DOJ ! Periksalah apa juga maklumat yang ada pada DOJ itu. Kemudian buat siasatan sebelah negara kita pula. Soal siasat syarikat 1MDB. Pihak juruaudit Deloitte sendiri dah minta kita jangan terima buta laporan audit akaun 1MDB yang mereka buat. Tangkap dan hadapkan ke mahkamah sipenyangak jika ada terbukti bersalah.

Itu yang rakyat nak tengok. Ini tidak .... sama2 duk berbalah dengan rakyat. Awak tu kerajaan. Ada kuasa untuk bertindak. Bertindaklah ! Jangan tunggu sehingga dimalukan terus oleh orang luar. 

Najib pun sama..... semua orang kata Najiblah yang dimaksudkan dengan Malaysian Official 1 itu. Petanda2nya jelas kepada mereka yang tidak buta. Kenapa tidak bertindak bersihkan nama ? 

Keluarkan kenyataan.... akaun itu bukan akaun peribadi saya. Saya tidak ada terima jumlah wang disebutkan itu. Bodoh, bangang, bangsat sangatlah saya kalau terima wang curi ke dalam akaun peribadi saya !

PS - Mana Arul Kanda ni ? Senyap jer ......

Share this article :

+ comments + 6 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 29, 2016 at 9:04 AM

apelah bangang pak din ni, 1mdb dah kata tiada wang dia yang hilang nak semak dan banding bahan bukti dengan doj buat ape, inilah sebahagian orang melayu yang bengong dan baral. awal awal lagi dah kata sepatutnya 1mdb yang buat laporan ke doj kerana wang yang digunakan untuk beli harta wang 1mdb, ini orang lain pulak buat laporan dan doj buat rampasan untuk bagi balik harta kepada imdb. itulah namanya haru biru. dan pak din dan macai pun ikut je orang tua nyanyuk habis semua jadi gila. inilah dia cerita maharaja lawak mega, itu pun orang melayu tak faham faham dan itu yang 3b, bangang, bengong dan baral.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 29, 2016 at 1:22 PM

Bro Din, inilah igauan mereka semua odit forensik!.. Wang keluar/ Masuk siapa tuan, Bila.

TSMY awal2 lagi mintak forensik, rakyat mintak forensik, Odit Negara mintak bank stmt nak buat forensik, tak bagi.

Rakyat boleh beza yg mana boleh percaya, antara stmt bank siapa Masuk duit atau Surat dongeng tulisan ala orang Malaysia mengaku sbg Arab tak bernama yg derma duit?

Life imitates arts, kata DOJ/FBI/IRS. Jalan cerita 1mdb copy 100% jalan cerita Wolf tanpa dirancang dan mgkin bagi lead kpd penyiasat2 ni. Biasanya filemlah yg adaptasi life tapi nasib pencuri dan penyeleweng duit rakyat ni tak berapa baik kerana terkantoi awal. Adakah Sama sudahnya dengan karektor DiCaprio?

Amacam, macai2 Jho Lho rasanya tak brp ada mood nak berdendang lirik " I feel the earth moving under my feet"? Lainlah Dulu, Bila Sharol dah cfm masyuk duit!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 29, 2016 at 2:24 PM

Sebab IGP & AG masih belum pasti siapakah MO1? Melayu kan gitu suka melambat2 kan keje, byk fail yg bukan Urgent akan masuk 'Tray KIV' dulu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 30, 2016 at 1:16 AM

Brasap brapi si Anonymous July 29, 2016 at 9:04 AM kerana nak marahkan bro din turtle.

Minah anom ni bermati matian cuba pertahankan najib & 1mdb konon 1mdb duit tak hilang, kalau betul duit tak hilang tunjuk lah bukti laporan ketua audit negara kenapa sorok bawah osa jangan sembang pasal audit dalaman 1mdb yang nampak comel yang itu fail deloitte pun dah bagitau audit dalaman syarikat 1mdb 2013 & 2014 tak boleh pakai hingga 1mdb pun terpaksa tarik gear gostan hahaha

Nak kata apa lagi anom hahaha nak kata 1mdb bayar billion2 pada syarikat minyak pak arab, tu dalam laporan doj perakuan serta statement pihak bank tentang pergerakan duit dari akaun bank 1mdb disalurkan pada syarikat minyak pak arab 'PALSU' jangan lah bengap nak kencing bank pula mereka tahu lah sebab 1mdb simpan duit di bank mereka hahahaha.

Punya lah takut dengan doj sampai gelabah berok, bila pihak sprm umum telah mula memberikan kerjasama pada ajensi siasatan fbi dalam siasatan 1mdb tup tup arini terus pencenkan ketua pengarah sprm bukan pencenkan ketua pengarah sahaja habis dengan 2 orang timbalan ketua pengarah turut di pencenkan 3 orang secara serentak kena pencen ada pernah berlaku macam ni dalam sejarah? ini semua kerana takut bocor semua rahsia kegiatan penipuan dalaman 1mdb, tapi Allah itu maha kaya doa orang2 yang teraniaya & dizalimi akan Allah makbulkan akan tiba lah jua masa & ketikanya akan balasan Allah.


....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 31, 2016 at 12:24 AM

Hello labu, it's "baghal", not "baral"

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 31, 2016 at 12:37 AM

Pak Din, penyitaan harta curi hasil rompakan kolar putih di 1MDB dan response dari menteri2, juak2 UMNO/BN dan penjawat awam yg tak masuk akal menyerlahkan sebenarnya mereka tahu yg MFO1 adalah si "pahlawan" bogeys dan mereka sebenarnya bersekongkol dlm rompakan dan pengkhianatan ini. Bila tiba masanya nnt, semua mereka ini harus dibicara dan dihumbankan ke penjara kerana sama2 si bogeys telah merosakkan negara dan nama baik negara... Terutama yg suka bertweet tu...

Post a Comment